Salam..
Hari ini 9 Disember 2010, Khamis adalah Ulang tahun Kelahiran kepada En.Samat Saiun, Ayahanda kami (EB, Saleh, Hazizul, Hanafi, Ansar, Fakri, Debby dan juga Yana). Selamat hari lahir Ayahanda, semoga ikatan kekeluargaan dan persahabatan ini akan berkekalan sehingga ke akhir nanti.
Di hari bertambah usia Ayahanda ini, Anakanda ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Halalkan makan minum Anakanda dan adik beradik yang lain. Maafkan tingkahlaku kami, andai ada yang menguris hati Ayahanda disepanjang kami bergurau senda dengan Ayahanda. Maafkan kami andai ada gurau senda kami yang membuatkan Ayahanda rasa tidak selesa dan rasa marah. Maafkan kami juga andai kemanjaan kami semua tidak bertempat terhadap Ayahanda. Maafkan kami juga kalau ada antara kami yang merajuk dengan Ayahanda, tapi ketahuilah wahai Ayahanda kami, merajuknya kami itu kerana kami sayangkan Ayahanda dan kami tidak mahu lihat Ayahanda bersedih.
Di hari bertambah tahun ini juga, kami semua berharap Ayahanda terus sukses dalam apa juga yang Ayahanda lakukan. Ketahuilah doa kami sentiasa mengiringi Ayahanda disana, walau kami jauh dari pandangan Ayahanda. Kami mungkin sibuk, sibuk dengan kerjaya, sibuk dengan dunia kami, sibuk dengan hidup kami, sibuk dengan hal kami, tapi kami mau Ayahanda tahu bahawa kami tidak pernah melupakan Ayahanda disana itu JANJI anak-anakmu, Ayahanda. Doa kami untuk kesejahteraan dan kebahagiaan Ayahanda sentiasa diingat dan disebut-sebut dalam doa kami Ayahanda.
Maafkan kami kerna tak dapat bersama untuk meraihkan hari lahir Ayahanda disana. Dengan itu, saya tadahkan kedua-dua telapak tangan saya ini berdoa...
"Ya Allah, Ya Tuhanku... di Hari Ulang Tahun Kelahiran Ayahanda kami ini, Insha Allah muncul hari baru yang penuh keceriaan untuknya. Engkau muliakan dan sayangilah Ayahanda kami sepertimana dia menyayangi dan mengisahi kami. Engkau berkatilah keluarganya yang juga merupakan keluarga kami, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya. Engkau jauhkanlah Ayahanda kami daripada sebarang fitnah dunia, penganiyaan dan penghinaan. Engkau suburkan benih keimanan dalam dirinya dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa. Amin ya robbal alamin.."
... mewakili anak-anak Ayahanda yang lain.
p/s:
We all miss you and love you, our beloved one ~ En.Samat aka Ayahanda..
Jijul and Fakri make sure both of you celebrate Ayahanda birthday.. Okay.. >_<
No comments:
Post a Comment