K A W A N

Wednesday, March 9, 2011

Klasik itu Sejarah!

سم الله الرحمن الرحيم 
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Kesibukan melanda diri bila mana aku diminta untuk menghadirkan diri dalam satu kursus yang telah dianjurkan oleh pihak BPTM. Maka akan terbataslah ruang waktu untuk aku mengemaskinikan blog terchenta ini. Oleh kerana pihak pengurusan telah menyakinkan bahawa mereka akan menyediakan juadah yang lepas sedap dari juadah di Cafe maka aku akur mengikuti program ini walaupun aku tahu ianya pasti memboringkan. Hehehe.. Namun demi menambah ilmu di dada maka harus ku gagahkan juga mata ini dari mengantuk demi mendapatkan ilmu yang diberi.

©2011 | Klasik itu Sejarah | Pelakon Extra Natrah
Rasanya 1Malaysia dah kecoh mengenai Hikayat Merong Mahawangsa Maju (HMM). Filem terbitan KRU Studios arahan Yusry Abdul Halim ini bakal ditayangkan kepada semua pada hari esok 10 Mac 2011 (Khamis). Mesti yang dah tak sabar nak menonton filem ni kan. Begitu juga dengan aku tapi rasanya esok malam bukanlah hari yang sesuai untuk aku menonton filem itu. Di tambah lagi dengan jemputan Futsal Persahabatan pada esok petang dan malam, memastikan aku tidak akan menonton HMM pada malam esok.

Aku juga tidak menyukai kesesakan yang berlaku pada setiap kali hari pertama sesebuah  filem dipertontonkan. Kesesakan itu merimaskan aku. Itu bukan cara aku menonton filem, aku suka datang menonton pabila ramai orang sudah mulai boring dan kecoh bercerita mengenai filem yang mereka telah tonton itu. Begitu jugalah yang akan berlaku pada HMM ni nanti, so kamu semua silalah tengok dulu ye.. Rajin-rajin buat review pasal HMM lepas dah tengok. Nanti aku bacalah hehehe...

Apa tengok-tengok? | Tontonlah kalau berani!


p/s: Bangga dengan KRU!!
p/s/s: EB pernah tengok wayang kat panggung seramai dua orang sahaja... hehehe...

12 comments:

zati embong said...

senang jela nk umpan Eb ni eh?asal makanan sedap cukup eh? O.o

Nurul Syuhada Bt Hasri said...

nanti cite ek sal movie nih...hehe..sy un xsuke g tgk movie time dy awl2 release :)

SoLy SoLicious said...

memang klasik sungguh.. heee

EB said...

@zati embong
Hahaha.. Eb mmg suka mkn..
Tp nak lg senang bawala Eb shopping barangan dapur..
Cth mcm periuk2.. Gelas2.. Kuali.. Botol2.. Eb mmg suka tu.. Eb suka sngt ruang 'Kitchen' kat shoping complex... hehehe...

EB said...

@Nurul Syuhada Bt Hasri
Hehehe tu la pasal..
EB pn mmg x suka.. Kebanyakan movie yg bru2 release mmg eb x p tngk mlainkn org blanja.. hehehe..
Sbb eb x suka ramai sngt.. Eb suka time x rmai org..
best.. hehehe panggung eb yg pnya.. hehehe..

EB said...

@SoLy SoLicious
Hehehe tu gmbr kawan eb tu.. time ni dOrg shooting drama Natrah.. hehehe..

MiSs F.A said...

x saba nk tgk HMM :D

EB said...

@MiSs F.A
Nampaknya kmu org yg 1st kena bt review pasal movie ni.. Jgn lupa story tau.. hehehe.. Tngk jgn x tngk..

A.s.t.i.n.a said...

sapa bah mereka ni.. kalau pic itam putih nampak baik dan beriman ja muka semua.. ko pakai la begini EB..

EB said...

@A.s.t.i.n.a
Pic B&w mmg lebih mbawa maksud yg mdalam...
Oh dOrg ni plakon extra Drama Natrah.. dOrng ni bebdk ASBIR...
Yg sblh kanan tu kawan EB..

Hahaha eb x blh pki mcm ni sbb perut eb x slim mcm dOrg...

Sophie Al-yahya said...

tulah, kena tggu reda dulu baru boleh pi tengok nie..

EB said...

@Sophie Al-yahya
A'aa mmg kena tunggu reda dulu.. EB x snggup nak redah.. hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...