EB© | Child will always have curiosity feeling while they growth |
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam semua, selamat pagi.
Apa khabar anda semua pada hari ini? Moganya sihat sentiasa. Saya sedang menikmati sarapan dikala menulis entri ini. Berbekalkan roti Gardenia® 'Uncle Slocumm's Original Recipe' disapu dengan Mentega Kacang lapisan coklat susu, Lady's Choice dan secawan nescafe. Heee... sedap bukan. Inilah sarapan ala kadar saya pada pagi ini.
Ok sepertimana yang saya janjikan semalam bahawa saya akan menyambung cerita pada entri ini maka saya akan menunaikan janji saya untuk berkongsi dengan anda semua mengenai tajuk entri saya ini "Kasih IBU membawa ke Syurga".
Saya pasti setiap orang mesti mempunyai ibu masing-masing. Sama ada Ibu, Ummi, Mama, Mami, Mummy, Mak, Emak, dan apa juga panggilan manja yang digelarkan mereka tetap seorang perempuan yang pernah bertarung nyawa untuk melahirkan kita insan yang bergelar anak. Jika kita mengimbas kembali di saat-saat mereka bersabung nyawa ingin melahirkan kita ke dunia, Subhan-Allah! Tidak bandingan yang boleh membalas keperitan serta kesakitan yang mereka hadapi ketika itu. Tidak ada nilai mata wang di dunia ini yang mampu membayar kesakitan yang ditanggung para ibu ketika itu. Masyallah! Ampunkan anak mu ini ibu...
Antara ibu dan bapa, pastinya ibu mempunyai martabat yang lebih tinggi jika merujuk kepada Sahih Muslim. Rasullullah SAW pernah berkata ibu mendapat martabat yang tinggi adalah kerana peranan terbesar mereka mengandungkan kita dan ia nya tidak akan dapat dipikul oleh mana-mana lelaki. Sambutan Hari Ibu belum cukup untuk membalas jasa ibu selama ini.
Imam Bukhari meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah berkenaa seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat.
Sesudah selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar: Apakah dengan khidmat dan pengorbanan ku ini dapat membalas jasa bakti ibu ku? Ibnu Umar menjawab: Tidak, apa yang kamu lakukan tadi tidak akan dapat membalas jasa ibu mu walaupun sekadar hembusan nafas ketika dia melahirkan kamu.
Oleh itu, berbaktilah kepada orang tua kita sementara mereka masih hidup. Jangan apabila mereka sudah meninggal dunia, barulah kita hendak menyesali kelewatan untuk kita berbakti kepada mereka. Janganlah pada ketika itu barulah kita hendak mencantikkan batu nisan mereka..
Gambar diatas saya ambil semasa saya sedang menikmati aiskrim di Palm Square, Center Point, Sabah. Rasa pelik sebenarnya dengan cara sempoi si ibu ini menyusukan anak dia. Slumber kan..
4 comments:
nice one! sayang mama anat!! heheheh :)
Thanks..
Syg mama anat jg.. hehehe..
N syg mama eb jg..
hehehehe si dijah kah tu... bergaya gitu mama dia bagi susu hhehehehehe.. geli ati i tinguk
@Debb:
Huu bukan c Dijah tu..
Ntah org mana ni..
Candid ba ni..
Tp last2 tu budak dtg juga p tmpt aku..
Dia mau tngk apa benda yg aku pegang..
Tp btul la mmg sempoi mama dia kaC susu anak dia..
Post a Comment