K A W A N

Thursday, September 29, 2011

GEMUK!!


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Dulu..
Dulu-dululah..
Aku gemuk!
Sangat gemuk!

Aku nak bagi kawan-kawan semua tengkok kegemukan aku.
Tapi dulu-dulu aku belum ada kamera lagi.
Jadi tak ada gambar untuk aku memperlihatkan kegemukan aku.
Takpe korang semua layan gambar masa aku dah kuruslah ye.

Zaman kegemilangan, waktu tua-tua dulu.
Gambar ini dirakamkan sewaktu aku belajar di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.
Aku first batch, Diploma in Electronic Engineering.
Berat badan cuma 60kg sahaja.
Ukur lilit pinggang cuma 30inci sahaja.

Dulu sewaktu dari sekolah rendah (tahun 4) sampai ke sekolah menengah (tingkatan 3),

Aku sering diejek.
Aku kena bahan.
Aku tak ada awek.
Aku comel dan gebu.
Aku sangat putih dan tembam sewaktu berada di sekolah rendah dan menengah.

Dari 77kg, berat badan aku turun ke 60kg.
Aku hilang dalam 17kg berat badan.
Boleh tahan banyak bukan?
Kenapa turun mendadak?

Ok semua ini adalah disebabkan oleh seorang awek yang aku tangkap cintan sewaktu aku berada di tingkatan 3 dulu.
Aku minat giler awek ni.
Maka aku bertanyalah kepada dia, yang dia ni suka lelaki macamana?
Dia cakap dia suka lelaki kurus, dia tak suka lelaki gemuk.

Bilamana dia cakap, dia tak suka lelaki gemuk.
Aku terus diet secara drastik.
Aku makan hanya sekali sehari iaitu pada waktu tengahari.
Makan sebungkus nasi lemak dengan kuah sup mangkuk besar. Hahaha..

Setiap hari aku akan pastikan aku hanya makan sekali sehari sahaja iaitu pada waktu tengahari dan aku tidak akan menjamah makanan selain dari waktu itu.
Pada waktu petang, aku akan ke padang untuk bermain bola. Dan kebetulan pada waktu itu aku terpilih untuk mewakili sekolah dalam sukan bola sepak. Semua player dikehendaki menjalani latihan intensif selama 3 bulan berturut-turut bersama-sama dengan bebudak olahraga. Cabaran yang paling berat adalah pada waktu malam, mama selalu masak sedap giler waktu malam. Tapi aku hanya mampu melihat dan mengatakan pada mama "Mama EB dah kenyang.. Mama makanlah ye.." Lakukan ini semua berbulan-bulan. Perit tapi kena disiplin dan sabar.
Alhamdulillah, akhirnya aku mendapat berat badan unggul, prefect shape selepas menjalani latihan intensif dan diet drastik itu.

Tapi lepas aku dah kurus.
Awek tu tak nak aku juga.
Dia dah ada pilihan hati yang lain. 
Tapi aku pun tak kisah sebenarnya. (Tipu!)
Yang penting aku sihat dan bahagia selepas itu.
Badan terasa ringan giler.
Dan aku juga memang nak kurus time tu.

Aku riakan kemenangan itu dengan.... SHOPPING!!!!
Aku beli baju baru.. Aku beli seluar baru..
Sebab semua baju dan seluar dan tak muat dah.
Aku beli baju semua yang ketat-ketat.
Oh happynya!!!!

Tapi beli bukan pakai duit akulah.
Pakai duit mama dan bapa.
Hahahaha.. sebab aku masih sekolah lagi time tu.
Mana ada duit lagi. hehehe..

Tapi itu dulu, sekarang dah kerja dah gemuk balik dah. Hehehe..
Tapi dari dulu sewaktu aku gemuk di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah, aku selalu ingatkan pada diri sendiri dan berkata pada diri sendiri seperti ini;

"EB, JANGAN JADI GEMUK YANG LEMBAB!!!!"

p/s: Aku harap awek tu tak bacalah blog aku ni.
p/s/s: Aku kurus macam Aizatkan dalam gambar tu.. hehehe..


Wednesday, September 28, 2011

#WW10 | Wordless Wednesday #10


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Budak ni rabun tapi... tak ngaku rabun!

Mood: Happy puasa enam dan settle.. Alhamdulillah..


Tuesday, September 27, 2011

Hitam Putih


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Mount Kinabalu Sabah
"Ya Allah.. Ku mohon penyesalan ini adalah penyesalan yang benar-benar datang dari sanubari. Semoga penyesalan hari ini tidak menghalang sedikit kebaikan yang pernah aku lakukan ketika jahil dahulu. Jika KAU memandangnya sia-sia, maka sia-sia jugalah usiaku yang berlalu sebelum taubatku ini. Namun aku bersyukur kerana sempat bertaubat. Ya ALLAH, ku mohon jiwa ini hadir menghadap-MU dalam keadaan KAU redha kerana aku amat mendamba kebahagian yang abadi."



Mood: Susah hati..

Monday, September 26, 2011

Couple Photoshoot | Arul ♥ Mey


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Couple : Arul & Mey
Location : Tanjung Aru Beach, Sabah
Photographer : EBjunaidi



Alhamdulillah seperti yang aku janjikan sebelum ini, 'Couple Photoshoot' untuk tatapan anda semua. Couple photoshoot ini aku dedikasikan kepada adik aku yang no.4, Arul dan girlfriend dia si Mey (Mama aku panggil dia Memey). Photoshoot ini adalah hadiah buat mereka berdua yang sedang menghadapi PJJ (Percintaan Jarak Jauh). Adik aku berada di Sabah manakala aweknya berada di semenanjung. Semoga dengan adanya album ini, dapatlah meredakan kerinduan antara mereka berdua. Semoga berkekalan hendaknya, abang mu mendoakan yang terbaik buat kamu berdua dan semoga hubungan ini terjalin dalam hubungan yang lebih serius selepas ini. Insha'ALLAH.

Mood: I'm happy for them!

Thursday, September 22, 2011

Kerinduan Abadi


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Location: Menumbok - Labuan | Labuan Ferry

Sahabat yang baik adalah lebih baik daripada seorang kekasih yang tidak jujur.
Ini kerana persahabatan yang unggul lebih baik daripada percintaan.
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan,
persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.
Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi.



Mood: Rindu sahabat-sahabat lama....

Wednesday, September 21, 2011

#WW9 | Wordless Wednesday #9

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

“Don't become a victim of yourself. Forget about the thief waiting in the alley;
what about the thief in your mind?”
Location: Jalan Masjid India





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...