K A W A N

Wednesday, March 23, 2011

♥ Love Letter ♥

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum WBT.

Selamat pagi semua. Mesti ada yang tengah bersarapan sekarang ini. Aku pun baru saja selesai menghabiskan mee goreng + sardin yang aku beli di Cafe Kastam sana. Aroma nescafe pekat yang dibuat aku ni memang sungguh menenangkan dan mengasyikkan hingga menyebabkan aku menghirupnya berulangkali tanpa henti.. hahaha.. 

Korang masih ingat tak cerita aku kelmarin? Alaa cerita pasal "Antara Aku, Kau dan Dia".. Ingat tak? Okay bagi sesiapa yang tak ingat korang boleh klik kat sini ~ "Antara Aku, Kau dan Dia". Ok kali ini aku nak kongsi plak apa yang berlaku pada petang kelmarin (hari keesokannya). Cerita tu belum habis kat entri "Antara Aku, Kau dan Dia" ada lagi sambungnya. So pagi ni aku nak story plak sambungan cerita tu.

Okay seperti kebiasaanya aku akan solat Asar terlebih dahulu di pejabat sebelum balik rumah. Selesai menunaikan solat, sarungkan stokin, pakai kasut dan punch out. Aku segera turun menuju ke hentian bas. Seperti kelmarin lelaki itu masih berada di sana memerhatikan gadis pilihannya sambil menunggu bas. Akan tetapi tidak kelihatan kelibat si gadis pilihan hatinya di situ. 

"Assalamualaikum B.." Amer memberikan salam.
"Waalaikumusalam Mer.." Jawap ku ringkas.
"Haa hari ni lambat lagi ek?" Amer bertanya soalan yang sama seperti kelmarin.
"A'aa lambat lagi. Tunaikan kewajipan kawan.." Jawap ku sopan.
"B.. Dia dah balik lah B.. Bederet-deret bas 401 tadi.. Ada 2, 3 biji bas juga tadi.." Kata Amer dengan nada yang sangat kecewa.
"Laa yeke.. Sorrylah bro aku ada bengkel hari ni tu yang lambat balik.. Takut terlewat aku solat lagi tadi. Tu yang tak berpeluang aku nak cakap dengan dia.." Aku cuba menerangkan.
"Takpelah bro. Nak buat caner lagi.. Tak ada rezekilah tu.." Amer dengan muka sedih.
"Sorrylah bro. Esok pagi kalau kami naik bas yang sama Insha Allah aku cuba sampaikan salam kau okay.." Aku cuba menceriakan keadaan.
"Thanks bro.. Tapi aku ada nak minta tolong lagi ni.."
Amer menarik aku sedikit ke belakang daripada himpunan orang ramai lalu mengeluarkan sepucuk surat dari beg galasnya. Sepucuk surat berwarna putih siap dengan 'seal', cop rasmi dengan tajuk - "Urusan Seri Paduka Baginda".
"B.. Nanti kau tolong bagi surat ni kat dia boleh?" Amer bersungguh.
"Oh Insha Allah boleh.. Kalau aku terserempak dengan dia aku bagi kat dia ok.." Aku memberikan lagi talian hayat pada beliau. 
"Haa tu bas 301.. Ko naik bas tu kan?" Aku memberitahu Amer.
Kami berpisah di situ dengan masing-masing memberikan salam dan beliau tidak lupa untuk mengingatkan aku pasal surat cinta beliau. Deng!

Aku membelek-belek surat itu aku sangkakan dia mahukan tandatangan aku sebagai sokongan pada surat beliau. Yalah dengan keadaan surat yang formal sebegitu mana mungkin aku tidak tersalah faham. Aku hanya mampu tersenyum. Aku tersenyum girang. Aku merasa amat-amat pelik dan lucu. Pelawok! Pelawok!


Google | Oh Surat Cinta!!
Sudah bertahun lamanya aku tidak melihat surat cinta, ketika berada di Tingkatan 2 merupakan kali terakhir aku melihat surat cinta. Tapi kelmarin 22 Mac 2011 bersamaan dengan hari Selasa merupakan hari bersejarah apabila aku telah diberi mandat untuk menyerahkan surat cinta beliau. Huuu.. Aku seorang Posmen Cinta! (Berfikir untuk menukar profesion aku kepada seorang posmen.. hehehe..)

p/s: Surat cinta beliau belum sempat aku serahkan kerana pagi ini aku ditumpangkan member ke tempat kerja. Maka surat itu masih berada selamat di dalam beg Quiksilver ku.

p/s/s: Pagi tadi terserempak dengan Amer dekat Cafe Kastam. Dia tanya pasal surat beliau. Aku cakap tak sempat lagi nak bagi. Huuu.. Aku rasa sangat-sangat rimas sekarang ni!!!!

9 comments:

::p0t pEt iLa:: said...

adess cam dalam drama pulak..tak sabar nak tgu kesudahan..hihi

EB said...

@::p0t pEt iLa::
Hahaha.. Al-kisah dari cerita benar ni.. hehehe...
Sabar-sabar ptg ni Insha Allah lau ada peluang adalah rezeki aku smpikn surat c llki ni..

zati embong said...

Eb, dia betul2 berharap n percaya pada Eb 2..jgnlah fikir cmtu.sedih dia nanti tau O.o

Bercakapdengankaki (BDK) said...

ade lagik orang bagi surat cinta ek zaman skg?hahaha

EB said...

@zati embong
Hahaha.. Jgn risau.. EB pasti tolong dia.. Hehehe.. Cuba EB sebenarnya x brapa suka dipaksa².. EB rimas n EB pndi marah! hahaha...

Xpa amanah org EB pasti smpikn.. Heheehe.. EB buat sehabis baik hehehe...

EB said...

@rebecca melessa
Haa tula nye..
Ada lg.. Ni la buktinya.. Hehehe..
Xpela mungkin cara classic ni ada istimewanya bagi dia.. hehehe.. Is okay..

khatycute said...

hahaa lawak lah,,,bru bca hari nie,,, khty knl ka ngn bdk laki tu,,,;p

EB said...

@khatycute
Mm khaty x knal sbb dia bukan naik dr tmpt kita.. Dia naik dpn ofc EB ni.. hehehe..
Lawak mmg lawak.. Alaa cerita ni belum abis actly nnti mau bg ending cerita ni..

EB said...

@khatycute
Mm khaty x knal sbb dia bukan naik dr tmpt kita.. Dia naik dpn ofc EB ni.. hehehe..
Lawak mmg lawak.. Alaa cerita ni belum abis actly nnti mau bg ending cerita ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...