K A W A N

Friday, March 25, 2011

Get Well Soon..

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm





Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh..

Handphone BeriBeri berbunyi ada SMS baru masuk.
Aku buka. Oh! SMS dari adik ku Adznor. 

SMSnya ringkas;
"Salam.. Mama pesan baca Yassin n doakan Yaya (Atuk) dengan bapa.. Yaya (Atuk) sakit, sekarang kena tahan di Wad.. Bapa pun sakit di rumah sekarang.." 

©EB | Our beloved Grandpa (Yaya) | Get well soon Atuk..
SMS yang ringkas tapi membawa kegusaran, kegelisahan serta kerisauan pada diri. 
"Salam.. Okay Insha Allah.." Aku membalas SMS adik ku.

Tanpa berlengah aku tekan button 'Call'. Aku telefon Mama. 

Aku bercakap dengan mama. Mama menenangkan keadaan. Mama kata jangan risau. Atuk sakit memang kena tahan dekat Wad. Bapa tak. Bapa ada dirumah. Bapa sakit sebab jaga Atuk. Mama kata bapa sakit disebabkan perubahan cuaca. Almaklumlah suhu di kampung lebih dingin berbanding rumah di KK. Bapa terkejut dengan perubahan cuaca. Dari keadaan cuaca yang panas bertukar sejuk secara tiba-tiba dan telah mengakibatkan bapa demam, pening, batuk dan muntah-muntah. Kesian bapa.

©EB | Semoga cepat sembuh Ayah..
Aku meminta izin untuk solat. Aku tak solat lagi. Mama mengiyakan dan menyuruh menamatkan panggilan telefon dan menyegerakan solat. Sebelum 'off call' Mama  mengingatkan agar jangan terlalu risau. (Aku sememangnya risau..) Mama pesan lagi agar tidak lupa untuk baca Yassin dan doakan Atuk dan Bapa yang sedang sakit. Aku mengiyakan. Aku sedih.

p/s: Rakan-rakan Bloggers semua. Minta jasa baik anda untuk mendoakan kesihatan Atuk dan Ayah saya. Semoga mereka diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan rintangan dan dugaan mereka ketika ini. Semoga mereka cepat sembuh. Segala keprihatian dan doa anda amat saya hargai. Semoga Allah SWT merahmati anda semua. Insha Allah.

p/s/s: Kerisauan di tahap membimbangkan. Aku perlu menunaikan tanggungjawabku sebagai anak dan cucu. 

Merajuk | Merujuk

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh..




Handphone BeriBeri batterynya dah jadi King Kong. Handphone Norkia N70 ku yang dah berusia 2 tahun lebih tua dari anak buah ku si Khadijah pula tertinggal di dalam drawer di dalam office. Deng! (Untuk kesinambungan cerita ini anda boleh membaca entri sebelum ini untuk lebih memahami perasaan hati yang merana ini. Sila klik sini ~ "Haru Biru!")

Kealpaan ini akan menyebabkan Cik Awek tidak dapat menghubungi kekasihnya yang comel dan cool ini. Habislah aku. Kerisauan, ketidaktenteraman ini akan menyebabkan Cik Awek merajuk serajuk-rajuknya. Adoi! Handphone canggih macamana pun, kalau baterinya dah kojol memang tak ada gunanya lagi. Deng! Dang! Macamana aku boleh lupa my 2nd handphone si Norkia tu kat office. Adoi...

Haaa korang tak pecaya Cik Awek dah merajuk?? Haa tengok muka dia kat bawah tu. Itu kira tak merajuk ke?? Nak aku service kuda telinga orang yang cakap Cik Awek tak merajuk. Adoi! Cik Awek janganlah merajuk. Orang tak sengajalah. Manalah orang tahu handphone tu tak nak ikut balik rumah.. Dia tak SMS pun kat Abi.. Alaa senyumlah, please.. Please tengoklah kamera. Mahal tau orang beli kamera ni.. Please sayang..

©EB | Merajuk-merajuk pun comelkan.. ^_^
Buat Cik Awek, En. BF minta maaf bebanyak. En. BF tahu Cik Awek selalu ronda-ronda blog En. BF pagi-pagi. En. BF ingat lagi Cik Awek pernah cakap "Blog Abi tu sarapan pagi Luv tahu". So En. BF harap Cik Awek bolehlah maafkan kekhilafan dan kealpaan yang tidak  En. BF sengajakan tu. Maaf sesangat kat Cik Awek sebab buat kamu risau. En. BF harap Cik Awek janganlah merajuk lagi okay. En.BF janji tak akan buat lagi okay. Okay?

©EB | Where are you dear??
p/s: Buat readers, maaf andai entri ini mengeli-gelikan anda. Dek kerna rasa bersalah mengantui diri. Sedangkan hantu pun tak rasa hantu macam ni. Itulah entri ini muncul sebagai tanda maaf kepada Cik Awek yang berada jauh di Bintulu sana. (Ya! Aku PJJ) Selamat mengajar ye Cik Awek. Jangan marah-marah tau. Nanti kena panggil Cikgu Gusti lagi. Hehehe..

p/s/s: Selamat hari Jumaat semua..

I Jump!!

KOTA BHARU: Sekeping tilam yang dipinjam dari premis berdekatan memisahkan seorang gadis berusia lingkungan 20-an dengan maut selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, gadis berkenaan yang memakai baju-T putih dan berseluar jeans biru, sempat mengacukan pisau kepada anggota bomba yang cuba menghalangnya dari terjun dari ketinggian kira-kira 30 meter.

PEGANG...anggota bomba memaut tangan gadis terbabit.
MERONTA...gadis yang cuba membunuh diri meronta-ronta mahu melepaskan diri tergantung tiga minit.
TERLEPAS...gadis terbabit terjatuh selepas tangan yang dipegang anggota bomba terlepas.
DISELAMATKAN...gadis terbabit terjatuh atas tilam di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Kejadian yang mengundang panik ratusan pengunjung pusat beli-belah berkenaan itu, turut menyaksikan drama mendebarkan apabila gadis itu tergantung kira-kira tiga minit ketika anggota bomba cuba memaut tangannya sebelum dia jatuh dan mendarat di atas tilam berkenaan.

Difahamkan, gadis itu cuba membunuh diri kerana menghadapi masalah cinta dengan teman lelakinya. Saksi kejadian, Mohd Syah Azrul Afandi Yusof, 25, berkata, sebelum menyaksikan aksi mendebarkan itu, dia melihat gadis berkenaan mundar-mandir di tingkat berkenaan dan terkejut apabila dia cuba mengelar lengannya dengan pisau.

“Sebelum jam 4 petang, saya lihat dia di berlegar-legar di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall. Dia juga dilihat cuba mengelar leher dan lengannya. “Tindakannya itu disedari orang ramai yang kemudian menghubungi bomba,” katanya.

Sementara itu, Penguasa Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusmal Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.54 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Pengkalan Chepa.

Menurutnya, mereka terpaksa memujuk dan bergelut selama 20 minit dengan gadis terbabit memandangkan dia enggan bekerjasama, malah mengacukan pisau menyebabkan tiga anggota bomba yang cuba menyelamatkannya mengambil langkah berhati-hati.

“Mangsa enggan bekerjasama dan meronta-ronta minta dilepaskan menyebabkan berlakunya pergelutan. Ketika usaha memujuk, mangsa yang memegang sebilah pisau turut mengacukan senjata itu kepada anggota bomba. “Kita sempat memaut tangannya tetapi gadis itu meronta-ronta menyebabkan dia terjatuh selepas pautan tangannya terlepas daripada pegangan anggota bomba,” katanya.

Haru Biru!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Klik PLAY sambil baca. Cerita benar ini agak panjang..


Situasi ini berlaku semalam selepas selesai aku dan sahabatku Addam menghensemkan diri di The Mines, Sri Kembangan. Kami singgah sebentar ke Serdang untuk mengisi perut yang kosong. Aku pekena Nasi Goreng Cupprik Padprik, Addam pula pekena Nasi Goreng USA  manakala Teh Tarik menjadi pilihan pembasah tetak kami berdua. Nama restoran aku tak bisa nak ingat. Pelanggan boleh tahan ramai dan aku assume makanan yang kami BARU order PASTI lambat sampai. Tapi tanggapan ku meleset, kurang 10 minit makanan dan mai. Pergghhh boleh tahan laju service!! Suapan pertamaku mengukuhkan apa yang ku fikirkan sebelum ini "Nasi dah goreng siap-siap..." tapi... Aku lapar jadi aku abaikan.. Aku melantak bertubi-tubi.

Selesai! Aku pekena teh tarik sambil tengok Samseng Jalanan punya show di TV3. Hebat! Cool! Berani Mati! Lantaklah korang ada akal, sendiri mau ingatlah! Malas nak komen. Boring.. Tak ke mana pun. Tapi aku bercerita rancak pasal motor dengan Addam. Sorry dengan kamu tak.. Hahaha..

Okay perut dah kenyang, hati dah senang. Helaian rambut yang tertinggal di leher merimaskan keadaan. Lantas mengajak Addam untuk pulang. Addam angguk tanda setuju. Kami beransur ke kereta. Deng! Salah kereta, kereta sama jenama "Sentra" tapi lain ownernya. Benci! Benci sebab malu. (Nak kena tampar laju-laju? Sila ketawa.. Deng!)

Jam pada BeriBeri tepat menunjukkan jam 10.00 malam. Kami dah sampai di Putrajaya.  Aku berterima kasih kepada Addam dan aku mempercepatkan langkah ke lif tanda kerimasan pada leher sudah melampau. "Tinggg!!" Lif terbuka di tingkat 13. Aku seluk, aku selak, aku tepuk, aku selongkar. Deng! Kunci rumah tinggal kat office. Aiyo!!!!

"Hmmmm...." Menarik nafas dalam-dalam. Bertenang, kan aku cute makanya harus tenang-tenang aja.. Aku kan ada BeriBeri yang ku beli mahal dengan Ringgit Malaysia. Call Addam untuk talian hayat. "Hello, dam ko sudah naik ka?" Tet! Tet! "Battery is to low for radio use.." Deng! Dang! Arrrggghhhh.. No! NOoo!!! 

Canggih macamana pun kalau dah habis bateri.. Hmm..

Cool! Cute boy.. Cool! Kan ada coin. Yupp coin! PUBLIC PHONE here I come. Hehehe.. Sudah bertahun lamanya aku tak menggunakan PP ni. Setelah tamat zaman remajaku menjahamankan PP di kawasan  perumahan ku. Semenjak dari itu tidak pernah aku beramas mesra dengan PP lagi. Kan aku ada BeriBeri (Cakap dengan muka sombong..) Huh! Aku angkat ganggang telefon. Ada dail tone yang panjang bunyinya. Pelik? Bunyinya panjang sangat. Ah abaikan! Aku tengok pada skrin. Gelap. Aku letak dan angkat semula. Dengar dan tengok pada skrin. Deng! Kenapa pula ni?? Suddenly aku terpandang pada sekeping kertas, comel disisipkan di atas PP tu. "ROSAK!!" Arrgghhh ujian apakah ini?

Picture Credit to Mrs Google
Huuu.. Tenang aku harus tenang. Aku melangkahkan kaki ke rumah Addam nun di blok sebelah sana. Sampai depan rumah ada grill yang jauh dari pintu. Eh! Ada bell. Aku tekan. Senyap.. Tekan sekali lagi. Senyap... Deng! Tak berfungsi dah.. Aku bagi salam. Sayup-sayup bunyinya. Penat.. Aku kuatkan lagi.. lagi dan lagi sambil goyang-goyangkan pintu grill.. Bunyi tapak kaki kedengaran.. Aku tersenyum.. Pintu dibuka.. tapi pintu rumah jiran sebelah bukan pintu rumah Addam. Arrgghhh.. Addam tak dengar ni.. Argghhh.. Adoi!!!

Picture Credit to Mrs Google
Demi menjaga keharmonian rumah dan tangga di sana, aku beredar dari sana sambil memikirkan alternatif lain. Mata ku liar mencari orang yang aku kenal. Eh! Ada seorang awek. Aku cuba nak tegur. Aku cuba melambaikan tangan. Belum sempat aku melambaikan tangan, awek tu awal lagi melambaikan tangan. "Hee.. dia kenal aku kot" Hatiku berkata. "Jap you, I hantar barang ni dulu.." Awek tu berkata kat mamat di belakang aku. Deng! Nasib baik aku cover baik punya kalau tidak confirm KOYAK!! Malunyeeee.....

Eh! Pak Guard ni aku kenal ni. Dengan sopannya aku menyapa beliau dan menerangkan pada beliau apa yang berlaku dan aku meminta pertolongan dari beliau. Kemudian dia bersuara. "Kawan kamu tu pakai line apa? Celcomkah? Kalau Celcom mungkin boleh lagi kot, sebab kredit HP ni tinggal RM0.03 lagi ni. Rasanya boleh lagi 1 SMS.." Ujar Pak Guard itu. Adoi! Lagi? Huuu aku semakin buntu. Aku memang pakai postpaid tapi masalahnya.. Adoi! Kusut fikiran ini. 

Nasib aku baik bilamana ada seorang rakan kepada Pak Guard itu lalu dihadapan kami. Lantas dia menerangkan masalah aku dan memohon bantuan daripada rakannya itu. Alhamdulillah beliau ada kredit lebih. Akhirnya dapat juga aku SMS Addam untuk meminta pertolongan beliau menghantar aku ke Office untuk mengambil kunci rumah yang tertinggal di dalam laci.

Satu masalah lagi yang harus aku tempuhi. Lampu di dalam Office akan dimatikan dan hanya dihidupkan sekiranya ada permintaan. Makanya aku harus menempuhi kegelapan untuk mendapatkan kunci rumah aku. Alhamdulilllah dengan berkat kekuatan iman dan akal aku berjaya mendapatkan kunci tersebut walaupun kekadang terasa seperti ada tetamu yang tak diundang memerhatikan. Huuu.. Deng!

Akhirnya aku selamat sampai di rumah pada jam 11.30 malam. Aku keletihan dan mengantuk. Akhirnya aku berjaya melelapkan diri pada jam 1.00 pagi. Terima kasih kepada Addam kerana banyak membantu. Jasa mu dikenang sehingga akhir hayat ku..

p/s: Selamat Hari Lahir Addam. Rupanya semalam Hari Ulang Tahun Kelahiran kamu. Kalau aku tahu sudah aku campakkan kamu ke dalam Tasik Putrajaya. Hehehe.. Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan dan berjaya di dunia dan di akhirat nanti. ^^,

p/s/s: Rupanya ada lagi barang tinggal. My 2nd HP tertinggal kat Office. Apa kejadah semua ini?? Adoi!!!! Arrrrrggghhhhhhh....


p/s/s/s: Banyakkan pengajaran dari cerita ni.. 


Wednesday, March 23, 2011

Cik Epal Contest

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Ok memandangkan Cik Epal dan tukar Contest "Cik Epal Contest - An apple a day keeps the doctor away" kepada "Cik Epal Contest - Black and White picture". Dengan perubahan ini, Cik Epal telah membuka peluang untuk aku follow contest ini. Oleh kerana aku adalah peminat setia gambar hitam dan putih makanya aku tidak akan melepaskan peluang untuk mengikuti contest ini. So pada sesiapa yang tak berminat nak pada contest Cik Epal yang sebelum ini anda boleh ikut contest yang latest ni.

Seperti biasa setiap contest ada syarat-syarat yang tertentu. Begitu juga dengan contest ini. So kepada sesiapa yang berminat mengikuti contest bolehlah klik pada banner di bawah untuk maklumat lanjut. Klik je tak bayar pun. Oh jangan lupa baca dengan teliti syarat-syarat yang Cik Epal dah muktamadkan tau!

Cik Epal Contest - B&W Picture
Oh sebelum terlupa. Pada contest sebelum ini (gambar dengan buah epal) EB pernah tanya Cik Epal bolehkah EB bergambar dengan epal tapi epal ni bukan sejenis buah?? Memandangkan Cik Epal tak berapa faham maksud EB maka ingin EB paparkan gambar tersebut untuk merungkai kemusykilan Cik Epal. Bolehkan? Ok sila lihat gambar dibawah samada gambar ni memenuhi kriteria Cik Epal ataupun tidak.

©EB | My Apple is My Left Eye
Okay! Okay!
Berbalik kepada Contest yang terkini. Gambar Hitam|Putih yang  EB nak persembahkan kepada Cik Epal adalah:-

©EB | My Dad is Him
Dan slogannya..

"Saya suka membaca blog Cik Epal kerana Cik Epal chubby dan comel sama seperti saya makanya dia sentiasa berdoa dan minta didoakan untuk kurus. Tak percaya sila komen mana-mana entri Cik Epal. Dia juga suka makan dan kuat makan seperti saya makanya banyaklah gambar-gambar dan menu-menu yang menyebabkan para pembaca sering kelaparan apabila berkunjung ke laman blognya.

Selain itu, dia juga suka 'menjahanam'kan apa saja resepi sama seperti saya. Kenapa begitu? Ingat pepatah orang putih ni "Practice Make Prefect!" or dalam bahasa saya "Cuba|Try|Test|Tengok" Harap anda faham. Dari blog Cik Epal juga terdapat bermacam-macam input dan output. So korang nak aku storylah apa yang ada kat blog dia ni? Boleh.. Boleh.. Tak dah hal lah. Banyak cantik nak aku storykan semua. Haa ni lah masanya untuk anda teroka apa yang ada kat blog Cik Epal. Dengan hanya satu sentuh bisa merungkaikan segala-galanya. Tak percaya klik link ini ~ "My Blog is Unedited Version of Myself"

Buat Cik Epal kenapa gambar diatas menjadi pilihan dalam Contest ini kerana bila saya baca entri kamu mengenai aktiviti menternak lemak sempena Ulang Tahun Kelahiran Ayah kamu. Secara jujurnya makanan-makanan yang kamu tunjukkan itu tidak menganggu perhatian pun tapi bilamana ayat kamu seperti ini "Aktiviti menternak lemak secara pukal ini berlaku semalam pada 20 MAC. ni sempena nak celebrate bithday ayah aku lah pulak." Huu ayat kamu yang aku highlight kuning tu membuatkan aku sedikit sedih. Aku tak pernah sambut Ulang Tahun Kelahiran bapa aku seperti itu. Apa yang termampu hanyalah ucapan 'Selamat Ulang Tahun' melalui SMS atau panggilan telefon.

Maaf emosi pula. Tapi ini adalah kejujuran dan ini adalah kepuasan yang ada pada Blog yang tidak ada pada Facebook. Melalui penceritaan dalam penulisan dan sedikit gambar untuk pemerhatian mampu membawa beribu-ribu pengertian dan pemahaman. Jesteru itu, tidak terlalu angkuh andai saya mengatakan bahawa Blog Cik Epal memang ada semua itu dan itulah sebabnya kenapa blog kamu saya suka baca.

Sekian..


p/s: Maaflah ye Cik Epal kalau panjang sangat coretan saya..


Dua orang yang saya hargai:-

♥ Love Letter ♥

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum WBT.

Selamat pagi semua. Mesti ada yang tengah bersarapan sekarang ini. Aku pun baru saja selesai menghabiskan mee goreng + sardin yang aku beli di Cafe Kastam sana. Aroma nescafe pekat yang dibuat aku ni memang sungguh menenangkan dan mengasyikkan hingga menyebabkan aku menghirupnya berulangkali tanpa henti.. hahaha.. 

Korang masih ingat tak cerita aku kelmarin? Alaa cerita pasal "Antara Aku, Kau dan Dia".. Ingat tak? Okay bagi sesiapa yang tak ingat korang boleh klik kat sini ~ "Antara Aku, Kau dan Dia". Ok kali ini aku nak kongsi plak apa yang berlaku pada petang kelmarin (hari keesokannya). Cerita tu belum habis kat entri "Antara Aku, Kau dan Dia" ada lagi sambungnya. So pagi ni aku nak story plak sambungan cerita tu.

Okay seperti kebiasaanya aku akan solat Asar terlebih dahulu di pejabat sebelum balik rumah. Selesai menunaikan solat, sarungkan stokin, pakai kasut dan punch out. Aku segera turun menuju ke hentian bas. Seperti kelmarin lelaki itu masih berada di sana memerhatikan gadis pilihannya sambil menunggu bas. Akan tetapi tidak kelihatan kelibat si gadis pilihan hatinya di situ. 

"Assalamualaikum B.." Amer memberikan salam.
"Waalaikumusalam Mer.." Jawap ku ringkas.
"Haa hari ni lambat lagi ek?" Amer bertanya soalan yang sama seperti kelmarin.
"A'aa lambat lagi. Tunaikan kewajipan kawan.." Jawap ku sopan.
"B.. Dia dah balik lah B.. Bederet-deret bas 401 tadi.. Ada 2, 3 biji bas juga tadi.." Kata Amer dengan nada yang sangat kecewa.
"Laa yeke.. Sorrylah bro aku ada bengkel hari ni tu yang lambat balik.. Takut terlewat aku solat lagi tadi. Tu yang tak berpeluang aku nak cakap dengan dia.." Aku cuba menerangkan.
"Takpelah bro. Nak buat caner lagi.. Tak ada rezekilah tu.." Amer dengan muka sedih.
"Sorrylah bro. Esok pagi kalau kami naik bas yang sama Insha Allah aku cuba sampaikan salam kau okay.." Aku cuba menceriakan keadaan.
"Thanks bro.. Tapi aku ada nak minta tolong lagi ni.."
Amer menarik aku sedikit ke belakang daripada himpunan orang ramai lalu mengeluarkan sepucuk surat dari beg galasnya. Sepucuk surat berwarna putih siap dengan 'seal', cop rasmi dengan tajuk - "Urusan Seri Paduka Baginda".
"B.. Nanti kau tolong bagi surat ni kat dia boleh?" Amer bersungguh.
"Oh Insha Allah boleh.. Kalau aku terserempak dengan dia aku bagi kat dia ok.." Aku memberikan lagi talian hayat pada beliau. 
"Haa tu bas 301.. Ko naik bas tu kan?" Aku memberitahu Amer.
Kami berpisah di situ dengan masing-masing memberikan salam dan beliau tidak lupa untuk mengingatkan aku pasal surat cinta beliau. Deng!

Aku membelek-belek surat itu aku sangkakan dia mahukan tandatangan aku sebagai sokongan pada surat beliau. Yalah dengan keadaan surat yang formal sebegitu mana mungkin aku tidak tersalah faham. Aku hanya mampu tersenyum. Aku tersenyum girang. Aku merasa amat-amat pelik dan lucu. Pelawok! Pelawok!


Google | Oh Surat Cinta!!
Sudah bertahun lamanya aku tidak melihat surat cinta, ketika berada di Tingkatan 2 merupakan kali terakhir aku melihat surat cinta. Tapi kelmarin 22 Mac 2011 bersamaan dengan hari Selasa merupakan hari bersejarah apabila aku telah diberi mandat untuk menyerahkan surat cinta beliau. Huuu.. Aku seorang Posmen Cinta! (Berfikir untuk menukar profesion aku kepada seorang posmen.. hehehe..)

p/s: Surat cinta beliau belum sempat aku serahkan kerana pagi ini aku ditumpangkan member ke tempat kerja. Maka surat itu masih berada selamat di dalam beg Quiksilver ku.

p/s/s: Pagi tadi terserempak dengan Amer dekat Cafe Kastam. Dia tanya pasal surat beliau. Aku cakap tak sempat lagi nak bagi. Huuu.. Aku rasa sangat-sangat rimas sekarang ni!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...