K A W A N

Thursday, March 3, 2011

My 400 Spartans!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm



Assalamualaikum WBT...

Yeah!! Pejam celik pejam celik akhirnya rakan bloggers aku dah bertambah sebanyak 405 orang sehingga ke saat ini. Terima kasih atas sokongan anda semua, sesungguhnya jasa baik anda semua dalam memberikan sokongan dengan menjadi followers terhadap blog ini amat-amatlah dihargai dan tiada tutur kata mahupun apa jua nilai mata wang di dunia ini dapat membalas jasa baik anda semua. Terima kasih banyak-banyak semua.

Follower EB yang ke-400 adalah merupakan seorang perempuan yang cun melecur melecun. Beliau merupakan seorang penuntut di sebuah Universiti terkemuka di Labuan. Yang mana Universiti tempat beliau menuntut juga merupakan Universiti kesayangan aku. Tak sangka dapat follower daripada Universiti yang sama. Terima kasih dan tahniah buat beliau.

UMSKAL
Untuk menghormati permintaan beliau agar gambar wajahnya tidak di'publish'kan kepada umum maka entri khas untuk dia ini tidak akan EB sertakan dengan gambar. Buat yang tertunggu-tunggu gambarnya maafkan EB memang tak letak gambar beliau. Tapi anda semua boleh terus ke blog beliau untuk berkenalan dengan beliau. Beliau sangat-sangat baik hati dan peramah. Beliau mungkin mempunyai alasan tersendiri tak nak gambar beliau dipaparkan. Jadi EB menghormati permintaan beliau, jangan anggap beliau sombong pula.

Gadis yang berbintang Gemini ini selesa dipanggil Rara or Rara Ibnu. Anda semua bolehlah ke blog beliau, RARA IBNU untuk berkenal-kenal dan memberi sokongan terhadap beliau agar terus berblogging dan berblogging. Selain itu, EB doakan agar Rara berjaya dengan jayanya dalam pengajian beliau. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang berpanjangan. Insha Allah.

Thanks for following me.. ^^v

Jom ramai-ramai follow dan support Spartan EB yang ke-400 ~ Cik RARA!
Just klik link di bawah ini.

Cintaku Ditolak!

MALANG...anggota polis menurunkan mayat mangsa.
©Harian Metro | Gantung diri kecewa CINTA
Info kejadian:-
  • Mayat seorang remaja ditemui mati tergantung pada sebatang pokok jambu di Lorong Taman Ayer Keroh Height (TAKH) 7, Melaka.
  • Difahamkan, akibat masalah cinta, remaja terbabit, Deklies Anak Dely, 19, berketurunan Bidayuh dari Kampung Sebobok, Bau, Sarawak itu nekad menggantung dirinya. Mayat mangsa yang memakai kemeja-T lengan panjang putih, berseluar jeans dan kasut hitam serta membawa sebuah beg kecil ditemui seorang wanita di taman terbabit yang keluar berjoging sebelum memberitahu kepada penduduk lain yang menghubungi polis.
  • Dipercayai mangsa membunuh diri kira-kira jam 9 pagi dan bapa saudara beliau mengesyaki mangsa membunuh diri akibat putus cinta kerana sebelum ini mangsa pernah menyatakan bahawa mangsa ingin pergi ke rumah teman wanitanya di perkampungan Orang Asli di Gapam.
  • Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, Balai Polis Ayer Keroh menerima maklumat awam kira-kira jam 8.20 pagi sebelum sepasukan polis tiba melakukan siasatan di tempat kejadian.
Sumber: Harian Metro ~ Gantung Diri Kecewa Cinta

************************

“Barangsiapa bunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan minum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” (HR. Muslim, 109)

************************

“Janganlah mengharapkan kematian kerana tertimpa musibah duniawi, jika terpaksa, maka hendaklah ia mengucapkan: “Ya Allah panjangkan hidupku, jika kehidupan itu lebih baik bagiku, dan wafatkanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku!” (HR. Bukhari, no. 5671, An-Nasa’i, no. 1820, disahihkan oleh Albani)

Wednesday, March 2, 2011

Bicara Fotografi | Siri 2


Bicara Fotografi 
“Fotografi & Anda”
Abas Hassan 
(Pengamal Fotografi Profesional)

Penampilan Istimewa
Encik Ct (Chottouch)
Untuk Account Facebook Encik CT ~ Klik SINI

1

4 Mac 2011 
Auditorium 1
Kompleks Kejiranan
Presint 16, Putrajaya
9.00 mlm - 11.00 mlm
Masuk Percuma!!!

Serba ringkas mengenai En. Abas Hassan :

Abas Hassan adalah seorang pengamal fotografi profesional yang kini sedang giat menjalankan aktiviti pembelajaran fotografi di IPTA, IPTS, Jabatan Kerajaan & Swasta, Ahli Fotografi Profesional dan mereka yang inginkan pendedahan mengenai fotografi. Di samping itu, Abas Hassan juga seorang editor foto digital dan di antara hasil kerja beliau ialah buku Busana Melayu oleh Puan Azah Aziz (buku terbaik pilihan Malaysia 2007) terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bermula sebagai jurujual peralatan fotografi, jurufoto profesional di dalam dan luar negara dan kini sebagai penasihat, pengajar fotografi dan pencetakan. Abas Hassan merupakan seorang yang berketrampilan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau yang luas dalam usaha fotografi anda.

Jom datang beramai-ramai!!


p/s: EB tumpang mengheboh-hebohkan...

It was NOTHING!!

سم الله الرحمن الرحيم

bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Assalamualaikum WBT...

Pagi Rabu aku hari ini dimulakan dengan sesi ejek mengejek, memperkecil-kecilkan, menghina akan kehebatan team terchenta aku, Man United. Ramai yang menghina dek kekalahan MU kepada Chelshit eh silap Chelsea. Perlawanan antara Chelsea dan MU ini sepatutnya sudah lama berlangsung, namun disebabkan ribut salji yang melanda Stamford Bridge pada ketika itu maka perlawanan ini terpaksa ditangguhkan sehinggalah ke awal pagi tadi pada jam 3.45am.

Kemenangan (2-1) Chelsea kepada MU tidak akan menyebabkan Chelsea terus ke tangga teratas liga dan juga tidak sama sekali melayakkan mereka berangan-angan menjuarai EPL musim ini. Buktinya;

Kalau tak nampak silalah tekan
Nampaknya masih terlalu jauh lagi perjalanan Chelsea ni dan aku yakin team aku MU bukanlah team belasahan yang mana akan menyerah kalah macam tu saja. Selain itu, banyak lagi team yang perlu diatasi Chelsea untuk menjuarai musim ini. Begitu juga dengan team aku MU. Kekalahan ini memang mencacatkan ditambah lagi dengan keputusan pengadil yang berat sebelah. Namun kekalahan ini bukan bermakna kiamatnya dunia, perjuangan mesti diteruskan Glory Glory Man United!!

Ok jom layan perlawanan semalam dengan gambar-gambar dibawah ni. 

Rooney fired home a lovely low drive to give United the lead on 29 minutes
Wayne Rooney celebrates opening the scoring at Chelsea
Rooney celebrates his fine finish which gave United the advantage
Nani battles for the ball at Stamford Bridge
David Luiz fired in an equaliser for Chelsea nine minutes after the break
Frank Lampard made no mistake from the spot as he sealed victory for the Blues
There was a lot of talk after the game about some of the decisions from referee Martin Atkinson
Nemanja Vidic received his marching orders in injury time after a second yellow card
Photos credit to www.manutd.com


p/s: Lepas ni jumpa Liverpool pula.. Hehehe..

Tuesday, March 1, 2011

MAC dah!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Assalamualaikum WBT...

Waa tak sangka begitu pantas masa berlalu. Sekarang ini kita sudah berada di bulan Mac. Pejam celik, tidur bangun, makan minum, kenyang lapar, sudah 2 bulan kita berada di tahun 2011 ini. Semuanya begitu pantas berlalu. Semuanya tanpa kita sedar berubah mengikut peredaran zaman. Bermacam-macam hal yang berlaku dalam masa 2 bulan sebelum ini. Tak kiralah perkara baik mahupun perkara yang kurang baik. Inilah dunia, walau apa pun berlaku selagi nyawa terlekat di tubuh, kita harus meneruskan hidup.

Sepanjang 2 bulan ini, bermacam-macam yang berlaku. Harga minyak naik, minyak masak kena sembunyi, orang naik minyak dan macam-macam lagi. Dengan harga 2 biji tomato dengan saiz telur gred AA dijual dengan harga RM1.50 (RM0.75 sebiji). Biskut Oreo dijual dengan harga RM3.50 walhal harga sebenar di Supermarket terkenal cuma RM2.80. Maggi kari kegemaran Princess Momoy dijual dengan harga RM5.50, yang dulunya cuma berharga RM3.00 sahaja. Ini menunjukkan bertapa dunia ni semakin berubah semakin 'MAHAL'.

Dengan isu gay, lesbian yang semakin melampau-lampau. Sehinggakan ada yang sanggup membuat pengakuan terbuka mengaku bahawa dirinya adalah GAY!. Ditambah lagi dengan pertubuhan-pertubuhan songsang seumpama ini minta diiktiraf di Malaysia supaya mereka bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan selama ini.

Apa juga yang berlaku kita harus meneruskan hidup. Teruskan hidup macam mana? Teruskan hidup berlandaskan agama. Setiap insan mesti mempunyai kepercayaan dan pegangan agama. Ikutlah dan patuhilah apa yang telah disyariatkan oleh agama masing-masing. Aku percaya setiap agama yang ada di dunia ini tidak ada yang menjurus kepada kejahatan. Kepada yang telah sesat, kembalilah ke pangkal jalan dan bertaubatlah.

Kepada sahabat-sahabat bloggers, aku ingin meminta maaf andai ada tersilap komen, terkasar bahasa, tak ter'follow' balik, tak terjenguk balik blog-blog kamu, terlebih-lebih atau terikut-ikut apa jua yang berlaku dalam dunia blogging ini. Kalau ada yang ter'copy' paste entri-entri kamu, aku minta maaf bebanyak. Itu tandanya entri anda memang bernas dan sangat menawan hati dan aku dengan ghairahnya ingin kongsikan kepada semua. Jangan risau niat aku sentiasa baik. Semuanya adalah demi memajukan dan mewujudkan semangat kekitaan dalam diri kita sesama bloggers. 

Semoga kita semua akan terus mengeratkan silahturrahim dan persahabatan di alam maya ini. Semoga semuanya diberikan kesihatan yang berpanjangan dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat nanti. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT. Insha Allah.

©2011 | A smile is happiness you'll find right under your nose.

p/s: Terima kasih semua...

Shortlisted!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Assalamualaikum,

Nampak tak kat tepi sebelah kanan blog EB ni, ada sidebar dengan banner-banner contestkan. Antaranya contest tu adalah Contest Amni|"Kami Pose Comey". Seperti yang semua sedia maklum contest ni dah ditutup secara rasmi pada 25 Februari 2011. So pada yang terlepas sila menangis darah dan merayulah pada Cik Amni untuk buat lagi contest yang sama seperti ini.. Hahahaha.. Jangan marah nanti kena jual.

Untuk menambah rasa cemburu buta kepada semua, aku nak bagi tahu kat kamu semua yang gambar aku yang tak berapa nak comel tu telah tersenarai dalam 10 terbaik tau.. Hahahaha.. sila cemburu lagi. Sorry bukan nak bongkak atau angkuh, bukan beta yang hendakkan ini semua. Kuasa VETO untuk memilih adalah hak mutlak Cik Amni. Aku tak ada minta surat sokongan daripada menteri walaupun aku tidak mampu berbuat demikian..

Inilah gambar yang tak berapa nak comel tu. Sila jangan gelak bila tengok muka aku. Kalau nak kena cucuk hidung laju-laju, silalah gelak tanpa henti.. Adoi.. (Pelik bebeno muka oden ye..)

©2011 | Kami Pose Comey
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Amni & Crews kerana menyenaraiputihkan  gambar ini. Buat rakan bloggers yang turut tersenarai, tahniah EB ucapkan dan semoga berjaya buat semua. Buat rakan bloggers yang tak terpilih jangan risau dan ini bukannya tanda kekalahan tapi ini adalah lambang keakraban buat semua. Tiada pemenang dan tiada pengalah juga. Semoga semuanya mendapat rahmat daripada Yang Maha Bijaksana. Insha Allah.

Untuk kejelasan yang lebih jitu mengenai entri EB dalam Contest ini, anda boleh klik di sini ~ "KAMI Pose Comey". Pantun tu idea spontan. Kalau tak suka maafkan EB okay.

Actually EB belum menang lagi Contest ini, cuma tersenarai SAHAJA! atau dalam bahasa indahnya antara "10 Terbaik je". Insha Allah kalau ada rezeki adalah tu. EB explain panjang lebar pun tak gunakan so untuk memudahkan anda faham apa maksud EB, anda semua boleh baca kat link ini ~ 10 peserta TERBAIK | Contest "Pose Comey"

p/s: Shortlisted pun kecoh! Ini macam punya orang pun adakah? Ini orang banyak happylah.. hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...