K A W A N

Tuesday, March 1, 2011

MAC dah!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Assalamualaikum WBT...

Waa tak sangka begitu pantas masa berlalu. Sekarang ini kita sudah berada di bulan Mac. Pejam celik, tidur bangun, makan minum, kenyang lapar, sudah 2 bulan kita berada di tahun 2011 ini. Semuanya begitu pantas berlalu. Semuanya tanpa kita sedar berubah mengikut peredaran zaman. Bermacam-macam hal yang berlaku dalam masa 2 bulan sebelum ini. Tak kiralah perkara baik mahupun perkara yang kurang baik. Inilah dunia, walau apa pun berlaku selagi nyawa terlekat di tubuh, kita harus meneruskan hidup.

Sepanjang 2 bulan ini, bermacam-macam yang berlaku. Harga minyak naik, minyak masak kena sembunyi, orang naik minyak dan macam-macam lagi. Dengan harga 2 biji tomato dengan saiz telur gred AA dijual dengan harga RM1.50 (RM0.75 sebiji). Biskut Oreo dijual dengan harga RM3.50 walhal harga sebenar di Supermarket terkenal cuma RM2.80. Maggi kari kegemaran Princess Momoy dijual dengan harga RM5.50, yang dulunya cuma berharga RM3.00 sahaja. Ini menunjukkan bertapa dunia ni semakin berubah semakin 'MAHAL'.

Dengan isu gay, lesbian yang semakin melampau-lampau. Sehinggakan ada yang sanggup membuat pengakuan terbuka mengaku bahawa dirinya adalah GAY!. Ditambah lagi dengan pertubuhan-pertubuhan songsang seumpama ini minta diiktiraf di Malaysia supaya mereka bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan selama ini.

Apa juga yang berlaku kita harus meneruskan hidup. Teruskan hidup macam mana? Teruskan hidup berlandaskan agama. Setiap insan mesti mempunyai kepercayaan dan pegangan agama. Ikutlah dan patuhilah apa yang telah disyariatkan oleh agama masing-masing. Aku percaya setiap agama yang ada di dunia ini tidak ada yang menjurus kepada kejahatan. Kepada yang telah sesat, kembalilah ke pangkal jalan dan bertaubatlah.

Kepada sahabat-sahabat bloggers, aku ingin meminta maaf andai ada tersilap komen, terkasar bahasa, tak ter'follow' balik, tak terjenguk balik blog-blog kamu, terlebih-lebih atau terikut-ikut apa jua yang berlaku dalam dunia blogging ini. Kalau ada yang ter'copy' paste entri-entri kamu, aku minta maaf bebanyak. Itu tandanya entri anda memang bernas dan sangat menawan hati dan aku dengan ghairahnya ingin kongsikan kepada semua. Jangan risau niat aku sentiasa baik. Semuanya adalah demi memajukan dan mewujudkan semangat kekitaan dalam diri kita sesama bloggers. 

Semoga kita semua akan terus mengeratkan silahturrahim dan persahabatan di alam maya ini. Semoga semuanya diberikan kesihatan yang berpanjangan dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat nanti. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT. Insha Allah.

©2011 | A smile is happiness you'll find right under your nose.

p/s: Terima kasih semua...

8 comments:

zati embong said...

A ah betul!da nak masuk 3 bulan :(

jat start tahun 2011 dgn teruk, rasanya keterukkan itu still ada.

still xde yg mnghepikan jadi lg dis year :(

EB said...

@zati embong
Hehehe tu la pasal skjp je kn..
Alaaa relax pasti ada yg mghappykan sikit masa lg..
Cpt lmbt urusan Allah.. Sbnrnya sentiasa mghadapi happy kita ni..
kita je yg x sdar..

::p0t pEt iLa:: said...

bulan 3 mcm2 menanti..huhu

EB said...

@::p0t pEt iLa::
Harap bersabarlah cik ila ek...
Hadapi masalah dgn bernas k...

MiSs F.A said...

gmba EB tersenyum riang :D hehe
mac jugak ade besday sy! weeee :P

Edy Zaidi said...

yeaahh..march...bulan paling best..hehe

EB said...

@MiSs F.A
Hehehe ya senyuman riang gmbira bt smua.. hehehe...
Waaa happy earliest birthday wishes from me..
Smoga happy slalu... weee ^^

EB said...

@Edy Zaidi
Bro Edy..
Napa best? mesti ada papa ni kn...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...