K A W A N

Monday, June 6, 2011

Taman Saujana Hijau

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Okay di pagi yang indah ni, aku teringat sebuah tempat yang amat-amat seronok dikunjungi pada waktu pagi mahupun pada waktu petang. Di mana di kawasan ini amat sesuai untuk aktiviti riadah seperti berjogging, berjalan kaki bersiar-siar, berbasikal secara solo mahupun secara duet, atau hanya duduk santai menikmati keindahan alam dan macam-macam aktiviti lagi. Dan apa yang menarik hati aku ialah pada waktu petang cahaya mentari yang perlahan-lahan tenggelam diufuk timur amat seronok untuk dilihat dan ditangkap gambarnya. Melihat mentari perlahan-lahan hilang ditelan kegelapan malam dari atas bukit berbeza dengan memerhatikan mentari ini tenggelam ditepian pantai.


Taman Saujana Hijau ini terletak di Presint 11, Putrajaya berdekatan dengan kawasan perumahan Pangsapuri Putra Damai, Presint 11. Juga berdekatan dengan Pusat Kejiranan, Presint 11 atau berdekatan dengan Pejabat Kesihatan, Presint 11. Jom kita kita lihat apa yang ada di Taman Saujana Hijau ni.

Jogging trek yang luas dan panjang.
Pre-Wedding / Wedding Photoshoot kat area ni pun bestkan!
Banyak pokok-pokok Ru (Pokok krismas) di sini yang sungguh menenangkan mata dan minda
Jogging trek yang luas ini juga sesuai untuk aktiviti berbasikal
Port yang best untuk melihat sunset!!
Sunset yang indah dan pasti tidak mengecewakan anda!
Tapi aku yakin ramai orang yang tidak mengetahui kedudukan taman ni, mahupun orang tu memang duduk kat area Putrajaya ini sendiri. Dan apatah lagi bagi mereka yang tidak tinggal di Putrajayakan? Ini disebabkan kedudukannya yang agak jauh dari kawasan tumpuan seperti Taman Botani, Taman Wetland dan taman-taman lain yang ada di Putrajaya. Taman ini memang tak sepopular taman-taman yang lain tapi bagi aku taman ini still terbaik kerana bentuk geografi taman ini, di mana taman ini berada di kawasan yang tinggi.

Jadi kepada sesiapa yang berminat nak pergi sini bolehlah menghubungi saya diruangan komen dibawah ye. Heeeheehehe.. Oklah aku nak buat kerja sikit jap lagi aku update entri baru ok.. Daaa...


p/s: Aku dah lama tak jogging... Hmmm...

21 comments:

cik violet said...

nice ar view tuh ;)

BRO_MONDAY said...

bro EB : setuju!!! ai sendiri oram Presint 9 pun belom pernah teroka taman ni lagi!!! apa pun thanks info..mintak izin share & promote di blog ai tau...sekali lagi ai ucapkan thanks!!! ai bagi kredit kat yu...sebab bagi pinjam link entry ni...('',)

EB said...

@BRO_MONDAY
Hehehe biasala tu dah p.11 ni letaknya dihujung putrajaya.. laluan bas yg paling jauh ni.. hehehe..

Xpa share je.. Xda hal la.. hehehe..
Thanks to you too...

EB said...

@cik violet
View yg mana nice? hehehe...

zati embong said...

jat nk bgtahu ni.

cam kat oversea la!

hihi.

EB said...

@zati embong
Bgtau la..

Hehehe.. suke latewww...
Hahahaha...

BRO_MONDAY said...

bro EB : JOM TERJAH kredit to Bro EB('',)
http://bit.ly/jomRIADAH

EB said...

@BRO_MONDAY
Huuu thanks so much Bro Monday..
Tharu ni.. hehehe..

Selamat beriadah bersama keluarga terchenta.. hehehe...

Unknown said...

suka la tengok gmbar2 dia.. sume cantik je pemandangan.. hehe

Unknown said...

damainya

EB said...

@Fay
Yuppp pemandangan tu mmg cantik..
Thanks cOz suka gmbr² EB...
More to come soon...

EB said...

@khairul
A'aa mmg mendamaikan..
Da la dkt dgn kawasan rumah sya Putra Damai bang... Tp serius mmg mendamaikn..

Iznie said...

cantik tempat tu! tak penah pergi lagi.... teringin nak pi.... :D

EB said...

@Iznie
Haa pergi jgn x pergi.. best!!

Honey Bhulat said...

best nye..sejuk jew mata mmandang..saujana betul..sesuai la dgn nama

EB said...

@CikHaniBhulat
A'aa mmg best.. Klu da smpi sana lg best.. Pemandangannya mmg indah blh la nmpk 1 Putrajaya n kwsn area seri kembangan...

A'aa sesuai sesngt dgn namanya..Actly ada lg gmbr lawa nnti eb uploadkn.. Blh nmpk pokok ni bulat² kena tnm keliling bukit..

Honey Bhulat said...

ni yg hati meronta2 ni nak pergi sana..hehe..xpe2..mlm ni nak pergi dlm mimpi =]

EB said...

@CikHaniBhulat
Ok xpa xpa.. mlm ni ek..
Pastikn smpi ke destinasi... hehehe..

Nini Hartini said...

cantiknyaaaaa... mcm kt obersea pulak. hehe.. bergambar fefeeling kt obesea. hehe..

EB said...

@Nini Hartini
Hehehe tau xpe.. Mmg mcm kat obersea kn.. hehehe...
Nnti balik Ranau ni nak bt mcm kat obersea jg la.. hehehe...

Nurul Hanis Bt Khazali said...

kalau nak berbasikal, kena bawa sendiri ke? ataupun ada khidmat sewa basikal?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...