EB© | The Boyfriend | Syahir |
EB© | The Girlfriend | Zanna |
Salam, selamat pagi semua.
Kali ini saya akan bercerita mengenai percutian yang dibuat secara tiba-tiba tanpa perancangan oleh sahabat saya Syahir dan kekasihnya Zanna. Syahir saya kenali ketika saya berkerja di UMSKAL (Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan) Syahir juga bekerja di sebuah syarikat oil & gas, Schlumberger. Mengubahsuai kereta sinonim dengan jiwa lelaki dan disebabkan minat yang sama inilah menjadi perkenalan saya dengan Syahir ini menjadi lebih rapat. Zanna, kekasih Syahir pula merupakan seorang pelajar di Universiti yang sama dengan saya.
Biarpun percutian tanpa dirancang ini sudah lama berlalu dan sudah menjadi kenangan manis bagi kedua pasangan ini. Tempat percutian yang kami pergi ini bukanlah di luar negara mahupun ditempat-tempat yang mewah, cukup sekadar percutian ini dilakukan disekitar Negeri Di Bawah Bayu. Kenapa Sabah? Sabah menjadi pilihan sahabat saya ini kerana mereka berdua tidak pernah lagi ke negeri Sabah dan keinginan Zanna untuk ke Sepilok, Sandakan untuk menziarah "sahabat-sahabat lamanya" telah membuatkan Syahir pasrah dengan pilihan kekasihnya.
Saya berkata kepada Syahir, "Kalau kau nak aku bawa kamu berdua pergi bercuti, kau pergi service kereta aku dan pergi booking feri. Feri pergi dan balik Labuan tau". "Tak dah hal bro!" kata Syahir tanpa sebarang bantahan dengan muka yang tidak sabar dan teruja nak bercuti.
Percutian ini bermula dari menaiki feri kenderaan selama 2 jam daripada Labuan ke Menumbok. Seterusnya dari Menumbok ke Kota Kinabalu yang mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah untuk sampai. Setelah sampai di Kota Kinabalu, kami menginap di Tune Hotel sebelum meneruskan perjalanan ke Sandakan. Keesokkan harinya kami menyambung perjalanan kami ke Sandakan. Perjalanan ke Sandakan mengambil masa lebih kurang dalam 6 jam perjalanan melalui darat, di mana kami akan melalui Ranau terlebih dahulu untuk sampai ke Sandakan.
Sebelum sampai ke Pekan Ranau, saya telah membawa mereka untuk singgah mengambil gambar disekitar Bundu Tuhan, Kinabalu National Park, Kundasang Memorial Park, dan Poring Hot Spring. Kami tiba di Poring Hot Spring sekitar jam 4.30 petang dan keadaan cuaca yang agak mendung pada ketika itu. Setelah membeli tiket kami masuk dan mengambil masa yang cukup singkat itu untuk menikmati keseronokan mandi di Poring Hot Spring. Selesai mandi jam sudah menunjukkan jam 6 petang. Berat hati saya untuk meneruskan perjalanan ke Sandakan maka setelah berbincang dengan Syahir kami menyewa sebuah chalet untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Sandakan pada esok hari.
Mentari pagi yang indah, udara pagi yang cukup sejuk begitu nyaman sekali. Inilah Ranau, kampung ku yang cukup indah. Hati ini begitu bangga kerana dapat membawa kedua-dua sahabatku untuk merasa dan melihat sendiri keindahan, kedinginan serta kehijauan yang ada pada ketika itu. Tepat jam 8 pagi kami memulakan perjalanan daripada Poring Hot Spring, Ranau ke destinasi terakhir kami Sandakan. Keadaan jalan yang seperti ular dan gaung di kiri dan kanan jalan merisaukan saya, Zanna akan muntah dengan keadaan itu. Syukur alhamdulillah Zanna kuat.
Perjalanan ke Sandakan mengambi masa lebih kurang 4 jam daripada Ranau. Sedikit rasa marah dan sedih pada hati saya kerana keadaan jalan yang masih kurang elok sejak dari pertama kali saya menjejakkan kaki ke Sandakan. "Bilalah jalan ni nak elok??" hati saya berbisik marah. Jam 12 lebih kami selamat sampai di Sandakan. Sesampai sahaja saya di Sandakan, kami terus ke Sepilok untuk melihat Orang Utan. Malangnya, sesi melawat sudah tamat dan hanya di buka semula pada jam 2 petang. Masa terluang yang ada itu kami gunakan untuk ke Taman Buaya, Sandakan untuk melihat buaya-buaya darat yang dihidangkan disitu.
Jam 2 petang kami sudah terpacak di pintu masuk Sepilok untuk melihat Orang Utan. Bermacam-macam aksi dan ragam dan aksi yang mencuit hati melihat Orang Utan itu. Selesai melawat Orang-orang Utan itu saya bawa mereka ronda-ronda disekitar bandar Sandakan. Selesai meronda dan membeli apa yang patut, kami bergegas balik ke KK. Perjalanan kali ini saya terus daripada Sandakan ke Kota Kinabalu. Kami selamat sampai di keesokan pagi di KK dan saya teruskan perjalanan ke Menumbok untuk mengejar feri balik ke Labuan. Serba serbi perjalanan percutian bersama sahabat saya Syahir dan Zanna. Semoga anda semua terhibur.
p/s: Gambar-gambar seterusnya di Part 2..
Jam 2 petang kami sudah terpacak di pintu masuk Sepilok untuk melihat Orang Utan. Bermacam-macam aksi dan ragam dan aksi yang mencuit hati melihat Orang Utan itu. Selesai melawat Orang-orang Utan itu saya bawa mereka ronda-ronda disekitar bandar Sandakan. Selesai meronda dan membeli apa yang patut, kami bergegas balik ke KK. Perjalanan kali ini saya terus daripada Sandakan ke Kota Kinabalu. Kami selamat sampai di keesokan pagi di KK dan saya teruskan perjalanan ke Menumbok untuk mengejar feri balik ke Labuan. Serba serbi perjalanan percutian bersama sahabat saya Syahir dan Zanna. Semoga anda semua terhibur.
p/s: Gambar-gambar seterusnya di Part 2..
No comments:
Post a Comment