K A W A N

Wednesday, March 16, 2011

Tua & Matang!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum WBT.


Hari ini 16/03/2011 merupakan tarikh keramat buat seorang blogger yang saya kagumi dan hormati. Blogger yang saya kenali sewaktu saya kembali mengaktifkan diri dalam dunia blogging setelah lama menyepikan diri pada sekitar tahun 2010. Blooger yang banyak mengajar saya secara tidak langsung dalam dunia blogging ini. Banyak pemerhatian dan pembacaan yang saya lakukan terhadap blog beliau dan banyak yang saya telah pelajari tanpa disedari.

Beliau yang berbangsa Banjar telah mula berbloging pada tarikh 02 Ogos 2009 sedikit lewat daripada saya dengan hanya 3 bulan perbezaan sahaja. Walau bagaimanapun, daripada awal pembabitan beliau dengan hanya ada 6 orang sahaja yang memberi komen dalam entri pertama beliau namun pada hari ini tidak terhitung banyaknya komen-komen yang akan diterima beliau setiap kali mengemaskini entri terbaru.

Namun apa yang saya kagumi dengan beliau adalah idea-idea yang bernas setiap kali mengemaskini blog beliau. Selain itu, beliau juga seorang yang pemurah kerana sentiasa memberikan hadiah buat semua para bloggers yang sentiasa ternanti-nanti akan hadiah daripada beliau. Itulah penyebabnya mengapa followers blog beliau amat-amatlah meriah walaupun tidaklah semeriah followers blogger yang sudah populor. Tak percaya? Nanti tengok sendiri okay. Nanti EB bagi link ke blog beliau di penghujung entri ini.

Okaylah tanpa membuang masa, saya ingin sampaikan tujuan utama saya menulis entri ini. Tidak lain niat saya hanyalah ingin mengucapkan "Selamat Ulang Tahun Kelahiran" buat kamu Edy Zaidi. Hari ini adalah hari yang mendewasakan serta mengenapkan usia kamu ke-25 tahun bukan. Nampaknya kamu tua dulu dari saya hehehe..


Tiup Jangan Tak Tiup..


Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat kamu Edy Zaidi, tiada hadiah istimewa yang dapat saya berikan melainkan doa ikhlas dibawah ini dan entri ini sebagai  hadiah buat kamu. Maaf andai ada info yang salah dan tegurlah saya andai ada kekasaran bahasa yang berlaku di dalam entri ini mahupun disepanjang perkenalan kita. Walaupun tidaklah serapat mana tapi sangat-sangat istimewa. 

"Ya Allah, Ya Tuhanku.. di Hari Ulang Tahun Kelahiran sahabat ku ini, Insha Allah muncul hari baru yang penuh keceriaan untuknya. Engkau muliakan dan sayangilah dia sepertimana dia menyayangi dan mengisahi kami serta keluarganya. Engkau berkatilah keluarganya, berikanlah kesihatan yang berpanjangan, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya. Engkau jauhkanlah dia daripada sebarang fitnah dunia, penganiyaan dan penghinaan. Engkau suburkan benih keimanan dalam dirinya dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa. Amin ya robbal alamin.."





Pada sesiapa yang ingin mengucapkan Hari Lahir buat beliau anda bolehlah ke blog beliau di "The Beauty In Ugly" ~ Edy Zaidi. Sila-sila jangan malu jangan segan. Kalau nak bagi hadiah pun boleh. hehehe..

p/s: Mmm.. lama lagi birthday aku ni...

14 comments:

SoLy SoLicious said...

Selamat ulang tahun jua !!
semoga dimurahkan rezeki selalu :)

noa said...

aminnn

EB said...

@SoLy SoLicious
Ya selamat ulang tahun kpd beliau..
Insha Allah..

EB said...

@nora
Amin...

Unknown said...

selamat ulangtahun :)

Miss PIJAOSIX said...

hepy besday..wish u all the best...!!!

EB said...

@MiSs F.A
Ya selamat ulang tahun pada Edy..

EB said...

@~ Miss PIJAOSIX~
Yupp Happy Birthday to Edy...
Wish him all the best!!

zati embong said...

lar member eb rupenya edi O.o

EB said...

@zati embong
Ya la mmbr blogging.. Mmbr jugakan...

Unknown said...

tq so much..terharu ni..hehe

EB said...

@Edy Zaidi
Hahaha my pleasure Edy..
Haa smua yg komen kat sini smua mendoakn kejayaan dan kebahagian ko..
Selamat Ulang Tahun...

EzayHadry said...

wahh bgus2 eb...ko memang rakan terbaik!! amin
hepi bday edy..

EB said...

@Ezay Hadry
Hahaha Insha Allah kita smua akan mjadi rakan yg terbaik!!
Amin...
Happy Birthday to him..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...