Pada 12 Disember 2010 bersamaan dengan hari Ahad ini, salah seorang sahabat saya yang bernama Mohd Ezainudin bin Jambol akan melangsungkan perkahwinannya dengan pilihan hatinya Dinna @ Nina bte Mohd Nizam. Mohd Ezainudin atau panggilan glamernya Jai @ Jai Jaguh merupakan sahabat saya semasa menuntut di Politeknik Kota Kinabalu dahulu. Jai juga merupakan rakan sebilik saya daripada semester 1 sehinggala semester 4. Kami juga menuntut dalam pengajian yang sama iaitu dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektronik. Bermacam-macam kisah suka duka yang kami kongsikan bersama semasa sama-sama menuntut dahulu.
Sahabat saya ini, bertubuh kecil dan comel orangnya. Saya merasakan faktor tubuhnya kecil dan comel inilah yang menyebabkan bakal isterinya Dinna@Nina terpikat kepada akan tuan punya badan. Selain daripada sikapnya yang baik hati, peramah dan penyabar yang menjadikan dirinya begitu istimewa pada semua orang terutama kepada bakal isterinya. Dinna@Nina bakal isterinya ini merupakan seorang pensyarah di SSIL (Sekolah Sains dan Informatik Labuan). Mereka berdua sama-sama berkerja di UMSKAL (Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan).
Mereka berdua akan disatukan pada 12/12/2010 ini di Kg. Pohon Batu, W.P. Labuan. Sedih diri ini kerana tidak dapat menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan mereka. Ingin saja diri ini balik dan tangkap sebanyak mana gambar untuk dialbumkan kepada mereka dan diri ku. Tapi apakan daya, dek kerana berada jauh di negeri orang dan harga tiket kapal terbang yang begitu mahal, maka mustahil bagi diri ini akan berada di sana. Maka dengan itu, saya titipkan doa buat mereka yang berada jauh disana..
"Ya Allah, satukanlah hati kedua mempelai dengan iman, taqwa, dan keyakinan kepadamu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu. Mewahkanlah rezeki mereka dan kurniakanlah mereka zuriat yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dilimpahi Nur Iman dan dipenuhi Al-Muwaddah dan Ar-Rahmah didunia dan diakhirat, Amin Ya Rabbal Alamin."
Dengan ini saya sertakan aturcara Majlis bagi pengetahuan semua sahabat-sahabat,
ATURCARA MAJLIS (LELAKI)
9:00pg: Jamuan Ringan
9:30pg: Pengantin Lelaki Beredar ke Rumah Pengantin Perempuan
ATURCARA MAJLIS (PEREMPUAN)
10:00pg: Ketibaan Pengantin Lelaki
10:10pg: Majlis Pernikahan dan Kesyukuran
11:30pg - 2:00ptg: Jamuan Makan
EB© | Selamat Pengantin Baru Jai |
No comments:
Post a Comment