K A W A N

Saturday, March 26, 2011

Cinema Time!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh..

Sebentar tadi aku melakukan transaksi interent untuk membeli tiket wayang The Invasion - Battle of Lost Angeles melalui Maybank2u. Ya! Aku lebih menyukai membeli tiket wayang melalui Maybank2u daripada aku beratur panjang untuk membeli tiket. Aku tidak suka akan kesibukan. Sebab kesibukan itu akan membuatkan aku sedih. Sedih sebab aku hanya menonton wayang ini sendirian. Ah! Tak kisahlah. Aku suka. 

BoLA
Oh Ya! Pasal movie yang aku nak tonton ni, Battle of Lost Angeles. Mungkin aku adalah orang yang terakhir melihat wayang ini. Tapi tak kisahlah sebab di entri aku sebelum ini aku pernah mengatakan bahawa aku tak suka menonton wayang ketika wayang tu baru saja keluar di panggung. Rimas sebab semua berebut-rebut. Ada juga yang potong-memotong barisan. Nak beli popcorn tak dapat sebab barisan panjang sangat, wayang pun dah nak mula dah. Nak mengurat, minta no. telefon awek cashier pun tak dapat. Hmm.. Tak suka! Cik Awek jangan marah ek.. hehehe..

Lagi satu aku suka tengok lambat-lambat sebab seat confirm banyak kosong. Hahaha.. Aku suka seat kosong. Nak duduk dimana-mana pun boleh.  Ini panggung aku yang punya bukan Ahmad Dhani or Ahmad Albab yang punya. Hahaha.. Yang pasal couple-couple kat belakang-belakang tu abaikan. Hahaha..

Lagi kenapa aku suka tengok lambat-lambat sebab, dah ramai sahabat-sahabat bloggers yang buat review pasal movie ni. So bolehlah aku buat conclusion nak tengok atau tak tengok. Tapi biasanya bila mereka dah buat review, pasti ada pendapat masing-masingkan. Bad or Good, kalau aku dah nak tengok aku tengok juga tu. hehehe.. Thanks buat bloggers yang buat review pasal movie ni. Contoh review dari rakan bloggers - Princess Momoy.

Okaylah aku nak siap dulu. Movie aku jam 2.30 petang ni. Oh Ya! Masa cari-cari poster Battle of Lost Angeles ni aku terjumpa satu lagi poster yang mengingatkan aku pada sebuah band yang aku minati suatu masa dahulu. Band yang membawa genre dalam American Rap Metal. Muda mudi sekarang tak tahu band ni kot. Guerilla Radio is the best song for me!

Rage Against The Machine
p/s: Lepas tengok wayang nak shopping barang dapur.. Barang dapur dah habis dah so tak dapat nak beraksi..



8 comments:

wahida said...

lama tak tgk wayang semenjak ada anak kecik ni...

zati embong said...

hihi,kalau jat,jat lg prefer tgk time ramai2.feel dia lain.seronok gelak2 1 panggung O.o

Genta said...

ada beberapa aspek yang saya suka dan sama seperti saya.

tak suka tengok dalam crowded.

tapi tengok wayang sorang diri is too bad. i've been through. find your buddy. rabu lepas saya baru tengok world invasion dengan kawan. tengok wayang lepas dengar kuliah magrib oleh ustaz abu hassan din plak tu.hmm

EB said...

@wahida
Akak nnti blh la tngk dgn hubby..

EB said...

@zati embong
Untuk cerita yang genrenya lucu serta humor rasanya blhla tngk dgn kengkawan mgilai ketawa.. Tapi utk movie hari ini tak kisah juga kalau teda kawan..
Dulu da pernah tngk ramai2.. Ramai sngt kekdang hmpir penuh panggung skrg ni da mls xda mood..

EB said...

@Genta
Hehehe baru ada feel yg sbenar bila tngk dgn tenangkn..

Mmm bukan x nak tngk dgn kwn..
Already find and ask my friends..
But they have their own programs..
So I don't mindla to watch alone..
Is okay for me..
Sbb lepas tu nak shopping mls nak suruh org tngu sya shopping... Sebab it will took a long time.. Don't wanna stole their time.. hehehe...

Just now baru dgn ceramah Ustaz Kazim dlm bas.. best! lawak.. Pasal Hari Raya Qurban..

Unknown said...

hehe..aq pun kalo nak tengok wayang..kena tunggu 1 mgu baru p....rsa mcm satu kpla lah ngan kow nie tuan blog..huhuh..folo u..folo me back yer..

trik online 2 ym dalam 1 pc

EB said...

@josrevalution
Hahaha ngam mmg 1 kpala lain badan.. hehehe..
Yala bt pa mau lumba2 tngk.. Pastu dpt seat yg x best plak.. adeh.. lg x bestkn...
Ok no worries i will follow u back..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...