K A W A N

Friday, March 25, 2011

Haru Biru!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Klik PLAY sambil baca. Cerita benar ini agak panjang..


Situasi ini berlaku semalam selepas selesai aku dan sahabatku Addam menghensemkan diri di The Mines, Sri Kembangan. Kami singgah sebentar ke Serdang untuk mengisi perut yang kosong. Aku pekena Nasi Goreng Cupprik Padprik, Addam pula pekena Nasi Goreng USA  manakala Teh Tarik menjadi pilihan pembasah tetak kami berdua. Nama restoran aku tak bisa nak ingat. Pelanggan boleh tahan ramai dan aku assume makanan yang kami BARU order PASTI lambat sampai. Tapi tanggapan ku meleset, kurang 10 minit makanan dan mai. Pergghhh boleh tahan laju service!! Suapan pertamaku mengukuhkan apa yang ku fikirkan sebelum ini "Nasi dah goreng siap-siap..." tapi... Aku lapar jadi aku abaikan.. Aku melantak bertubi-tubi.

Selesai! Aku pekena teh tarik sambil tengok Samseng Jalanan punya show di TV3. Hebat! Cool! Berani Mati! Lantaklah korang ada akal, sendiri mau ingatlah! Malas nak komen. Boring.. Tak ke mana pun. Tapi aku bercerita rancak pasal motor dengan Addam. Sorry dengan kamu tak.. Hahaha..

Okay perut dah kenyang, hati dah senang. Helaian rambut yang tertinggal di leher merimaskan keadaan. Lantas mengajak Addam untuk pulang. Addam angguk tanda setuju. Kami beransur ke kereta. Deng! Salah kereta, kereta sama jenama "Sentra" tapi lain ownernya. Benci! Benci sebab malu. (Nak kena tampar laju-laju? Sila ketawa.. Deng!)

Jam pada BeriBeri tepat menunjukkan jam 10.00 malam. Kami dah sampai di Putrajaya.  Aku berterima kasih kepada Addam dan aku mempercepatkan langkah ke lif tanda kerimasan pada leher sudah melampau. "Tinggg!!" Lif terbuka di tingkat 13. Aku seluk, aku selak, aku tepuk, aku selongkar. Deng! Kunci rumah tinggal kat office. Aiyo!!!!

"Hmmmm...." Menarik nafas dalam-dalam. Bertenang, kan aku cute makanya harus tenang-tenang aja.. Aku kan ada BeriBeri yang ku beli mahal dengan Ringgit Malaysia. Call Addam untuk talian hayat. "Hello, dam ko sudah naik ka?" Tet! Tet! "Battery is to low for radio use.." Deng! Dang! Arrrggghhhh.. No! NOoo!!! 

Canggih macamana pun kalau dah habis bateri.. Hmm..

Cool! Cute boy.. Cool! Kan ada coin. Yupp coin! PUBLIC PHONE here I come. Hehehe.. Sudah bertahun lamanya aku tak menggunakan PP ni. Setelah tamat zaman remajaku menjahamankan PP di kawasan  perumahan ku. Semenjak dari itu tidak pernah aku beramas mesra dengan PP lagi. Kan aku ada BeriBeri (Cakap dengan muka sombong..) Huh! Aku angkat ganggang telefon. Ada dail tone yang panjang bunyinya. Pelik? Bunyinya panjang sangat. Ah abaikan! Aku tengok pada skrin. Gelap. Aku letak dan angkat semula. Dengar dan tengok pada skrin. Deng! Kenapa pula ni?? Suddenly aku terpandang pada sekeping kertas, comel disisipkan di atas PP tu. "ROSAK!!" Arrgghhh ujian apakah ini?

Picture Credit to Mrs Google
Huuu.. Tenang aku harus tenang. Aku melangkahkan kaki ke rumah Addam nun di blok sebelah sana. Sampai depan rumah ada grill yang jauh dari pintu. Eh! Ada bell. Aku tekan. Senyap.. Tekan sekali lagi. Senyap... Deng! Tak berfungsi dah.. Aku bagi salam. Sayup-sayup bunyinya. Penat.. Aku kuatkan lagi.. lagi dan lagi sambil goyang-goyangkan pintu grill.. Bunyi tapak kaki kedengaran.. Aku tersenyum.. Pintu dibuka.. tapi pintu rumah jiran sebelah bukan pintu rumah Addam. Arrgghhh.. Addam tak dengar ni.. Argghhh.. Adoi!!!

Picture Credit to Mrs Google
Demi menjaga keharmonian rumah dan tangga di sana, aku beredar dari sana sambil memikirkan alternatif lain. Mata ku liar mencari orang yang aku kenal. Eh! Ada seorang awek. Aku cuba nak tegur. Aku cuba melambaikan tangan. Belum sempat aku melambaikan tangan, awek tu awal lagi melambaikan tangan. "Hee.. dia kenal aku kot" Hatiku berkata. "Jap you, I hantar barang ni dulu.." Awek tu berkata kat mamat di belakang aku. Deng! Nasib baik aku cover baik punya kalau tidak confirm KOYAK!! Malunyeeee.....

Eh! Pak Guard ni aku kenal ni. Dengan sopannya aku menyapa beliau dan menerangkan pada beliau apa yang berlaku dan aku meminta pertolongan dari beliau. Kemudian dia bersuara. "Kawan kamu tu pakai line apa? Celcomkah? Kalau Celcom mungkin boleh lagi kot, sebab kredit HP ni tinggal RM0.03 lagi ni. Rasanya boleh lagi 1 SMS.." Ujar Pak Guard itu. Adoi! Lagi? Huuu aku semakin buntu. Aku memang pakai postpaid tapi masalahnya.. Adoi! Kusut fikiran ini. 

Nasib aku baik bilamana ada seorang rakan kepada Pak Guard itu lalu dihadapan kami. Lantas dia menerangkan masalah aku dan memohon bantuan daripada rakannya itu. Alhamdulillah beliau ada kredit lebih. Akhirnya dapat juga aku SMS Addam untuk meminta pertolongan beliau menghantar aku ke Office untuk mengambil kunci rumah yang tertinggal di dalam laci.

Satu masalah lagi yang harus aku tempuhi. Lampu di dalam Office akan dimatikan dan hanya dihidupkan sekiranya ada permintaan. Makanya aku harus menempuhi kegelapan untuk mendapatkan kunci rumah aku. Alhamdulilllah dengan berkat kekuatan iman dan akal aku berjaya mendapatkan kunci tersebut walaupun kekadang terasa seperti ada tetamu yang tak diundang memerhatikan. Huuu.. Deng!

Akhirnya aku selamat sampai di rumah pada jam 11.30 malam. Aku keletihan dan mengantuk. Akhirnya aku berjaya melelapkan diri pada jam 1.00 pagi. Terima kasih kepada Addam kerana banyak membantu. Jasa mu dikenang sehingga akhir hayat ku..

p/s: Selamat Hari Lahir Addam. Rupanya semalam Hari Ulang Tahun Kelahiran kamu. Kalau aku tahu sudah aku campakkan kamu ke dalam Tasik Putrajaya. Hehehe.. Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan dan berjaya di dunia dan di akhirat nanti. ^^,

p/s/s: Rupanya ada lagi barang tinggal. My 2nd HP tertinggal kat Office. Apa kejadah semua ini?? Adoi!!!! Arrrrrggghhhhhhh....


p/s/s/s: Banyakkan pengajaran dari cerita ni.. 


6 comments:

FirdausMalek said...

ambil pengajaran k eb....

EB said...

@FirdausMalek
Pasti!!! Huuu syukran ya shbt..

farta said...

astagafirullahalazim~eb~mcmmana blh lpa? toada hsemate lagi ka sdah skrg ne? takpa, laen kali kasi buat spare sorok la di mana2 eheheh~ndapn bg ja addam spare kunci simpan di rumah dia hehehe

EB said...

@farta
Ada spare key..
Tp spare key d Office juga..
Ada hmate tp smua teda drumah jg..
Lgpn lau ada hmate ada kunci grill dan pintu rumah ja.. dOrg teda kunci bilik sya.. huhuhu...

cikdil said...

ni org ckp, sudahh jatuhh dtimpa tangga..hhehee

EB said...

@cik Dil
huuuu sadiskn...
tp xpala jth2 pn dpt tngga juga.. hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...