K A W A N

Friday, July 8, 2011

Sebutir Gandum! ~ Siri 1

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

If your eyes are blinded with your worries, you cannot see the beauty of the sunset.
Location: Waterfront | Kota Kinabalu | Sabah
Di hari Jumaat yang mulia ini, juga merupakan Penghulu segala hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua dengan sebuah kisah pada zaman Nabi Sulaiman a.s. Mungkin ramai di antara kita telah mengetahuinya namun saya ingin juga kongsikan dengan anda semua  kerana saya yakin anda mungkin dapat melihatnya dari satu perspektif yang berlainan. Nabi Sulaiman a.s terkenal kerana mampu berbicara dengan pelbagai makhluk. Baginda juga ditakuti oleh jin dan boleh memerintah angin.

Pada suatu ketika tatkala berjalan, baginda melihat seekor semut sedang mencari-cari makanan di atas batu. Baginda berasa hairan kerana manakan ada makanan di atas batu kering di tengah padang pasir yang hangat membakar.

Lalu baginda bertanya kepada sang semut untuk mendapatkan kepastian, "Wahai semut, apakah engkau yakin ada makanan yang cukup di sini?"

Mendengar pertanyaan seorang nabi Allah, maka tanpa membuang masa sang semut menjawab, "Wahai nabi, sesungguhnya rezeki itu ketentuan ALLAH. Aku amat yakin di atas batu kering di padang pasir yang kering kontang ini pasti ada rezeki untukku."

Terpana dengan jawapan sang semut, Nabi Sulaiman bertanya tentang apakah makanan yang diperlukan selama sebulan. Sang semut memberitahu dengan jujur bahawa ia hanya memerlukan sebutir gandum untuk sebulan.

Dengan penuh gembira Nabi Sulaiman a.s mencadangkan buah fikirannya kepada sang semut, "Jikalau hanya sebutir sebulan mencukupi bagi engkau, maka aku mampu menolong engkau. Engkau kini tidak perlu lagi mencari sebutir gandum di atas batu."

Baginda kemudian mengambil sebuah bekas untuk sangat semut tinggal dan diletakkannya sebutir gandum agar dapat menyenangkan sang semut tanpa perlu berusaha dengan bersusah payah. Lalu dibiarkan semut tersebut selama sebulan dan apabila cukup sebulan, maka baginda datang kembali untuk memberi sebutir lagi gandum untuk bulan yang akan datang.

Namun, alangkah terkejutnya baginda apabila.....


* * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * *

Haaa.. apa yang membuatkan baginda terkejut??? Nantikan kisah seterusnya dalam Siri 2. Boleh sahaja dihabiskan kisah ini tapi takut berjela-jela panjangnya, nanti anda-anda semua tak nak baca pula. Jadi nantikan kisah yang selanjutnya dalam Siri 2 okay.

Macam Kak Tini cakap tajuk pun dah Siri 1 kan? Jadi mesti ada sambungannya. Tunggu ye..



p/s: Selamat Hari Jumaat you all.. Syukur Alhamdulillah adik-adik kat Tadika Serikids, Johor tu semuanya selamat...

6 comments:

Unknown said...

Hantu Kak Limah gila meroyan..tiada di pawagam !.http://gilamodified.blogspot.com/2011/07/hantu-kak-limah-gila-meroyantiada-di.html

EB said...

@khairul
Waaa.. Hantu Kak Limah Meroyan pula da!!

zati embong said...

xpernah lg jat baca kisah ni.smbung cepat2 eb.

EB said...

@zati embong
Hehehe ok ok..
Best tau.. Mmg sngt² best..

Unknown said...

EB! cepat smbung cerita ni.. hehe

EB said...

@Fay
Hehehe sabar ye Fay..
Mcm ramai lg x baca ni kn..
Tp biasala ilmu agama mmg slalu org pandang enteng...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...