K A W A N

Saturday, December 4, 2010

Sahabat yang telah P E R G I

Salam,
Selamat pagi, selamat hari Sabtu, selamat bercuti dan selamat beristirehat..

Pagi hari ini saya mulakan dengan mengemas rumah dan membasuh kain. Sementara menunggu baju-baju siap di'spin' oleh mesin basuh saya yang cuma boleh spin tapi tak boleh nak buat cucian, maka peluang ini saya gunakan untuk melayari internet.. hehehe...

Selepas sahaja selesai login ke Facebook, saya terus ke halaman profile saya. Saya tertarik pada sekeping gambar yang telah dimuat turun oleh salah seorang sahabat saya. Saya berasa sungguh sedih dan terkejut melihat gambar-gambar tersebut. Sahabat saya menamakn album gambar itu sebagai "My Belated Friend's Car".. sungguh teruk keadaan kereta itu. Hati saya tertanya-tanya 'sepa pemilik kereta ni'.. Lantas saya bertanya pada rakan yang telah di'tag' pada gambar itu.

Seperti yang saya jangkakan beliaulah "Sahabat yang telah PERGI" itu Mohd Azmi, sahabat saya semasa sama-sama belajar di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Walaupun saya tidak begitu rapat dengan arwah seperti sahabat-sahabat yang lain tetapi arwah memang sangat-sangat peramah dan sangat mudah didekati. Saya pernah mendaki Gunung Kinabalu bersama-sama arwah. Arwah juga sangat-sangat periang walaupun matanya lagi sepet daripada mata saya. 

Inalillahwainnalillahhirojiun.. Sekarang arwah sudah tiada lagi dan sudah kembali kepada Allah dan melalui fasa kedua kehidupan iaitu 'Alam Kubur'. Di mana kita semua juga pasti ke alam tersebut. Dengan doa ku kepada arwah.. "Al-Fatihah.. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Semoga keluarga arwah tabah dan redha dengan pemergian beliau walaupun dalam keadaan yang sukar ini.. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah swt.. Insha Allah".. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.. Al-Fatihah.. Amin..

Dengan ini saya paparkan gambar kereta beliau selepas kemalangan..
Pictures credit to Enrico..










Sila klik link ini "My Belated Friend's Car" untuk gambar dan info selanjutnya.

2 comments:

zati embong said...

Al-Fatihah utk arwah..

EB said...

@Zaty
Terima Kasih
Al-Fatihah.. amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...