K A W A N

Tuesday, December 28, 2010

Di Ulang Tahun Kelahiran Mu ~ Mama


Assalammualaikum wbt.

Hari ini hari Selasa, 28 Disember 2010 merupakan hari ulang tahun kelahiran emak saya, Rosna@Siti Anna binti Aloat@Awuat. Mama telah dilahirkan pada 28 Disember 1967 di Kg. Bangau, Kudat dan kini telah berumur 43 tahun. Ya mama saya seorang mualaf dan bapa sayalah yang telah bertanggungjawab mengislamkan mama saya dan seterusnya mengahwini mama. Mama berkahwin diusianya yang begitu muda dimana dia berkahwin dengan bapa selepas sahaja dia selesai pelajarannya di sekolah menengah. 



Mama pernah berkata "Inilah kelebihan orang berkahwin awal, ibubapanya tidak terlalu tua dan tidak sempat tua untuk melihat anak-anaknya membesar". Kata-kata mama itu jelas menunjukkan mama saya menyangkal bahawa dia kesal untuk berkahwin awal disaat usianya masih begitu mentah. Sehinggakan saya dapat satu kesimpulan daripada kata-kata ringkas emak saya itu, dimana mereka telah membuat perancangan yang begitu rapi sebelum kita dilahirkan di bumi Allah ini. Sesungguhnya jasa orang tua kita tidak terhitung banyaknya. 

Mama telah mengandungkan saya selama 9 bulan kemudian melahirkan saya dengan risiko nyawa yang bakal melayang. Saya pohon ampun dan maaf kerana ketika saya dilahirkan sahaja saya sudah mulai menyakiti mama. Saya tidak minta untuk dilahirkan songsang mama, saya tidak minta untuk dilahirkan kaki terlebih dahulu, ampunkan saya mama kerana saya menyakiti mama. Walaupun saya tahu ampun dan maaf saya ini tidak mampu untuk membalas walau hembusan nafas mama ketika mama menahan kesakitan melahirkan saya.

Ketika saya masih bayi masih tak berdaya, mama berikan makan dan minun agar saya tidak kehausan, tidak kelaparan. Ketika saya membuang air, tanpa jijik mama membersihkan saya dengan penuh rasa cinta dan sayang. Mama berikan pakaian agar saya tidak kesejukan dan juga pendidikan agar saya menjadi yang terpandai. 

Mama sabar menghadapi kemarahan saya, rengekkan, kenakalan, dan masih saya ingat lagi kenakalan saya sewaktu saya masih kecil dimana ketika itu saya dan abang Minor terlewat balik ketika waktu sudah mulai melewati waktu Isyak dan kami sudah terlepas waktu Maghrib. Kelewatan yang disebabkan oleh keseronokan bermandi manda di sebuah tasik terbiar bersama sahabt-sahabat yang lain mengundang kemarahan bapa. Sesampai sahaja kami berdua di rumah habis kami dikerjakan bapa. Kami digantung, dirotan pada kaki, dimandikan dengan air paip kerana kami berbau longkang. Saya menangis semahu-mahunya diperlakukan sebegitu. Jiwa saya memberontak dimarahi dan dipukul bapa sehingga sedemikian rupa. 

Tapi sewaktu saya dimarahi dan dipukul bapa dek kerana kenakalan saya itu, saya melihat mama, mama pun turut menangis sedih melihat saya dan abang dipukul sedemikian. Mama menangis di dalam bilik.  Sekali lagi saya buat mama sedih. Mama tidak sanggup untuk melihat anak-anaknya dipukul dan dimarahi sedemikian rupa. Selesai dipukul, dirotan dan dimandikan, bapa memerintahkan kami untuk tunduk dan sujud memohon keampunan kepada mama yang berbaring menangis kesedihan ketika itu. Saya tunduk dan sujud memegang kedua belah kaki mama demi memohon keampunan daripada mama sehinggakan saya tetidur dalam keadaan sujud tanpa saya sedari, sehinggalah mama mengejutkan saya untuk makan.

Kini saya sedar bahawa pukul dan marah mu ayah bukan untuk menghukumku, dan jauh sekali untuk menyakitiku. Tapi saya tahu betapa risaunya mereka sekiranya ada sesuatu yang buruk terjadi ketika aku sedang leka dan seronok bermandi manda di tasik terbiar itu. Sedangkan binatang menjaga anak-anak mereka dengan sebaik-baiknya apatah lagi manusia yang bergelar ibu dan bapa. Kini aku bersyukur kerana pukul dan marah mereka telah mendidik aku menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Terima kasih mama, terima kasih ayah untuk semua ini.


Di hari lahir mama ku yang amat dicintai dan dirindui, anakanda panjatkan doa kepada Allah swt untuk kedua orang tua ku dengan doa..

بسم الله الرحمن الرحيم


"Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka, perindahkanlah ucapanku di depan mereka, lunakkanlah watakku terhadap mereka dan lembutkan hatiku untuk mereka. Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar  atas kasih sayang yang mereka limpahkan pada diriku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil."

"Ya Allah, apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku, maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda."

"Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. Sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu."

"Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang 
tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih."

Amin Ya Rabbal Alamin..




p/s:
Selamat Hari Lahir Mama.. EB sayang mama.. Sayang sangat-sangat sayang.. Semoga mama ceria, sihat selalu dan dipanjangkan umur.. Maafkan EB tak dapat balik untuk meraihkan hari lahir mama, walaupun EB tahu mama tak suka kami raihkan hari lahir mama. "Tak payahlah celebrate, buat mama rasa lagi tua pula" itulah kata mama setiap kali anak-anak nak raihkan hari lahir mama. Hehehe..  

8 comments:

Anisa said...

selamat hari lahir utk ibu kamu
(:

Iena Ruaina said...
This comment has been removed by the author.
EB said...

Hang Tuah Anisa; ^^v makasi ya.. hehehe.. Kim slm kat mama kmu..

EB said...

Thanks Iena ^^v
Kim slm kat mama kmu..
May Allah bless all of us..

Iena Ruaina said...

Alamak, tetekan delete..so sorry...
u're welcome..
InsyaAllah =)

EB said...

Is okay Iena..
No problem at all..
My pleasure.. Syukran..
Insha Allah..

Nik Lisa said...

selamat hari lahir to mak ko. :)

EB said...

Terima kasih n i k l i s a ^^,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...