K A W A N

Monday, March 28, 2011

Jangan Bersedih.. Sesungguhnya Allah Bersama Kita!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan..
Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya..
Tiada siapa yang mampu menghalang ketetapan Allah SWT..
Apabila kita asyik mengeluh setiap kali kita ditimpa musibah..

Pengalaman sering mematangkan kita..
Kita sering lupa kita masih mempunyai kehidupan di akhirat..
Masihkan kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini..
Bersyukurlah wahai diri ini..

Ingatlah pesanan Nabi buat umatnya..


Masya-Allah! Masya-Allah! Masya-Allah! 
Indah sungguh kata-kata daripada Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. MAZA ini. Sungguh menyedarkan, menginsafkan dan memberikan ketenangan daripada setiap bait kata-katanya. Ya Allah! Sesungguhnya aku seringkali lalai pada dunia yang sementara ini Ya Allah!

Jangan bersedih wahai saudara-saudaraku yang tiada harta atau pangkat atau status, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita, Allah tidak pernah memandang STATUS kita, tetapi hanya IMAN dan TAKWA. Sedihlah melihat diri kita yang sering tidak bersyukur terhadap nikmat yang Allah berikan.

JUST ONE WORD ~ "SYUKUR"

p/s: Menitis air mata mendengar kata-kata Dr.MAZA ini. Subhanallah!! 
Ampunkan dosa-dosa ku Ya Allah..

"Berat Sama Dipikul | Ringan Sama Dijinjing"

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Kekuatan menjaga negara bukan hanya terletak kepada ramainya anggota keselamatan atau kecanggihan peralatan semata-mata. Yang lebih penting daripada itu ialah sifat keimanan, keiklasan, jati diri, semangat juang, kekuatan mental, jiwa dan rohani. Jika sifat ini dimiliki, maka insya Allah akan melahirkan anggota keselamatan yang berkualiti dan berdisplin serta bertanggungjawab. 

Suasana keamanan yang kita nikmati pada hari ini sebahagian besar datangnya daripada usaha perjuangan dan pengorbanan pasukan keselamatan terutamanya polis. Mereka menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Dalam usaha meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pasukan polis kepada rakyat beberapa langkah utama diambil diantaranya memperkukuhkan penerapan nilai-nilai Islam dan akhlak mulia dalam pasukan polis supaya sifat-sifat murni ini dapat menguatkan keimanan dan integriti semasa memberi perkhidmatan kepada rakyat jelata. Malah unit agama dalam pasukan Polis di Raja Malaysia sedang diperhebatkan. 

Selain daripada itu Polis di Raja Malaysia amat berharap rakyat jelata dan masyarakat sekeliling hendaklah turut sama bertanggungjawab dan bekerjasama dalam memerangi kejadian jenayah. Berdasarkan pemerhatian terdapat kecenderungan rakyat terutamanya masyarakat di bandar-bandar bersifat lepas tangan dan menyerah bulat-bulat kepada polis menangani gejala jenayah. Keadaan ini amat merugikan kita sendiri dan menguntungkan penjenayah. Justeru itu, menjadi tanggungjawab kita bersama menjaga, menyelamat dan menghapuskan jenayah sebagaimana Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu melihat berlakunya kemungkaran, maka hendaklah diubah dengan tangannya (kuasanya) dan sekiranya ia tidak mampu, maka hendaklah dengan lidahnya, dan sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah diubah dengan hatinya (benci dengan hati), dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”( Riwayat Muslim) 

Masyarakat yang bersatu padu saling tegur -menegur mampu menjamin keamanan dan keharmonian terutama daripada ancaman gejala sosial. Dengan cara muafakat, samaada melalui rukun tetangga, unit kawalan kampung atau melalui kempen-kempen kesedaran. Dalam masa yang sama kita dapat memainkan peranan melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlakunya perkara-pekara yang ganjil dan mencurigakan dalam masyarakat. Kerana itu, membina ikatan yang kuat dan kerjasama sesama kita adalah syarat utama bagi menjamin keamanan dan keharmonian masyarakat. Kita tidak lagi hidup di dalam gua seperti di zaman purba, Kita hidup bermasyarakat, berkomuniti, berhubung antara satu sama lain , saling bergantungan ibarat pepatah “cubit paha kanan paha kiri terasa”.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2: 
Maksudnya “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). 

Berdasarkan kepada perkembangan semasa di era globalisasi dan ICT perlu kita sedari bahawa akhir-akhir ini pelbagai jenayah berlaku dalam negara kita. Pelbagai kes yang membabitkan kejadian jenayah, dadah, permasalahan sosial remaja dan seumpamanya masih berlaku. Kini negara kita berhadapan pula dengan beberapa isu yang menyentuh persoalan agama yang boleh membangkitkan serta mencetuskan ketegangan dan kecelaruan terhadap perpaduan serta menjejaskan keharmonian hidup. Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk menganggu-gugat keamanan negara dengan mengemukakan tuntutan-tuntutan yang melampau dan diluar batas susila. 

Apa yang mendukacitakan ianya turut mendapat sokongan dan dokongan oleh mereka yang mengaku beragama Islam tetapi mempunyai agenda yang tersembunyi. Janganlah kita cuba bermain dengan api perpecahan dan menimbulkan rasa kebencian antara kita sehingga sanggup membelakangi undang-undang dan peraturan yang telah dipersetujui sejak negara kita mencapai kemerdekaan. Ingatlah nikmat keamanan ini akan hilang lenyap jika kita tidak sama-sama menjaganya. 

Ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat negara Jepun atas musibah gempa bumi dan tsunami yang melanda baru-baru ini. Musibah ini merupakan satu peringatan dari Allah SWT agar kita sentiasa mentaati dan bersyukur di atas segala nikmat-Nya. Marilah sama-sama kita memohon kepada Allah SWT agar dijauhi dari segala musibah dan malapetaka, termasuklah ancaman radiasi daripada merebak kesan kebocoran logi nuklear akibat gempa bumi tersebut. 

Bersempena sambutan Hari Ulang Tahun PDRM kali ke-204 pada tahun ini, marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keimanan dan memperbanyakkan tawakal kepada Allah SWT serta berkhidmat dengan penuh amanah mengikut ajaran Islam. Insya-Allah, agama, bangsa dan negara akan terpelihara serta mendapat perlindungan Allah SWT. Marilah sama-sama kita memupuk semangat setiakawan, mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan sesuatu yang bersifat perpecahan dan sentiasa bersedia menyelesaikan sebarang masalah dengan bijaksana dan penuh rasa mahabbah. Percayalah, kekuatan PDRM dan rakyat merupakan pemangkin kepada benteng keselamatan negara. Tanpa sokongan padu semua pihak, kesejahteraan dan kemakmuran negara tidak akan tercapai.

Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Anfaal ayat 45:
Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan satu pasukan maka teguhkanlah hatimu, dan ingatilah Allah banyak-banyak, supaya kamu berjaya.

p/s: Petikan khutbah Jumaat ~ (25 Mac 2011/ 20 Rabiul Akhir 1432 H)


AF9 Principals Reveal!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.


Walaupun aku tidak mengikuti sepenuhnya perkembangan Akademi Fantasia atau lebih sinonim dengan panggilan AF pada mulut setiap orang dan kali terakhir mengikutinya adalah pada AF4 bilamana Faizal diangkat sebagai juara ketika itu. Namun pada kali ini aku ingin berkongsi mengenai maklumat yang baru aku temui di dunia siber ini iaitu mengenai Pengetua AF9 yang telah menimbulkan banyak kontroversi sama ada di dalam negara mahupun di luar negara.

Seperti rumors yang kita pernah dengar sebelum ini Ahmad Albab bakal menjadi Pengetua AF9. Eh! Ahmad Dhani. Namun banyak tentangan dan cemuhan yang diterima daripada pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan pilihan Astro tersebut. Peminat AF juga turut mempertikaikan pemilihan Ahmad Dhani yang disebut-sebut bakal menjadi Pengetua AF9. Tidak kurang dengan itu, Ahmad Dhani turut berdepan pelbagai kontroversi di negaranya apabila dia dituduh berketurunan Yahudi sehinggakan beliau menerima bunuh dan mendapat ancaman bom.

Demi meredahkan kontroversi ini, pihak Astro telah bersedia untuk mengumumkan Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman 53, sebagai Pengetua AF9. Ya ikon Rock yang menjadi pujaan ramai bakal menjadi Pengetua AF9!! Secara tidak langsung membuatkan aku rasa terpanggil semula untuk duduk menapak di depan TV setiap kali AF ditayangkan (bukan sombong tak tengok AF tapi jujur memang dah lama tak layan AF selepas AF4). Amy Seacrh ada penyanyi yang cukup aku minati bukan hanya kerana nyanyi beliau tapi juga kerana pegangan agama beliau. Syabas Astro dengan pilihan ini. Malaysia masih tidak lekang daripada artis-artis yang cukup berkaliber untuk menjadi Pengetua AF!

Google | Amy Search ~ Pengetua AF9
Google | Pak Nil ~ Pengacara AF9
Seperti yang anda sedia maklum Pak Nil telah dipanggil semula untuk menjadi Pengacara AF9 di mana beliau pasti akan memberikan lebih banyak impak serta kezutan! buat semua. Sama-sama kita nantikan kezutan-kezutan itu daripada Pak Nil. Salute Pak Nil!! You're the  other reason why I'm gonna watch AF again.

Info tambahan:-
Dua bekas pengkritik tetap AF musim terdahulu, Adlin Aman Ramlie dan Ning Baizura antara muka baru yang diserapkan sebagai tenaga pengajar bagi musim terakhir rancangan realiti terbabit, dengan Adlin selaku jurulatih drama manakala Ning sebagai guru vokal persembahan. 

Tenaga pengajar lain ialah orang lama seperti Syafizawati Syarif yang melatih vokal dari sudut teknikal, selain A Aris Kadir yang mengambil alih tempat Linda Jasmine untuk mengajar tarian manakala Fauziah Ahmad Daud yang diundang menjadi pengkritik tetap pada AF6 bakal kembali menghangatkan lagi AF musim ini.

Imam Muda Asyraf juga pernah bercerita pasal Amy Seacrh - Cita-citaku Menjadi Penyanyi Rock. Bacalah memang best. Blog Imam Muda Asyraf ni memang santapan rohani yang best dan membuatkan aku sering tersenyum membacanya dek kerana teringat zaman kanak-kanakku.

p/s: Dah lama gila tak tengok AF..


Oh Durian!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh..

Entri kali ni saja nak beritahu korang semua yang aku sedang merindu nak makan durian. Kelmarin sewaktu aku membeli belah di Carrefour, membeli barangan dapur aku terhidu bau durian yang sangat-sangat mengasyikkan. Menyebabkan hati betul-betul terasa rindu nak makan durian. Huu.. Tapi aku rindukan durian dari kebun atuk ku. Huu.. Nak tengok tak durian kat kampung aku. Okay gambar ada dibawah ni. 

©EB | Baby Durian
Hee.. ni gambar durian tak cukup umur lagi. Durian ni tak boleh petik tau! Kena tunggu dia dah matang kemudian bila dia dah sendiri menjatuhkan dirinya baru boleh makan durian ni. Tengok betapa besarnya pengorbanan si durian ni. Semata-mata nak bagitahu dia dah masak dia sanggup menjatuhkan dirinya kan. Ok ni gambar durian yang tak berapa nak matang. Gambar durian yang dah agak-agak matang yang tinggal nak tunggu nak jatuh ada di bawah ni.

©EB | Banyakkan durian?? Siapa nak angkat tangan..
Banyak tak banyaklah pokok durian kat kampung aku ni, ada juga lebih kurang dalam 20 lebih pokok saja. Bolehlah menghilangkan rasa mengidam yang membuak-buak untuk menikmati kelazatan durian kampung. Kalau anda semua perasan, ada tali diikat daripada dahan pokok durian itu ke batangnya. Ini disebabkan oleh angin kencang yang bertiup sebelum ini telah mengakibatkan beberapa dahan pada pokok durian ini patah. Dahan yang patah itu pula sarat dengan buah durian yang besar-besar saiznya. Jadi demi menyelamatkan buah durian tersebut, tali terpaksa digunakan untuk meletakkan kembali dahan pada kedudukan asal.

Tengok durian yang banyak macam ni membuatkan aku rasa sangat-sangat rindu pada kampung halaman. Huuu... 
 
p/s: Ada sesiapa yang nak belanja EB makan durian?? Alaa jangan risaulah EB makan tak banyak setakat 3-4 biji je..

Sunday, March 27, 2011

Salted Fish Mission!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.


p/s: Cerita Ikan Masin ini adalah cerita benar bukan rekaan semata-mata..

©EB | Salted Fish
"Umi InshaAllah ke KL" Status pada Wall FB Umi (My Aunt).
"Umi kalau pergi sini bawakan EB ikan masin boleh?" Aku bergurau tanda manja.
Namun tiada balasan daripada Umi. Aku mengandaikan Umi mungkin sibuk ataupun dah offline so tak sempat nak reply.

Selang beberapa hari Umi menghantar private message di FB aku.
Message Umi:- 
"Hari tu EB minta ikan masinkan? Betulkah EB? Kebetulan Umi mahu ke KL 17 Mac, Khamis ni.. Kalau betul-betul mahu bagi Umi No.Hp senang contact.. Di KL nanti Umi tinggal tempat Kak Ayu di Taman Miharja."
Aku lantas membalas message Umi untuk mengiyakan pertanyaannya. Aku bagi kedua-dua No.Hp agar Umi senang untuk menghubungi aku nanti.

Ikan masin itu sepatutnya aku ambil pada hari Sabtu (19 Mac). Namun kerana aku ada pertandingan Futsal Liga Super do Putrajaya maka aku terpaksa tundakan dan ambil pada keesokan harinya iaitu pada hari Ahad. Umi bersetuju tapi aku perlu mengambil ikan masin tersebut di LCCT pada jam 10.00 pagi kerana Umi akan kembali ke Sabah keesokan harinya.

Pada keesokan hari, pada pukul 9.00 pagi Umi menelefon aku.
"Assalamualaikum, EB dimana sudah?" Umi bertanya tanda curiga.
"Waalaikumusalam Umi, Oh EB masih dirumah lagi tengah bersiap. Kenapa Umi?" Aku menerangkan kemudian bertanya kembali.
"Mmm belum naik train lagi kan? Macam ni, Umi tertinggal ikan masin tu kat rumah Kak Ayu. Umi dah siap bungkus dah semalam. Tapi masa nak gerak tadi pagi Umi terlupa nak bawa sekali ikan masin tu. Maaflah Umi betul-betul terlupa." Umi menerangkan kecewa.
"Hehehe.. Is okaylah Umi. Tiada masalah tu. Nanti EB pergi ambil ikan masin tu tempat Kak Ayu.." Aku cuba menenangkan Umi.
"Okaylah kalau macam tu. Nanti Umi bagi No.Telefon Kak Ayu dengan EB ok. Sorry EB.." Sekali lagi Umi meminta maaf atas kealpaan itu.
"Ok Umi. Thanks so much Umi. EB minta maaf sebab susahkan Umi. Nanti EB call Kak Ayu." Aku menenangkan Umi.
"Terima kasih EB. Insya-Allah lain kali Umi pergi lawat EB ah." ujar Umi.
"Insha-Allah Umi.. Have a pleasant journey Umi. Assalamualaikum.." Aku mendoakan keselamatan Umi.
"Waalaikumusalam.." Umi menjawap.   

Setelah tidak dapat mengambil ikan masin itu daripada minggu lepas, finally today my Salted Fish Mission Accomplished!! EB telah berjumpa dengan Tasdiq, sepupu EB di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk ambil ikan masin itu. Terima kasih banyak-banyak buat my cuzzy Tasdiq sebab sudi hantarkan ikan masin kiriman Umi itu tadi. Dek kerana anak Kak Ayu masih kecil dan tak ada orang nak jagakan, Kak Ayu tak dapat hantarkan. Takpe Kak Ayu EB faham.. 

Hehe.. Akhirnya melepaslah juga hajat aku untuk makan ikan masin dari Sabah. Ikan masin yang Cik Awek hantar dulu dah habis dah. Hee.. Taklah boring asyik makan ayam je. Biasalah orang kampung kena makan makanan kampung. Terima kasih banyak-banyak buat semua, Umi, Kak Ayu dan My Cuzzy Tasdiq. Okaylah aku nak bagi dapur bujang ni berasap dululah.. Hehehe...

p/s: Lepas ni nak cerita pasal Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Teruja!


Saturday, March 26, 2011

Cinema Time!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh..

Sebentar tadi aku melakukan transaksi interent untuk membeli tiket wayang The Invasion - Battle of Lost Angeles melalui Maybank2u. Ya! Aku lebih menyukai membeli tiket wayang melalui Maybank2u daripada aku beratur panjang untuk membeli tiket. Aku tidak suka akan kesibukan. Sebab kesibukan itu akan membuatkan aku sedih. Sedih sebab aku hanya menonton wayang ini sendirian. Ah! Tak kisahlah. Aku suka. 

BoLA
Oh Ya! Pasal movie yang aku nak tonton ni, Battle of Lost Angeles. Mungkin aku adalah orang yang terakhir melihat wayang ini. Tapi tak kisahlah sebab di entri aku sebelum ini aku pernah mengatakan bahawa aku tak suka menonton wayang ketika wayang tu baru saja keluar di panggung. Rimas sebab semua berebut-rebut. Ada juga yang potong-memotong barisan. Nak beli popcorn tak dapat sebab barisan panjang sangat, wayang pun dah nak mula dah. Nak mengurat, minta no. telefon awek cashier pun tak dapat. Hmm.. Tak suka! Cik Awek jangan marah ek.. hehehe..

Lagi satu aku suka tengok lambat-lambat sebab seat confirm banyak kosong. Hahaha.. Aku suka seat kosong. Nak duduk dimana-mana pun boleh.  Ini panggung aku yang punya bukan Ahmad Dhani or Ahmad Albab yang punya. Hahaha.. Yang pasal couple-couple kat belakang-belakang tu abaikan. Hahaha..

Lagi kenapa aku suka tengok lambat-lambat sebab, dah ramai sahabat-sahabat bloggers yang buat review pasal movie ni. So bolehlah aku buat conclusion nak tengok atau tak tengok. Tapi biasanya bila mereka dah buat review, pasti ada pendapat masing-masingkan. Bad or Good, kalau aku dah nak tengok aku tengok juga tu. hehehe.. Thanks buat bloggers yang buat review pasal movie ni. Contoh review dari rakan bloggers - Princess Momoy.

Okaylah aku nak siap dulu. Movie aku jam 2.30 petang ni. Oh Ya! Masa cari-cari poster Battle of Lost Angeles ni aku terjumpa satu lagi poster yang mengingatkan aku pada sebuah band yang aku minati suatu masa dahulu. Band yang membawa genre dalam American Rap Metal. Muda mudi sekarang tak tahu band ni kot. Guerilla Radio is the best song for me!

Rage Against The Machine
p/s: Lepas tengok wayang nak shopping barang dapur.. Barang dapur dah habis dah so tak dapat nak beraksi..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...