K A W A N

Wednesday, December 1, 2010

1st December | Working Again

Salam...
Selamat pagi semua..

Maaf lama tak update blog, ini semua disebabkan ketiadaan sumber intrenet sewaktu bercuti di Sabah (bukan tak ada langsung, tapi kena berebut dengan adik no.3 yang sentiasa 'busy' nak update entri dia juga.. so malaslah nak rebut-rebut bagilah dia pakai saja.. sorry semua..)

Hehehe hari ini 01 Disember 2010 bersamaan dengan hari Rabu, 24 Zulhijjah 1431H telah masuklah kita dalam bulan baharu iaitu bulan Disember, juga merupakan bulan terakhir dalam tahun 2010. Kita pejam, kita celik.. Tup tap.. kita sudan berada di penghujung tahun 2010. 

Semalam flight saya tiba di perkarangan Lapangan Terbang Kos Rendah (LCCT) pada jam 11.25pm, setengah jam lewat daripada jadual asal. Penumpang-penumpang kapal lebih kepada ibu bapa serta anak-anak mereka yang meraikan musim cuti sekolah ini. Ada juga pelajar-pelajar IPTA/IPTS yang kembali ke kampung halaman setelah selesai berperang pada peperiksaan akhir mereka. Mereka semua balik secara berkumpulan. Terpancar wajah kegembiraan di wajah-wajah mereka setelah selamat sampai di LCCT serta wajah tidak sabar untuk berjumpa dengan orang yang dirindui, dikasihi dan disayangi iaitu Ibu & Bapa mereka. 

Hari ini juga saya mula bekerja semula setelah bercuti selama 4 hari bermula daripada hari sabtu sehingga ke hari semalam. Seperti kebiasaannya, selepas balik dari bercuti meja mesti bertimbun dengan kerja yang belum diselesaikan + ditambah-tambah. Ini bermaksud saya kena 'settle'kan semua kerja saya terlebih dahulu. Di tambah lagi pada hari esok merupakan Hari Audit 5S peringkat Kebangsaan bagi MOF yang akan diaudit oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). So saya kena pergi dahulu ok.. Daaaa....

p/s: gambar semasa bercuti akan di'update' beransur-ansur.. hehehe..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...