سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Manusia adalah hamba Allah SWT yang diamanahkan menjadi khalifah di muka bumi ini. Tugas khalifah begitu luas yang mana meliputi segala aspek dalam menyempurnakan kehidupan umat manusia dan seluruh alam. Bagi membolehkan melaksanakan tugas yang begitu berat, maka Allah SWT memberi satu pedoman kepada kita dengan menurunkan al-Quran dan Rasul-Nya agar dijadikan rujukan dan panduan untuk kita mentadbir alam ini. Justeru, maka kita sebagai khalifah diwajibkan mentaati segala peraturan dan panduan yang telah ditetapkan itu demi kesejahteraan semua manusia dan seluruh alam.
Persoalan hak dan amanah sebenarnya berkait dengan hak-hak Allah SWT yang wajib ditunaikan, hak-hak manusia yang perlu dilaksanakan termasuklah kepada:-
- diri sendiri,
- anak-anak,
- keluarga,
- jiran-tetangga
- dan masyarakat keseluruhan.
- mentaati segala perintah-Nya adalah suatu amanah,
- menyeru kepada kebaikan adalah amanah,
- mendidik anak-anak juga adalah amanah,
- menunaikan solat, puasa, zakat dan sebagainya merupakan sebahagian dari amanah,
- Dengan kata lain semua persoalan hidup ini adalah amanah.
Akan tetapi, mengikut pemerhatian tahap akuantibiliti terhadap pelaksanaan amanah di kalangan sesetenggah anggota masyarakat pada hari ini amat membimbangkan. Banyak tanggungjawab yang diabaikan samada berkaitan hubungan dengan Allah SWT atau sesama manusia. Kita dapat melihat ramai di kalangan kita yang mengabaikan solat, memandang remeh kewajipan berzakat, kikir untuk mengeluarkan sedikit harta untuk bersedekah. Ramai juga dikalangan kita yang mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga, anak-anak diabaikan. Betapa banyak kes anak-anak yang lari dari rumah yang dilaporkan. Gejala sosial semakin menjadi, kecurian berlaku di mana saja sehingga ada di kalangan mereka yang sanggup mengambil harta benda dan tabung jemaah di masjid.
Selain itu, akauntabiliti pengurusan agensi kerajaan dalam sektor awam dan swasta pada masa ini juga pada tahap membimbangkan. Seringkali dilaporkan berlaku kejadian pecah amanah, penyelewengan kuasa, rasuah, membazir masa dan sebagainya yang merugikan negara. Satu lagi yang membimbangkan ialah tentang elemen keselamatan perlindungan rahsia negara. Ramai dikalangan penjawat awam pada hari ini mengabaikan dengan tidak mengambil berat tentang hal ini, sehingga berlaku kebocoran maklumat rahsia negara.
Perlu difahami rahsia negara merupakan sebahagian aset negara dan ianya mesti dilindungi secara menyeluruh daripada pelbagai ancaman. Apa jua bentuk tindakan untuk membocorkan rahsia negara ianya merupakan jenayah yang akhirnya meruntuhkan dan menghancurkan negara. Justeru sebagai seorang Islam, marilah sama-sama kita menghayati prinsip integriti, akauntibiliti, sentiasa beramanah, jujur, telus dengan penuh rasa tanggungjawab di samping menyerlahkan sifat-sifat mahmudah yang lain seperti rajin, tekun, berdisplin dan mengutamakan kualiti dan kesempurnaan dalam setiap tugasan.
Allah SWT akan mengadili semua tugas yang diamanahkan walau sekecil manapun tugas tersebut. Ingatlah jika kita sekali mengkhainati amanah yang diberikan nescaya seribu kali kita sukar untuk mendapat kepercayaan orang lain. Jika sekiranya kita terlibat dalam penyelewengan dan penipuan, maka rezeki yang kita perolehi adalah haram, makanan dan minuman adalah haram, pakaian yang dipakai juga haram kerana datang dari sumber yang haram. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengamalkan sikap jujur dan bertanggunjawab serta ikhlas dalam melaksanakan segala amanah yang diberikan.
Allah SWT akan mengadili semua tugas yang diamanahkan walau sekecil manapun tugas tersebut. Ingatlah jika kita sekali mengkhainati amanah yang diberikan nescaya seribu kali kita sukar untuk mendapat kepercayaan orang lain. Jika sekiranya kita terlibat dalam penyelewengan dan penipuan, maka rezeki yang kita perolehi adalah haram, makanan dan minuman adalah haram, pakaian yang dipakai juga haram kerana datang dari sumber yang haram. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengamalkan sikap jujur dan bertanggunjawab serta ikhlas dalam melaksanakan segala amanah yang diberikan.
p/s: Ringkasan Khutbah Jumaat hari ini.
No comments:
Post a Comment