 |
| EB© | Darul Bakti |
Hai kengkawan semua, dikala boring dan sedang saya meng'
edit' gambar adik-adik dari Rumah Anak Yatim dan Berkeperluan, Darul Bakti ni. Melihat gelagat adik-adik dalam gambar sungguh mencuit hati. Gambar ini saya
snap ketika adik-adik ini sedang beratur menunggu giliran untuk mengambil makanan yang disediakan.
Moment yang sungguh menarik dapat dilihat pada gambar ini. Bermacam-macam gelagat adik-adik ini. Walaupun mereka tahu mereka tidak punya ibu atau ayah atau kedua-duanya mereka tetap ceria untuk meneruskan kehidupan mereka. Kekadang terlihat kesediahan di wajah mereka yang tidak merasa belaian seorang insan yang bernama ibu atau ayah.
Oleh itu, saya terfikir untuk kongsikan dengan anda semua gambar adik-adik ini dan untuk lebih menarik semasa melihat gambar ini, jom kita reka cipta dialog untuk gambar ini. Dialog terpulang kepada anda semua, kategori adalah bebas tapi biarlah sesuai dengan keadaan gambar diatas. Yang penting jangan berkata mengenai benda yang tidak baik.
Anda semua boleh bermula dari huruf A hingga J dan tidak dilupakan huruf K atau dimana-mana huruf yang anda suka, terpulang tiada paksaan.
Jom berdialog.. hehehe..