K A W A N

Saturday, March 19, 2011

Jantungku dah Expired!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Huuu.. hari ini aku bangun agak lewat daripada hari kebiasaan. Memandangkan hari Sabtu maka kesempatan ini dihargai sebaik-baiknya dengan bangun pada jam 11.00 pagi. Oh! Kira awal lah tu. Rasanya ada lagi orang yang lagi lewat dari aku kan? Aku juga terlepas untuk solat Subuh pagi tadi. Deng! Kelewatan ini disebabkan oleh game 'My Shop' yang Cik Awek paksa aku main dan wayang yang aku layan malam semalam. Ya! Ya! Ya! Aku tahu aku ketinggalan zaman sebab baru nak tengok filem "RepoMen" ini. Mungkin kamu semua dah lupa akan kewujudan filem ini. 


Filem ini mengisahkan di mana pada masa hadapan, jangka hayat seseorang manusia yang berpenyakit boleh dipanjangkan melalui organ mekanikal yang sangat canggih dan mahal. Organ mekanikal ini telah dicipta oleh sebuah syarikat yang bernama "The Union". Akan tetapi berita baik ini mengenai organ mekanikal ini juga boleh menjadi berita buruk seandainya anda tidak mampu untuk membayar bil perkhidmatan selepas menggunakan organ mekanikal ini.

Sekiranya anda tidak mampu membayar bil tersebut "The Union" akan menghantar 'RepoMen' untuk mengambil kembali organ tersebut tak kiralah anda suka ataupun tidak. Jadi si Remy (Jude Law) akan bertanggungjawab mengambil kembali organ yang tertunggak bayarannya tanpa belas kasihan. Dia juga merupakan 'RepoMen' yang terbaik di dalam syarikat "The Union" dan merupakan 'RepoMen' dalam kelas terbaik dan digeruni di kalangan RepoMen yang lain.

Akan tetapi malang bagi beliau, apabila beliau terpaksa menggunakan jantung mekanikal daripada syarikat beliau sendiri setelah berlaku kemalangan semasa dia menjalankan tugas hingga menyebabkan jantungnya gagal berfungsi. "The Union" telah memasang jantung yang terbaik dan termahal buat beliau. Ini menyebabkan beliau terpaksa menanggung bebanan hutang yang banyak walaupun masih bekerja untuk "The Union".

Oleh kerana beliau tidak mampu lagi untuk membayar bil tersebut maka dia telah melarikan diri dan bersembunyi di sebuah kawasan hitam. Akhirnya pihak "The Union" telah menghantar rakan baiknya Jake (Forest Whitaker) untuk mengambil semula jantung tersebut. Maka berlakulah bermacam-macam aksi disepanjang tempoh Jake menjejaki Remy. 

p/s: Kalaulah zaman itu berlaku betul-betul di zaman sekarang ini. Huh! tak dapat dibayangkan bertapa murahnya nyawa manusia diwaktu itu. Semuanya melibatkan wang ringgit. Kuasa wang menentukan segala-galanya. Rasanya sekarang ini pun semuanya ditentukan oleh wang ringgit....

6 comments:

zati embong said...

huhu,diorg ni imaginasi tinggi2 betul.

betul 2 eb,skrg kalau kat negara2 afrika ke negara2 yg miskin,nyawa 2 mudah sgt.

EB said...

@zati embong
Imaginasi teknologi yg bgtu hbt...

Tu la pasal..
Yg miskin trus miskin...
Yg kaya semakin kaya...

::p0t pEt iLa:: said...

fuhyoo sguh dasat

EB said...

@::p0t pEt iLa::
Mmg dasyhaaaaattt!!

ayu.Shn said...

huhu x sanggup oo tgk klu bunuh2 nih

EB said...

@ayyu Hasmayyu
Hehehe sian.. Jgn tngk nnti trauma..
Filem ni bnyk adegan hiris-hiris.. toreh-toreh.. mmg bnyk darah la...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...