Salam,
Hari Jumaat merupakan Penghulu segala hari, juga merupakan hari di mana Nabi Adam as dimasukkan dan dikeluarkan dari Syurga. Hari Jumaat juga merupakan hari di mana Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah bernikah. KIAMAT juga akan berlaku pada hari Jumaat dan akan turut menjadi sejarah pada umat manusia di dunia ini.
Dan Jumaat pada hari ini, 10 Disember 2010 adalah merupakan hari Ulang Tahun Kelahiran bagi Kak Long atau nama sebenar orang yang saya panggil Kak Long ini, Raja Nadia bte Raja Ahmad aka Cik Raj. Napa saya panggil dia Kak Long? Sebab saya tidak mempunyai kakak melainkan seorang abang, dan Kak Long yang merupakan Pensyarah di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah ini merupakan kakak yang sangat-sangat baik hati dan sangat-sangat supportive person. Dia juga merupakan salah seorang Penasihat JPP sewaktu saya berada dalam organisasi tersebut. Di mana dia banyak memberikan pandangan serta dorongan kami lebih maju ke hadapan. Terima kasih untuk semua itu Kak Long, jasa mu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit, jasa mu tidak ada setanding nilainya. Ilmu-ilmu yang telah Kak Long berikan sangat-sangat berguna untuk kehidupan saya diwaktu ini. Sayang Kak Long.
Di hari ulang tahun kelahiran Kak Long ini juga saya ingin meminta maaf dengan seikhlas hati saya andai pernah saya menguris hati Kak Long. Ampunkan kesalahan saya terhadap Kak Long dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Halalkan makan minum ku Kak Long. Maafkan saya andai ada perbuatan serta tindakan yang kurang bijak daripada adinda mu ini Kak Long, maafkan andai perbuatan itu betul-betul buat Kak Long geram dan marah.. Sorry Kak Long...
Selamat Hari Lahir Kak Long, adinda mendoakan semoga:-
a. Akan muncul hari baru yang ceria buat Kak Long;
b. Kak Long dimuliakan dan disayangi Allah swt;
c. Semoga keluarga Kak Long diberkati dan beroleh rahmat daripada-Nya;
d. Sihat tubuh badan dan terhindar dari sebarang penyakit yang berjangkit dan berbahaya;
e. Dimurahkan serta dihalalkan rezeki;
f. Dijauhkan daripada fitnah, penganiayaan dan penghinaan;
g. Disuburkan benih keimanan penuh rasa taqwa;
h. Kak Long tidak lupa akan kami adinda-adinda Kak Long di sini. Amin Ya Robbalalamin..
H a p p y B i r t h d a y Kak Long...
EB© | Cik Raja Nadia bte Raja Ahmad |
p/s:
maaf Kak Long tak jumpa gambar Kak Long yang senyum comel-comel... hehehe..
Kak Long saya memang muka garang tapi jangan risau dia memang baik hati kalau kamu sudah mengenali dia ~ Raja Nadia bte Raja Ahmad..
No comments:
Post a Comment