K A W A N

Thursday, December 9, 2010

Badi atau Trend?

SHAH ALAM: Bagaikan sudah terkena badi, mahligai perkahwinan juara program realiti Sehati Berdansa musim ketiga, Sein Ruffedge dan Nana menemui titik nokhtah apabila Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, membenarkan permohonan perceraian pasangan itu dengan talak satu, semalam.

Sein, 27, atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustaffa melafazkan talak pada jam 2.46 petang, selepas mahkamah membenarkan permohonan Nana, 26, yang juga anak bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk berpisah secara baik. Nana yang pernah menyertai rancangan realiti, Mentor musim pertama memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Prosiding perceraian berkenaan berlangsung di hadapan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin dan Nana atau nama sebenarnya, Noor Diyana Muhammad diwakili peguam syarie, Zuri Zabudin Budiman. Sein bagaimanapun tidak diwakili peguam syarie.


Terdahulu, Zuri Zabudin memberitahu, permohonan untuk bercerai itu difailkan berikutan pasangan terbabit tidak lagi mempunyai persefahaman dalam rumah tangga yang dibina sejak Julai 2006. “Pasangan ini tidak dapat lagi menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri dan wujud perbalahan berpanjangan. Mereka masih serumah tetapi tidak tidur bersama. Pelbagai usaha sudah dijalankan tetapi tiada jalan penyelesaian,” katanya. Zainor Rashid selepas mendengar lafaz itu mensabitkan gugur talak satu kali pertama secara rajie terhadap Nana dan memerintahkan dia untuk beredah selama tiga kali suci.

Beliau juga memerintahkan supaya perceraian itu didaftarkan di Pejabat Agama Daerah Petaling dan surat nikah pasangan tersebut dibatalkan. Sein dan Nana mendirikan rumah tangga pada Julai 2006 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahayamata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1. Sein yang kini aktif sebagai pelakon dan pernah menjayakan drama bersiri ‘Adamaya’ bergandingan dengan Lisa Surihani. Dia juga pernah muncul sebagai pelakon undangan dalam Hotel Mania terbitan KRU Studio selain membintangi filem Sepi arahan Khabir Bhatia. Sein dan Nana adalah pasangan peserta Sehati Berdansa terbaru yang tidak dapat mempertahankan rumah tangga mereka. Sebelum ini, pasangan Asheed Def-Gab-C, Atilia, Dira Abu Zahar, Radhi OAG, Sabrina Ali dan Anne Ngasri turut menerima nasib sama. Pengacara Fahrin Ahmad yang menjalinkan hubungan dengan Linda Onn dan Scha Al Yahya ketika mengacara program ini turut berdepan kontroversi panas.


Sementara itu, pada prosiding sama, mahkamah juga merekodkan persetujuan bersama Nana meliputi nafkah edah, mutaah dan harta sepencarian serta hak penjagaan dua anak mereka.


Artikel daripada Harian Metro, 9 Disember 2010, Khamis.


p/s: 

Hmm.. apa nak jadi?? Lepas satu, satu.. Tapi rasanya ini tiada kena mengena mengenai rancangan "Sehati Berdansa" pun. Hmm, entahlah saya belum berkahwin lagi dan benda ini "BERCERAI" adalah benda yang paling saya khuatiri dan saya takuti dalam perhubungan. Ikatan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta akhirnya berakhir begitu sahaja dek kerana kesefahaman itu sudah tiada lagi. Begitu mudahkan. 


Mana perginya kasih sayang, cinta, rindu, percaya dan kesefahaman itu dulu?? 

Sudah tiadakah?? Kemana semua itu pergi?? Cinta yang disemai selama bertahun, yang dihalalkan oleh Tok Kadi dalam sebuah majlis akad nikah yang gilang-gemilang, yang dihadiri oleh sanak saudara, yang disandingkan dalam sebuah dewan yang sungguh indah bak singgahsana, akhirnya HANCUR begitu sahaja disebabkan 'SUDAH TIDAK ADA KESEFAHAMAN'.. Sedih memang sedih kenapa semua ini terjadi? Hany mereka yang tahu dan saya tidak ada hak untuk menokok tambah cerita dan apatah lagi masuk campur dalam urusan rumahtangga mereka. Saya doakan agar semuanya dipermudahkan. Insha Allah... 


"Mereka bukan tidak pandai, mereka bukan bodoh, tapi mereka cuma tidak ada dalam diri
mereka yang patut dijaga sebaik mungkin iaitu S A B A R dan I M A N"


Nauzubillah.. Moga Allah swt memberkati kita semua.. Amin..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...