EB© | Resepsi Mohd Fitri dan pasangannya Siti Norjannah |
Selamat pagi semua, semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Pagi yang indah hari ini, suhu di office tidak sesejuk selalu dan begitu menyamankan (kalaulah boleh tidur lagi..). Kalaulah di ketika ini adalah hari cuti mesti dah sambung tidur jawapnya. Seperti biasa Isnin merupakan hari yang sangat memalaskan dan membosankan.
Seperti gambar yang anda lihat diatas, ada dua orang pengantin baru sedang bersuap-suapan. Mereka berdua merupakan sahabat kepada kekanda saya Mohd Aminor sewaktu berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ranau (SEMEKAR) dahulu. Kini sekolah itu (SEMEKAR) telah berpindah ke tapak baru dengan bangunan sekolah yang baru dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohammad Ali Ranau (SMKAMAR).
Entri saya bukan hendak bercerita mengenai sekolah tersebut tetapi adalah untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat kedua mempelai Mohd Fitri Jamri dan pasangannya Siti Norjannah Atimin yang telah melangsungkan perkahwinan seterusnya menjadi yang halal buat diri masing-masing pada 4 Disember 2010 (rumah pengantin perempuan) di Kg. Sumalang, Ranau dan pada 18 Disember 2010 (rumah pengantin lelaki) di Kg. Kimolohing, Ranau.
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْكَمُاَ فِيْ خَيْرٍ
“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua
(pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.”HR.
Penyusun-penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai dan lihat Shahih At- Tirmidzi 1/316.
p/s:
Selamat Pengantin Baru buat sahabatku Pitt, semoga ikatan yang halal lagi suci ini berkekalan sehingga ke akhir nanti. Mohon maaf kerna tidak dapat datang ke majlis kamu, mahal tiket boss. Gambar ini saya edit dalam versi hitam & putih khas untuk kamu. Harap kamu suka. Tidak lupa kepada abang saya Aminor atas gambar ini. Selamat pengantin baru Fitri dan Ana, maaf lambat update pasal perkahwinan kamu berdua.
6 comments:
congratz :D
Hehehe.. Makasi munira...
Ni kwn sya ni kawen.. sedih x dpt balik tngk..
gambar cantik! aku suka tgk wedding photo..terasa nak kawin gak..haha
Mcm siot.. hahaha.. hang p la kawen lau nak kawen..
Hang kawen depa gmbq noh..
Isap gam pnya vito..
selamat pengantin baru untk member tu
Edy thanks bro.. hehehe..
Nnti sya smpi kn k..
Post a Comment