K A W A N

Monday, April 25, 2011

I'm Sorry My Lovely Friends

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Bukan sehari.. Bukan juga 2 hari.. dan bukan juga 3 hari kawan.. Tapi 4 hari dah aku tak boleh nak online dengan P1Wimax Home Modem aku. Ini memang bikin gua panas.. Tapi nak marah-marah pun tak guna kalau masih tak boleh nak online kan. 

Semenjak hujan lebat dan kilat sabung menyabung petang hari khamis tu, P1 Home Modem aku dah mulai buat hal dah. Status pada laptop menunjukkan internet connected tapi bila buka Google Chrome/Mozilla/Safari semua error connection. Deng!

So kengkawan semua, mohon sejuta kemaafan atas kesulitan ini. Terlalu banyak benda yang nak kongsi sebenarnya tapi masalah ini membantutkan semuanya. Nak kongsi pasal waktu derma darah aku kena baling skru, nak bagi korang tengok gambar aku dan Adira AF8, futsal dan macam-macam lagi. 

Buat sesiapa yang ada tag aku apa-apa Contest/GA/Segmen atau apa sahaja, sila inform aku di ruangan komen sebab "Kotak Teriak" tak boleh nak tengok time office hour. Sorry tau menyusahkan korang. Minta maaf bebanyak.

Okaylah aku nak draf entri yang seterusnya dulu.. Daaa... Sorry tau..

Marah Kejut Solat Subuh!

AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh.

Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh.

“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat.

“Biarpun dibelasah dan diugut demikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya berubah selain menunaikan solat,” katanya.

Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebabkan suaminya bertindak lebih agresif dengan mengambil pisau dan menikam perut wanita itu.

“Mangsa terjatuh sebaik ditikam dan keadaan itu menyebabkan suaminya panik, apatah lagi selepas melihat isterinya berlumuran darah serta meraung kesakitan,” katanya.

Sumber itu berkata, bunyi bising akibat pertengkaran dan serangan suspek ke atas mangsa menarik perhatian jiran mereka, seorang lelaki berusia lewat 20-an yang bergegas ke rumah pasangan itu.

“Sebaik masuk ke rumah berkenaan yang pintunya tidak berkunci, jiran itu melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala suaminya berdiri sambil memegang pisau.

“Terkejut dengan kehadiran jirannya, suspek segera melarikan manakala mangsa dibawa jirannya itu ke hospital dengan bantuan beberapa jiran lain,” katanya.

Difahamkan, sehingga petang semalam keadaan mangsa dilaporkan kritikal manakala suaminya yang menghilangkan diri kini diburu polis.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.


Sumber : Harian Metro

Friday, April 22, 2011

Contest TABIK Sama Kamu!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum WBT.

Okay sebelum aku pergi berjemaah untuk solat Jumaat kat Masjid Putra, Putrajaya. Aku nak settlekan dulu entri untuk satu contest ni. Contest ni sangat menarik bagi aku, sebab dia nak tahu siapa orang yang korang sangat respect dalam hidup korang atau bahasa ranggi yang orang selalu kata 'Tabik'. Contest yang diberi tajuk "Contest TABIK Sama Kamu!" ini difikirkan oleh "KureKure Comel", so bagi sesiapa yang berminat korang boleh klik banner dibawah ni untuk baca info selanjutnya. Sila.. Sila..





So orang yang aku memang tabik spring dari dahulu sehingga selama-lamanya adalah:-


©EB | My Mom is My Everything!
"Dialah segala-galanya buat aku. Dialah yang bersabung nyawa melahirkan aku ke dunia ini. Tidak bandingan yang boleh membalas keperitan serta kesakitan yang dia hadapi ketika itu. Akulah yang menyebabkan dia menanggung azab itu. Aku tak minta untuk dilahirkan songsang. Maafkan aku ibu. Aku tahu walaupun aku melakukan tawaf sambil mendukung ibu ku mengelilingi Kaabah, ia tidak akan dapat membalas jasa ibu ku walaupun sekadar hembusan nafas ketika dia melahirkan aku. Masyallah! Ampunkan anak mu ini ibu...  Dia adalah Ibuku yang aku akan ku sayangi dan ku hormati sehingga ke hujung nafas ku. Semoga Ibuku diberikan kesihatan yang berpanjangan.. Insha'Allah.. Amin"



p/s: Kalau KureKure Comel aka Cik Mina nak bagi Choki Choki je pun takpe, aku ok jer. Choki-choki tu favorite EB tau!. Hehehe.. Xpela kalau nak bagi lens 50mm pun kira ok lah. hehehe.. Mmm apa-apa pun tak kisahlah.. Janji bukan benda haram sudah.. Yang penting happy.. Yeah!!

Expired Date:
25 April 2011

P1Wimax Buat Hal!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Hadoiyai! Dia buat hal lah pula, dah 2 malam aku tak dapat online. Ni yang buat aku geram ni. Apa hal pula ni? Sebab cuaca ke? Selalu okay je.. Hmm geram betullah tak dapat nak kacau Cik Dil, Cik Jat, Cik Sophie, Cik Zoey, Kak. Nad, En. Adam Haiqal, dan ramai lagi Cik-cik, Encik-encik, Akak-akak, Puan-puan yang tak dapat nak diganggu.. Hadoi! Tak suke, TAK suke!!

Sorry ye kengkawan semua.. Disebabkan p1wimax getting slow lately maka aktiviti BlogWalking, BlogJogging, BlogRunning telah terbatas. Bukan sombong tak nak terjah blog-blog cun and comel korang tapi inilah permasalahan yang aku tengah hadapi sekarang ni. Deng!!


Okaylah gua nak breakfast luk. Pagi ni nak makan Nasi Lemak Paru, dah lama giler tak makan Nasi Lemak ni. Sekarang pun dah kecoh nak lemak mengemukkan murid-murid sekolah. Mm pandangan korang ni salah siapa? Salah pengusaha kantin ke? Salah guru-guru ke? Atau salah Ibubapa?

p/s: Makan susah, tak makan pun susah!

Thursday, April 21, 2011

Le Tour de RTM

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Okay pada hari Selasa lepas, aku ada bagitahu kat korang semua yang aku ada lawatan kerja ke RTM kan. Memandangkan Cik Sophie Al-Yahya ada meminta aku untuk buat review pasal lawatan kerja aku ke RTM, maka hari ini aku akan kongsikan apa yang berlaku semasa lawatan kerja tersebut. Aku akan bercerita dengan bantuan gambar okay.

Ok lawatan kerja ini adalah anjuran Kelab Khazanah, Kementerian Kewangan, Malaysia. Seramai lebih kurang 50 orang peserta daripada pelbagai Jabatan/Bahagian/Unit di bawah Kementerian Kewangan yang ikut serta dalam lawatan kerja ini. 2 buah bas Kementerian digunakan untuk lawatan ini.

Sesampainya di RTM, lokasi pertama yang dituju adalah Muzium RTM. Di dalam muzium ni pelbagai barangan elektrik dan elektronik yang digunakan sewaktu zaman Firaun lagi 50an lagi. Memang rare lah! Ada juga gambar-gambar penyampai radio, artis-artis, menteri-menteri dan bermacam-macam lagilah.

Kamera Lensa yang digunakan untuk membuat rakaman di Studio pada tahun 50an dahulu
Anda semua mesti suka menonton wayang di  merata panggung wayang yang ada di Malaysia ni kan. Tapi pernahkan anda melihat mesin atau peralatan yang digunakan untuk menayangkan wayang-wayang tersebut? Semestinya tidakkan. Dan mungkin juga ada yang pernah melihat model yang terbaru dan yang canggih-canggih di zaman ini. Tapi bagaimana pula yang ini:-

Mesin Tayangan ini digunakan semasa RTM di Jalan Ampang suatu ketika dahulu
Mesin ini kalau anda perasaan pernah digunakan untuk tayangan filem-filem melayu di kampung-kampung suatu ketika dahulu. Memang rare giler ah! Mesin ni bunyinya agak kuat. Hehehe.. Sekarang dah tak ada dah.

Setelah Muzium RTM kami terokai, seterusnya kami berjalan kaki pula ke bahagian Siaran Radio. Terdapat beberapa konti Rangkaian Radio Nasional, antaranya seperti Klasik Nasional, Muzik FM, KL FM, TraXX FM, Ai FM, Minnal FM, Asyik FM. Dj-Dj Radio ni pun memang sporting-sporting belaka dan Dato' Noorrizan sempat lagi ke udara selama beberapa minit secara live di konti Radio Klasik Nasional. Aku ushar-ushar akak yang pakai shawl pelangi kat konti Ceramah Islam tapi dia sombong. Hehehe.. dia busy actually tapi sempat juga melambai-lambaikan tangan.

Kamera Otai!
Seterusnya kami melawat pula ke Bahagian Siaran TV di Studio 1 iaitu untuk rancangan Studio Angkasa yang bersiaran setiap hari Selasa jam 10.00 malam di TV1. Seterusnya kami ke Studio bagi rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM), Bilik Berita TV1. Kemudian kami ke Bilik Pakaian, Bilik Jurusolek (Time ni Aida pembaca berita jam 1 di TV1 tengah make up.. Aku pun tak berapa nak kenal sebab aku tak tengok berita jam 1.. Hahaha.. Lagilah muka baru nak make-up, baru pakai bedak memang tak kenal langsung mukanye..)

Studio SPM |Mereka-mereka yang memeriahkan Sesi Lawatan Kerja ke RTM.
(Cari saya kat mana...)
Selepas itu kami ada jamuan makan tengahari yang disediakan oleh RTM. Terima kasih RTM untuk daging masak kicap, ayam masak lemak dan sayur kubis masak kunyit itu. Alhamdulillah kami kenyang. Sambil-sambil makan kami dipertontonkan dengan Video Korporat RTM sempena menyambut ulang tahun ke-65 tahun. Selamat Ulang Tahun ke-65 RTM! Huu.. Memang Teman Setia Anda!

Selesai kudapan dan pemberian cenderahati kami pun meminta diri untuk pulang sebelum kami dihalau. Sebelum pulang aku sempat bergambar bersama seorang artis terkemuka. Terkemukalah sangat. Jangan jeles. Hahaha.. Nak tahu siapa dia? Tapi janji korang jangan gelak tau! Dipersembahkan....

Amboi.. Amboi.. Amboi.. Azwan Ali yo! Hahaha..

p/s: Dah dah itu je.. Nanti aku update lagi.. Aku nak buat keje luk.. 

Wednesday, April 20, 2011

Akhirnya Aku Faham..

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Okay pernah tak anda melalui situasi sebegini ketika selesai membaca Tahiyat Akhir??


Ketika anda hendak mengakhiri solat dengan memberikan salam, pernah tak anda melihat seseorang memberikan salam dengan tangan dan mukanya ke kanannya dan ke kirinya dan mengucapkan: As-salamu ‘alaikum, As-salamu ‘alaikum, dan mengisyaratkan dengan tangan dan mukanya ke kanan dan ke kiri. Pernah?

Ya aku pernah, dan aku sangat-sangat pelik dengan perlakuan ini. Perbuatan ini aku perasaan semenjak aku masih di zaman sekolah menengah lagi. Kebiasaannya dilakukan oleh orang-orang yang agak berusia. Aku tertanya-tanya di dalam hati, adakah itu sunnah Nabi SAW? Adakah perbuatan itu diwajibkan dan boleh menambah pahala? Atau sekadar ditokok tambah agar solat itu menjadi lebih versetail dan bergaya? Aku binggung lantas aku mencari Dalil dan Sunnah Nabi SAW mengenai benda ini, agar aku tidak terus buntu.

So jawapannya adalah seperti ini:-

“Dari Jabir bin Samrah berkata:
Semasa kami solat bersama Rasulullah SAW, maka ketika baginda memberi salam, berkata salah seorang dari kami dengan tangannya ke kanannya dan ke kirinya dan mengucapkan: As-salamu ‘alaikum, as-salamu ‘alaikum, dan mengisyaratkan dengan tangannya ke kanan dan ke kiri.”
“Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
Apa terjadi kepada kamu, mengisyaratkan dengan tangan kamu, tak ubah seperti ekor kuda yang mabuk, tidakkah memadai atau sesungguhnya memadai seseorang kamu meletakkan tangannya di atas pehanya semasa memberi salam ke kanannya dan ke kirinya seraya mengucapkan: As-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah, as-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah”.  (Hadis Riwayat Muslim)

Adapun yang ditegah oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pada hadis di atas ialah menggerakkan tangan kanannya ke kanan ketika menoleh ke kanan dan menggerakkan tangan kirinya ke kiri ketika menoleh ke kiri. Hal ini setelah dilihat oleh baginda, kemudian baginda bertanya yang berupa larangan:

“Mengapa kamu menggerakkan tangan kamu seperti gerakan ekor kuda yang lari terbirit-birit dikejar binatang buas? Apabila seseorang antara kamu mengucapkan salam, hendaklah ia berpaling kepada temannya dan tidak perlu menggerakkan tangannya. Maka ketika mereka solat bersama Rasulullah, mereka tidak melakukannya lagi”.

Pada riwayat yang lain baginda bersabda:

“Seseorang antara kamu cukup meletakkan tangannya di atas pahanya, kemudian ia mengucapkan salam dengan berpaling kepada saudaranya yang di sebelah kanan dan saudaranya yang di sebelah kiri”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, Siraj, Ibnu Khuzaimah dan at-Thabrani)

Menggerakkan tangan ke kanan atau ke kiri sebagai tanda penutup atau selesainya solat telah ditegah oleh Rasulullah SAW sendiri. Melakukan pekerjaan tersebut adalah bid’ah, malah tidak ada hujjah yang sahih mengizinkan perbuatan tersebut. Perbuatan serupa itu adalah bertentangan dengan sunnah Rasulullah dan para sahabat. Maka ia wajib ditinggalkan. Jelas, ianya tiada ditunjukkan contohnya oleh Rasulullah.

Sumber: Al-Fikrah

p/s: Akhirnya aku faham....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...