K A W A N

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010 | Selamat Datang 2011


Al-salāmu 'alaykum
"Selamat sejahtera ke atas kamu semua"

Sejahtera ke atas kamu para pembaca, para sahabat, para bloggers dan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Dalam beberapa detik lagi tahun 2010 akan meninggalkan kita dan muncullah tahun 2011 menggantikannya. Syukur ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah kurnianya, saya masih berkesempatan untuk berkarya di alam maya ini. Syukran ya Allah. 

Tahun 2010 merupakan tahun yang begitu bermakna bagi diri ini, bermacam-macam perkara samada suka mahupun duka berlaku. Saya percaya bukan saya sahaja yang mengalami perkara seperti ini malahan semua manusia yang ada di bumi Allah swt ini. Tahun 2010 merupakan tahun yang banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar, bermacam-macam iktibar dan pengajaran yang telah saya pelajari. 

Begitu banyak rintangan dan dugaan yang Allah berikan untuk menguji sekuat mana hati serta jiwa ini menghadapi dugaan-Nya. MasyaAllah adakalanya diri ini hampir berputus asa, namun semua itu harus dihadapi dengan kekuatan iman serta amal. Bukan mudah untuk berada di syurga-Nya yang kekal abadi. Sedangkan baginda SAW yang telah dijanjikan syurga masih diuji dengan bermacam-macam dugaan yang sangat-sangat hebat. Apatah lagi diri ini hanya insan hina yang menumpang di bumi Allah. Insan hina yang tidak punya apa-apa keistimewaan mahupun kelebihan untuk tidak diduga dengan bermacam-macam rintangan dan dugaan daripada-Nya.

Diuji dengan kepercayaanku diragut, direntap dan disiat-siat oleh seorang rakan yang aku percaya dengan sepenuh hati ku untuk membina masa depan ku agar dapat aku membahagiakan orang tua ku tapi akhirnya menjadi sebaliknya. Pengalaman ini begitu menyakitkan dan akan ku jadikan pengalaman ini suatu pengajaran yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Mungkin ini kesilapan ku sendiri kerna tidak berfikir panjang terhadap tindakan ku sendiri. "Ya Allah janganlah Engkau biarkan diri ku diperbodohkan dan jangan juga Engkau biarkan diri ini memperbodohkan orang lain." 

Buat 'rakan' yang bukan sahabat itu, saya mendoakan agar hati mu mendapat hidayah dari Allah yang Maha Kuasa. Saya juga mendoakan agar Allah menunjukkan apa yang terbaik buat diri mu, sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu PASTI MAKBUL! Amin. Maaf atas doa yang agak kasar ini tapi hati ini hancur luluh dengan tindakan mu kawan!!. 

Dengan ini akan ku lupakan apa yang terjadi di tahun 2010 ini, akan ku jadikan semua pengajaran-pengajaran yang berlaku kepada ku sebagai pengalaman yang sungguh berharga dan tidak akan ku lupakan sehinggalah Sakaratul Maut! mencabut nyawa ku. Aku mengakhiri tahun 2010 ini dengan doa..


"Wahai Tuhan ku, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada 
perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum 
bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. 
Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi 
Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya 
aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang 
Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu."

"Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan 
Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah 
Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas 
penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka."






p/s: SELAMAT TAHUN BARU 2011 SEMUA!!

Khutbah Jumaat | Minggu ke-4

Al-salāmu 'alaykum
"Selamat sejahtera ke atas kamu semua"

Khutbah minggu terakhir dalam bulan Disember dan juga khutbah terakhir pada tahun 2010 dengan tajuk:- 

“KESEDARAN BENCANA KESEJAHTERAAN BERSAMA”

Mutakhir ini beberapa negara di dunia digemparkan dengan kejadian bencana alam yang meragut ratusan ribu jiwa dan kerugian berbillion ringgit harta benda dalam masa sekelip mata. Kita masih ingat lagi, berapa ngerinya bencana Tsunami di bandar Aceh, Indonesia yang berlaku pada 26 Disember 2006 yang telah mengorbankan 200,000 jiwa dan menjadikan kawasan tersebut seperti padang jarak padang tekukur. Negara kita juga tidak terlepas daripada berdepan dengan kejadian-kejadian bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, jerebu, ribut, kemarau dan ombak besar Tsunami. Terbaru sekali, kejadian banjir besar di utara Semenanjung tanah air yang telah mengorbankan 6 nyawa yang kebanyakkannya adalah anak-anak kecil.

Dalam al-Quran Allah SWT telah menceritakan banyak tamadun manusia dimusnahkan oleh Allah melalui bencana alam. Antaranya kaum Nabi Nuh dimusnahkan dengan banjir, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan gempa bumi dan kaum 'Aad dimusnahkan dengan ribut taufan tujuh hari tujuh malam. Jelasnya, bencana alam yang memusnahkan kaum-kaum tersebut adalah kerana hukuman Allah SWT atas kekufuran dan kemungkaran mereka.Firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut ayat 40:

Maksudnya: “Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."

Peringatan Allah SWT tersebut hendaknya menjadi pengajaran bagi kita bahawa akibat daripada kekufuran dan perbuatan maksiat yang dilakukan, akan menjadi penyebab datangnya kemurkaan Allah. Ketahuilah bahawa setiap bencana yang menimpa manusia mempunyai beberapa pengajaran yang berbeza. Bagi mereka yang terselamat daripada bencana, maka bencana yang menimpa orang lain merupakan peringatan bentuk kasih sayang dari Allah agar mereka kembali pada jalan-Nya. Sedangkan bagi orang yang tidak beriman, maka bencana yang menimpa merupakan azab dan siksa dari Allah yang disebabkan oleh kekufuran dan kedurhakaan terhadap perintah Allah dan rasul-Nya. Dengan bencana juga, Allah hendak menunjukkan kepada manusia, mana antara orang yang benar keimanannya dan mana yang tidak.

Perlu difahami bahawa bencana alam juga boleh berlaku disebabkan daripada kesilapan dan kerakusan manusia kerana mengejar kemewahan dunia. Demi wang ringgit bukit-bukau ditarah dan diruntuhkan, pembangunan dilaksanakan sesuka hati, pembakaran terbuka berleluasa, pembalakan haram menjadi-jadi dan pembuangan sampah di mana-mana. Akibatnya sistem ekologi dan keseimbangan alam semesta tergugat . Insafilah peringatan Allah dalam surah ar-Rum ayat 41:

Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Ayat ini menyatakan bahawa bencana alam yang berlaku di muka bumi ini ada kaitannya dengan perilaku manusia yang tidak berhemah kepada alam semesta. Tindakan manusia yang mengganggu dan memusnahkan keseimbangan ekologi adalah satu tindakan yang akan membawa manusia ke arah kemusnahan. Ini kerana, hubung kait antara manusia dengan alam begitu rapat sekali. 

Perlu disedari bahawa apabila bencana berlaku, masyarakat adalah merupakan kumpulan pertama yang akan berhadapan dengan musibah tersebut. Persoalannya, wujudkah kesedaran kita terhadap bahaya bencana yang berlaku ini?. Justeru itu, penerapan terhadap kesedaran bencana di kalangan masyarakat adalah amat penting bagi mengurangkan impak sesuatu bencana sama ada dalam bentuk kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda. Masyarakat perlu melibatkan diri secara aktif dalam pengurusan bencana sama ada sebelum, semasa dan selepas berlakunya bencana.

Besempena dengan kedatangan 2011 yang bakal membawa lembaran baru bagi setiap kita yang mana sedikit sebanyak ia akan memberi kesan dalam kehidupan seharian. Dalam meniti ambang tahun baru ini, seharusnya menjadi satu kesempatan ruang dan peluang untuk kita bermuhasabah dan seterusnya berusaha mencari jalan bagi memperbaiki serta meningkatkan lagi kualiti diri dari masa ke semasa dalam semua aspek kehidupan dengan membina azam dan semangat baru. 

Sepertimana yang diketahui umum, sambutan malam tahun baru ini lazimnya akan disambut dengan berbagai aktiviti. Orang ramai diajak berkumpul di tempat-tempat tertentu samada terbuka mahupun tertutup. Mereka di sajikan dengan hiburan dan pertunjukan yang pastinya banyak mengundang perkara yang negatif dan mencemarkan dengan pelbagai kegiatan maksiat dan tidak bermoral. 

Budaya yang sebegini bukanlah budaya Islam. Budaya sambutan sebegini adalah budaya yang dipropagandakan oleh musuh-musuh Islam melalui serangan ideologi agar umat Islam terpesong daripada peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Maka sempena dengan kedatangan tahun baru 2011 ini, marilah kita sama-sama membina azam dan semangat baru yang berlandaskan ajaran Islam dengan mengamalkan sepenuhnya, iaitu dengan mendekatkan diri kepada Allah, cinta kepada Rasul-Nya dan tidak melakukan perbuatan yang keji seperti rasuah, menganiayanya kaum yang lemah, memfitnah, memeras ugut, suka mengadu domba dan perbuatan-perbuatan keji yang lain. Dengan cara ini insyaallah kita dapat menjana bangsa yang bermaruah dan membangun ummah yang gemilang. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah ar-Ra’d ayat 2:

Maksudnya: "Allah jualah yang meninggikan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia menundukkan matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar untuk suatu masa yang ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaan-Nya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu untuk menerima balasan."



p/s: maaf semua sebab lambat update khutbah hari ini... Actually minggu ke-3 pun tak update lagi.. saya usahakan okay..

Thursday, December 30, 2010

Berbakti Kepadamu Malaysia

Al-salāmu 'alaykum
"Selamat sejahtera ke atas kamu semua"


Hai semua mungkin saya agak lambat untuk membuat entri mengenai kemenangan Malaysia dalam Piala Suzuki 2010 AFF edisi ke-8 menentang Indonesia pada perlawanan akhir timbal balik di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.

Kelewatan saya untuk membuat entri mengenai kemenangan Malaysia menentang Indonesia dengan agregat 4 - 2 pada malam semalam memang saya sengajakan. Ini adalah kerana saya mengetahui ramai para bloggers juga akan membuat entri yang sama seperti saya ini. Jadi saya bercadang untuk membuat entri TAHNIAH! ini sedikit lewat dan tepat pada detik perlawanan itu dimulakan pada jam 8.00 malam.

Pada jam 8.00 malam semalam perlawanan ini dilansungkan maka pada jam 8.00 malam ini juga saya akan post entri ucapan tahniah saya kepada skuad bola sepak Malaysia kita. Maka genaplah selama sehari kemenangan Malaysia menentang Indonesia bermula pada jam 8.00 malam semalam sehingga ke 8.00 malam hari ini. Tahniah diucapkan kepada pemain yang bertungkus lumus mempertahankan kemenangan Malaysia sebelum ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan bekalan kemenangan selesa sebanyak 3 - 0 lalu.

Saya bangga saya rakyat Malaysia. I heart Malaysia!

Tapi yang membuatkan saya teruja dan bangga apabila salah seorang pemain dari kelab terkemuka dunia iaitu kelab terchenta saya Manchester United telah memberikan ucapan tahniah kepada skuad Harimau Malaya kita. Nak tahu siapakah dia tengok gambar di bawah..

Rio Ferdinand
credits to Google for the picture
just a simple tone edit form me




"Congratulations 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki cup final. I played against Malaysian u23 team 18months ago, quite a good team."
rioferdy5
Rio Ferdinand
















Tahniah kepada skuad bola sepak negara atas kemenangan tersebut, walaupun menunggu agak lama sehingga 14 tahun lamanya tetapi pada tahun 2010 ini skuad bola sepak Malaysia membuktikan mereka berhak bergelar juara dan mampu untuk memenangi pertandingan besar seperti ini. Syabas Malaysia!

Dengan kemenangan ini jugalah telah memberi ruang kepada saya serta seluruh rakyat Malaysia yang lain untuk beristirehat dan menikmati hadiah hari cuti pada esok hari 31 Disember 2010 (jangan lupa sembahyang Jumaat.. Sembahyang Jumaat tiada cuti buat lelaki muslim..) Hari cuti yang telah diumumkan oleh boss besar saya di Kementerian Kewangan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Thank you boss!! Thank you Harimau Malaya!!

p/s: Aku bangga aku rakyat MALAYSIA!!

Birmingham 1 United 1

Glory Glory Man United!!

United are back at the Barclays Premier League’s summit, ahead of noisy neighbours Manchester City who'd temporarily gone top with a 4-0 win over Aston Villa. But the lead, by goal difference only, is not as commanding as Sir Alex Ferguson would have liked after a typically hard-fought 1-1 draw at Birmingham City.

It looked like a moment of magic and yet another goal from the league’s top goalscorer, Dimitar Berbatov, had given United victory in a game characterised by its battling qualities rather than its technical brilliance. But Sir Alex’s men can justifiably feel aggrieved at the dubious fashion with which Birmingham snatched a last-minute equaliser through Lee Bowyer.

United remain the sole unbeaten team in England, and are now only the seventh club in top-flight history to enter the New Year without defeat in the league. Most importantly Sir Alex's men are top of the table, with games in hand on City and Chelsea. But there was more than a tinge of frustration at the manner in which the Reds were forced to end 2010.

...more story here www.manutd.com

Actions from the game..



p/s: So sorry for the delay update about Man United win.. Most importantly Sir Alex's men are top of the table, with games in hand on City and Chelsea.

Wednesday, December 29, 2010

Gembirakan Mereka | Part 2

Al-salāmu 'alaykum
"Selamat sejahtera ke atas kamu semua"

Selamat pagi kepada anda semua, semoga berada dalam keadaan ceria dan aman sentiasa. Tika saya mulai menaip entri ini saya telah dikejutkan dengan sesuatu bunyi yang nak kata menakutkan tidak juga, nak kata melucukan pun tidak juga. Hehehe.. bunyi itu datangnya dari seorang manusia yang terpaksa dirahsiakan identitinya demi menjaga keamanan dan keharmonian setempat. 

Ok kita lupakan mengenai bunyi-bunyi itu dan saya akan menyambung kembali entri saya mengenai lawatan saya sebelum ini ke rumah Anak-Anak Yatim dan Berkeperluaan, Darul bakti. Untuk mengetahui cerita dan gambar entri di bahagian pertama sila klik disini Gembirakan Mereka | Part 1. Di bahagian kedua ini saya akan mempaparkan lagi gambar-gambar aktivti sewaktu kami mengadakan lawatan ke sana.

Seperti gambar dibawah ini, kami telah menjalankan satu aktiviti yang dipanggil "Puzzle Time" dimana dalam aktiviti ini mereka (anak-anak yatim & peserta) saling berkerjasama untuk mencantumkan kembali gambar yang telah dipisah-pisahkan  untuk menjadi seperti gambar asal.


Untuk pengetahuan anda semua, semua makanan dan minuman semasa lawatan kami ke Darul Bakti ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak JPP, PKK. Selain urusan pembelian serta penyediaan bahan-bahan makanan dan minuman ini, pihak Urusetia juga dikehendaki memasak sendiri makanan dan minuman yang dihidangkan kepada anak-anak yatim ini.

Kami akan makan beramai-ramai bersama-bersama dengan anak-anak yatim dan pihak pengurusan Darul Bakti dan kami tidak akan membenarkan sebarang bantuan daripada pihak pengurusan Darul Bakti untuk membantu kami menyediakan bahan makanan dan minuman mahupun bantuan dari segi tenaga kerja. Ini adalah disebabkan kami juga mahu menghargai jasa mereka selama ini menjaga dan membesarkan anak-anak yatim ini. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Unit Pusat Islam, PKK kerana sudi meminjamkan peralatan dapur kepada kami. 

EB© | Thanks for the delicious foods and drinks Chef Debby

Gambar dibawah ini adalah wajah-wajah serta gelagat adik-adik yang kami raihkan ketika itu;
EB© | Ku simpan duka ku untuk ku teruskan hidup ini
EB© | Kegembiraan dalam kesedihan
EB© | Semoga kamu akan beroleh kegembiraan yang sebenar suatu hari nanti adik-adik ku
Ketika kami baru sahaja sampi ke Darul Bakti ini, wajah adik-adik ini begitu sugul dan penuh persoalan memikirkan apakah yang hendak kami lakukan bersama-sama mereka. Walau bagaimanapun, hati ini berasa begitu gembira melihat mereka mula menyesuaikan diri dengan kami dan mereka berasa amat-amat selesa dengan kehadiran kami disana.

Disebabkan entri mulai mendapat sambutan dan saya tidak menyangka saudari Ceyla dan saudara Vito suka akan entri saya ini (semua pun sukakan, bukan mereka saja kan.. hehehe..). Oleh kerana mendapat sokong daripada semua pihak, saya akan menyambung lagi entri ini ke Gembirakan Mereka | Part 3. Selain itu, ada banyak lagi gambar-gambar yang menarik ketika berada disitu yang ingin saya kongsikan kepada anda semua. Semoga berjumpa lagi di entri Gembirakan Mereka | Part 3. 

p/s: Terima kasih atas sokongan anda semua. Sayang kamu semua. Hehehe.. 
      Stay tuned untuk entri bahagian ke-3. 

Tuesday, December 28, 2010

Jangan Guna Perkataan "SALAM"

السلام عليكم 
al-salāmu 'alaykum
Selamat sejahtera ke atas kamu semua

Sebelum ini saya pernah paparkan entri Waspada! di mana dalam entri saya sebelum ini mengatakan mengenai perkataan-perkataan yang tidak boleh (tak elok) digunakan dalam sesuatu perkataan sama ada dilafazkan melalui pertuturan mahupun melalui penulisan contohnya SMS atau email. 

Saya pernah menyarankan anda semua untuk menggunakan perkataan “Salam” sebagai singkatan atau kata ganti bagi “Assalammualaikum”. Oleh itu, saya dengan rasa bersalah ingin membuat pembetulan mengenai entri saya sebelum ini bahawa menggunakan perkataan "Salam" juga tidak boleh di dalam pertuturan mahupun dalam penulisan kita sehari-hari. Kenapa? 

Sebab ini, baca bagus-bagus dan fahami sebaik-baiknya. Sekali lagi suka saya untuk memperbetulkan kesilapan saya sendiri dan seterusnya mengingatkan anda semua agar tidak melakukan kesilapan yang sama. Renung-renungkan dan selamat beramal. 

Ilmu ini untuk dikongsi bersama. 
Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:
"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). 
(QS. 43:89) 

السلاما = Keamanan

Ustaz Zawawi Yusof ada bercerita serta membincangkan di Radio IKIM (91.50FM) tentang sunnah Rasulallah SAW mengenai cara memberi salam.

Menurut Ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”.

Ringkasnya, Baginda SAW akan memberi salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan jawapan salam itu dijawap dengan lengkap - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Perlu diingat juga semasa menjawab salam, ramai orang menjawab salam dengan balasan ucapan salam yang tidak tepat dan tidak betul. Sehinggakan timbul bermacam bunyi dan nada yang direka sendiri mengikut sedap rasa si penjawab salam.

Cara menjawab salam yang betul ialah:-

“WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu kita dengar iaitu; “WAALAI KUM SALAM”

Dan,

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata;
“Kirim salam, assalamualaikum pada Abu ya” (contoh..)

Dan bukannya seperti ini; 
“Kirim salam kat Abu ya”

Dan,

Jangan pula ditokok tambah seperti;
“Kau tolong kirim salam maut kat Abu ya”

Walaupun kata-kata itu dilafazkan dalam nada bergurau tetapi ianya adalah menyalahi syariat dan berdosa walaupun sekadar gurauan!! (gurau pun dosa juga tau.. bergurau biarlah bertempat..)

Selain itu, janganlah kita meringkaskan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa penulisan sekalipun.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita gantikan dengan perkataan “As Salam” yang juga membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Marilah kita bersama-sama menguar-uarkan kepada sahabat-sahabat kita yang selalu menggunakan shortform “A’kum” dalam sms ataupun email atau apa sahaja sebarang bentuk penulisan mahupun percakapan. Perkataan “A’kum” adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi, kepada orang-orang bukan Yahudi yang bermaksud “BINATANG” dalam bahasa Ibrani.

Ianya juga merupakan singkatan daripada perkataan Avde Kokhavim U Mazzalot” yang bermaksud “HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT”.

Oleh itu, mulai daripada sekarang jika ada rakan seIslam menghantar SMS dengan ringkasan “A’kum” ataupun “Salam”, sama-samalah kita ingatkan mereka agar tidak menggunakan singkatan itu dan gunakan perkataan yang betul “As Salam” kerana ianya dari perkataan “Assalamualaikum”.

Sumber yang boleh dipercayai: woot woot 

p/s: aku paling banyak guna perkataan "Salam" T_T

Koala on Duty: SEGMEN JOM BERKENALAN

Koala on Duty: SEGMEN JOM BERKENALAN

Di Ulang Tahun Kelahiran Mu ~ Mama


Assalammualaikum wbt.

Hari ini hari Selasa, 28 Disember 2010 merupakan hari ulang tahun kelahiran emak saya, Rosna@Siti Anna binti Aloat@Awuat. Mama telah dilahirkan pada 28 Disember 1967 di Kg. Bangau, Kudat dan kini telah berumur 43 tahun. Ya mama saya seorang mualaf dan bapa sayalah yang telah bertanggungjawab mengislamkan mama saya dan seterusnya mengahwini mama. Mama berkahwin diusianya yang begitu muda dimana dia berkahwin dengan bapa selepas sahaja dia selesai pelajarannya di sekolah menengah. 



Mama pernah berkata "Inilah kelebihan orang berkahwin awal, ibubapanya tidak terlalu tua dan tidak sempat tua untuk melihat anak-anaknya membesar". Kata-kata mama itu jelas menunjukkan mama saya menyangkal bahawa dia kesal untuk berkahwin awal disaat usianya masih begitu mentah. Sehinggakan saya dapat satu kesimpulan daripada kata-kata ringkas emak saya itu, dimana mereka telah membuat perancangan yang begitu rapi sebelum kita dilahirkan di bumi Allah ini. Sesungguhnya jasa orang tua kita tidak terhitung banyaknya. 

Mama telah mengandungkan saya selama 9 bulan kemudian melahirkan saya dengan risiko nyawa yang bakal melayang. Saya pohon ampun dan maaf kerana ketika saya dilahirkan sahaja saya sudah mulai menyakiti mama. Saya tidak minta untuk dilahirkan songsang mama, saya tidak minta untuk dilahirkan kaki terlebih dahulu, ampunkan saya mama kerana saya menyakiti mama. Walaupun saya tahu ampun dan maaf saya ini tidak mampu untuk membalas walau hembusan nafas mama ketika mama menahan kesakitan melahirkan saya.

Ketika saya masih bayi masih tak berdaya, mama berikan makan dan minun agar saya tidak kehausan, tidak kelaparan. Ketika saya membuang air, tanpa jijik mama membersihkan saya dengan penuh rasa cinta dan sayang. Mama berikan pakaian agar saya tidak kesejukan dan juga pendidikan agar saya menjadi yang terpandai. 

Mama sabar menghadapi kemarahan saya, rengekkan, kenakalan, dan masih saya ingat lagi kenakalan saya sewaktu saya masih kecil dimana ketika itu saya dan abang Minor terlewat balik ketika waktu sudah mulai melewati waktu Isyak dan kami sudah terlepas waktu Maghrib. Kelewatan yang disebabkan oleh keseronokan bermandi manda di sebuah tasik terbiar bersama sahabt-sahabat yang lain mengundang kemarahan bapa. Sesampai sahaja kami berdua di rumah habis kami dikerjakan bapa. Kami digantung, dirotan pada kaki, dimandikan dengan air paip kerana kami berbau longkang. Saya menangis semahu-mahunya diperlakukan sebegitu. Jiwa saya memberontak dimarahi dan dipukul bapa sehingga sedemikian rupa. 

Tapi sewaktu saya dimarahi dan dipukul bapa dek kerana kenakalan saya itu, saya melihat mama, mama pun turut menangis sedih melihat saya dan abang dipukul sedemikian. Mama menangis di dalam bilik.  Sekali lagi saya buat mama sedih. Mama tidak sanggup untuk melihat anak-anaknya dipukul dan dimarahi sedemikian rupa. Selesai dipukul, dirotan dan dimandikan, bapa memerintahkan kami untuk tunduk dan sujud memohon keampunan kepada mama yang berbaring menangis kesedihan ketika itu. Saya tunduk dan sujud memegang kedua belah kaki mama demi memohon keampunan daripada mama sehinggakan saya tetidur dalam keadaan sujud tanpa saya sedari, sehinggalah mama mengejutkan saya untuk makan.

Kini saya sedar bahawa pukul dan marah mu ayah bukan untuk menghukumku, dan jauh sekali untuk menyakitiku. Tapi saya tahu betapa risaunya mereka sekiranya ada sesuatu yang buruk terjadi ketika aku sedang leka dan seronok bermandi manda di tasik terbiar itu. Sedangkan binatang menjaga anak-anak mereka dengan sebaik-baiknya apatah lagi manusia yang bergelar ibu dan bapa. Kini aku bersyukur kerana pukul dan marah mereka telah mendidik aku menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Terima kasih mama, terima kasih ayah untuk semua ini.


Di hari lahir mama ku yang amat dicintai dan dirindui, anakanda panjatkan doa kepada Allah swt untuk kedua orang tua ku dengan doa..

بسم الله الرحمن الرحيم


"Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka, perindahkanlah ucapanku di depan mereka, lunakkanlah watakku terhadap mereka dan lembutkan hatiku untuk mereka. Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar  atas kasih sayang yang mereka limpahkan pada diriku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil."

"Ya Allah, apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku, maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda."

"Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. Sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu."

"Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang 
tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih."

Amin Ya Rabbal Alamin..




p/s:
Selamat Hari Lahir Mama.. EB sayang mama.. Sayang sangat-sangat sayang.. Semoga mama ceria, sihat selalu dan dipanjangkan umur.. Maafkan EB tak dapat balik untuk meraihkan hari lahir mama, walaupun EB tahu mama tak suka kami raihkan hari lahir mama. "Tak payahlah celebrate, buat mama rasa lagi tua pula" itulah kata mama setiap kali anak-anak nak raihkan hari lahir mama. Hehehe..  

Monday, December 27, 2010

Aku HALAL untuk Kamu

EB© | Resepsi Mohd Fitri dan pasangannya Siti Norjannah 
Assalammualaikum wbt,

Selamat pagi semua, semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Pagi yang indah hari ini, suhu di office tidak sesejuk selalu dan begitu menyamankan (kalaulah boleh tidur lagi..). Kalaulah di ketika ini adalah  hari cuti mesti dah sambung tidur jawapnya. Seperti biasa Isnin merupakan hari yang sangat memalaskan dan membosankan. 

Seperti gambar yang anda lihat diatas, ada dua orang pengantin baru sedang bersuap-suapan. Mereka berdua merupakan sahabat kepada kekanda saya Mohd Aminor sewaktu berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ranau (SEMEKAR) dahulu. Kini sekolah itu (SEMEKAR) telah berpindah ke tapak baru dengan bangunan sekolah yang baru dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohammad Ali Ranau (SMKAMAR).

Entri saya bukan hendak bercerita mengenai sekolah tersebut tetapi adalah untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat kedua mempelai Mohd Fitri Jamri dan pasangannya Siti Norjannah Atimin yang telah melangsungkan perkahwinan seterusnya menjadi yang halal buat diri masing-masing pada 4 Disember 2010 (rumah pengantin perempuan) di Kg. Sumalang, Ranau dan pada 18 Disember 2010 (rumah pengantin lelaki) di Kg. Kimolohing, Ranau. 



بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْكَمُاَ فِيْ خَيْرٍ

“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua 
(pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.”HR. 
Penyusun-penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai dan lihat Shahih At- Tirmidzi 1/316.




p/s: 
Selamat Pengantin Baru buat sahabatku Pitt, semoga ikatan yang halal lagi suci ini berkekalan sehingga ke akhir nanti. Mohon maaf kerna tidak dapat datang ke majlis kamu, mahal tiket boss. Gambar ini saya edit dalam versi hitam & putih khas untuk kamu. Harap kamu suka. Tidak lupa kepada abang saya Aminor atas gambar ini. Selamat pengantin baru Fitri dan Ana, maaf lambat update pasal perkahwinan kamu berdua.

Sunday, December 26, 2010

Gembirakan Mereka | Part 1

Assalammualaikum wbt..

Entri kali ini ada sebuah kenangan lapuk yang mana saya ingin kongsikan bersama anda semua sebelum kenangan ini tersemadi bersama saya di liang lahad kelak. Semasa dalam pengajian di Politeknik Kota Kinabalu (PKK), saya bergiat aktif (sangat aktif) dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Saya merupakan ahli majlis tertinggi dalam organisasi tersebut semenjak saya dari semester dua sehinggalah ke semester akhir pengajian saya di PKK.

Sepanjang pengajian saya di PKK, saya telah banyak melaksanakan program-program sama ada di dalam kampus mahupun di luar kampus. Untuk entri kali ini, saya akan bercerita mengenai salah satu program yang kami jalankan di Kota Belud, Sabah. Program ini kami namakan sebagai "Program Lawatan ke Rumah Anak-Anak Yatim dan Berkeperluaan" yang bertempat di Darul Bakti, Kota Belud.

Tujuan program ini dibuat adalah untuk meraihkan anak-anak yatim yang serba kekurangan dari segi kasih sayang, pendidikan, dan bermacam-macam lagi. Kami ingin mereka tahu bahawa diluar sana masa ada pihak yang sayang dan perhatian kepada nasib mereka. 

Secara kasarnya bukan semua mereka ini adalah anak yatim piatu, ada juga diantara mereka yang masih mempunyai ibubapa. Tapi disebabkan kesempitan hidup dan kemiskinan, orang tua mereka tidak mampu untuk menyara dan apatah lagi membesarkan mereka. 

Oleh hal yang demikian, kami warga JPP dengan kerjasama beberapa orang pelajar PKK telah membuat lawatan selama sehari  untuk meraihkan serta meluangkan masa bersama-sama mereka. Seperti dalam kertas kerja yang telah diluluskan oleh Pengarah PKK, ada bermacam-macam aktiviti yang perlu kami jalankan bersama-sama anak-anak yatim ini. 

Seterusnya gambar-gambar dibawah ini akan bercerita kepada anda mengenai program yang telah kami jalankan itu. Semoga terhibur. 

EB© | Keindahan Gunung Kinabalu menemani perjalanan kami
EB© | Regangan dilakukan semasa aktiviti Senaman Huruf
EB© | Senaman Huruf
EB© | It gonna blown up, shut your ears
EB© | Adik ini kepenatan sampai tertidur
EB© | Hebat!! ~ Time to eat


p/s: Cerita dan gambar seterusnya bersambung ke "Gembirakan Mereka | Part 2"..
       Tunggu... ^^v

Saturday, December 25, 2010

Giant Screen in Putrajaya

Assalammualaikum wbt,

Bagi sesiapa yang tinggal di Putrajaya dan di kawasan sekitar Putrajaya, pihak Perbadanan Putrajaya akan menyediakan sebuah skrin gergasi yang akan dipasang di Dataran Putrajaya malam esok. Penyediaan skrin gergasi ini adalah untuk memberi peluang kepada warga Putrajaya dan kawasan berdekatan untuk bersama menunjukkan semangat dan sokongan kepada pasukan Malaysia yang akan menentang pasukan Indonesia pada perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF.

Pemasangan skrin gergasi itu adalah pertama kali dibuat bagi memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia selepas buat pertama kali mara ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF ini. Selain memberi ruang kepada peminat bola sepak yang tidak sempat 'turun' ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Anda semua bolehlah datang seawal yang mungkin untuk mendapatkan tempat atau kedudukan yang terbaik untuk melihat perlawanan ini. Kemungkinan besar juga pekerja-pekerja daripada Indonesia yang berkerja disekitar Putrajaya ini akan turun beramai-ramai untuk menyaksikan perlawanan ini. Jadi datang awal sebaik-baiknya untuk mendapatkan keselesaan semasa menyaksikan perlawanan tersebut. Tapi jangan lupa sembahyang Maghrib terlebih dahulu sebelum ke Dataran Putrajaya.

Tayangan perlawanan akhir ini dijangka bermula jam 8 malam seperti yang dijadualkan sebelum ini. Semoga kita dapat melihat peningkatan pasukan bola sepak negara kita, seterusnya dapat menumbangkan pasukan Indonesia.

Oh! sebelum terlupa pasukan Malaysia bakal bertandang bagi perlawanan timbal balik di Jakarta pada  29 Disember 2010 dan perlawanan itu juga bakal ditayangkan secara langsung di skrin gergasi tersebut pada masa dan tempat yang sama.

p/s: Datanglah beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada pasukan negara kita. Jangan lupa bawa tikar dan keropok..  Hehehe.. Glory glory Malaysia!

Friday, December 24, 2010

Muafakat Membawa Berkat

EB© | "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat"

Program: Program Lawatan ke Rumah Anak-Anak Yatim dan Berkeperluan
Tempat: Darul Bakti, Kota Belud, Sabah
Tarikh: 2 May 2007
Photo taken by Canon Digital IXUS IS 800
Re-edit on 23 December 2010




p/s: Nantikan entri mengenai lawatan ke Darul Bakti, Rumah Anak-anak Yatim ini.

Segmen Jom Berkenalan


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum,
Selamat hari Jumaat semua..

Pagi ini tengah nak siapkan entri 'PMRnya Lunyai' sambil minum nescafe yang pekat mekat ni. Setelah siap saya publishkan entri tersebut kemudian saya check Traffic Feed saya. Wah! ada seseorang telah meninggalkan jejak perjalanannya kemudian saya klik pada link tersebut, rupanya Cik Nadhirah aka CCD-ra telah tag saya dalam segmen 'Jom Berkenalan' ini. Terima kasih ya Cik Nadhirah, terima kasih banyak-banyak.

Seperti Cik Nadhirah, ini juga merupakan kali pertama saya ditag dalam sesebuah entri. Demi menghargai Cik Nadhirah atas kesudian dia untuk tag saya dalam entri ini maka saya akan lakukan sehabis baik ok.. Thanks a lot CCD-ra ^^v..

Segmen ni dari blogger yang bernama Cikgu Akim. Anda boleh melawat blog dia sekiranya anda hendak mengikuti segmen ini. Sila klik banner di bawah untuk mengetahui cara-cara nak ikut segmen ni.

Segmen Jom Berkenalan


Segmen Jom Berkenalan


S1: Apakah status anda:
J1: Saya belum bertunang atau berkahwin makanya saya berstatus B u j a n g..


S2: Ceritakan tentang diri anda:
J2: Ok nama penuh saya Mohd Asynor bin Junaidi, anda semua boleh panggil saya EB sepertimana nama blog saya EB. Dilahirkan pada 30 Oktober 1986 di Kg.Bangau, Kudat, Sabah. Mama saya berasal dari daerah Kudat, manakala Bapa saya pula berasal dari daerah Ranau. Saya kini menetap di W.P.Putrajaya dan berkerja di MOF. 
Pekerjaan: Kerja Gomen, biasa-biasa je. 
Belajar di: Sabah (SKPT-SMKPT-UiTM-PKK-UMS).
Bilangan anak: Saya belum berkahwin lagi, jadi tiada anak lagi. Anak tekak ada.
Cita-cita: Ingin membina/membeli sebuah rumah besar untuk kedua orang tua ku, membantu adik-adik serta keluarga ku dalam segala hal. Ingin memilik keluarga yang bahagia dan membahagiakan pasangan yang saya pilih. Bebas dari segala jenis HUTANG sebelum saya mati. Insha Allah ingin menunaikan Haji.


S3: Ceritakan tentang Blog anda:
J3: Blog saya ini saya wujudkan untuk berkongsi segala macam pengalaman yang saya pernah lalui secara sengaja mahupun tidak sengaja. Juga untuk berkongsi minat saya dalam bidang photography dan videography. Dimana Insha Allah disetiap entri yang saya paparkan akan saya selit sekeping dua gambar yang telah saya tangkap dan edit. 
Blog ini juga untuk saya berkongsi nasihat-nasihat serta info-info yang berguna kepada kita manusia yang sering lalai dalam urusan kehidupan kita sehari-hari sepertimana diri saya sendiri. Oleh itu suka diri ini untuk menasihat dan dinasihati sesungguhnya itu adalah amalan yang mulia. (Terima atau tidak nasihat tersebut terpulang pada yang membaca dan saya cuma menunaikan tanggungjawab saya sebagai manusia yang menyayangi sesama manusia untuk ingat mengingati..) 


S4: Apa pandangan anda tentang dunia blog?
J4: Dunia blog ini indah, bermacam-macam tips, bermacam-macam cerita, bermacam-macam info, bermacam-macam ragam, dan banyak lagi macam-macam yang ada. Bak kata Astro "Macam-macam Ada!" tapi bukan Astro sahaja yang macam-macam ada. Dunia blog ini walaupun banyak huruf yang perlu dibaca tapi sangat-sangat menyeronokkan. Tak percaya? Ikutilah dunia blog ini dan rasakan sendiri apa yang ada dalam dunia blog ini. 


S5: Nasihat anda kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog:
J5: Pada yang baru nak berjinak-jinak nak buat blog ni, teruskan niat suci mu wahai sahabat. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan dalam dunia blogging melainkan kamu menyalahguna blog yang kamu cipta itu ke arah yang tidak baik. Nak buat blog tak perlu bayar pun, cuma kamu kena ada pengisian dan hala tuju blog kamu sendiri. Setiap benda perlu ada perancangan, kalau tiada perancangan maksudnya kita merancang untuk gagal. Kenapa? Apa? Bagaimana? Siapa? dan Dimana? kamu sendiri yang tentukan. Tiada paksaan dalam dunia blog ini. 


S6: Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda:
J4: Keunikan.. Unik dalam blog saya ini adalah dimana saya akan mempaparkan gambar-gambar yang saya telah saya tangkap dengan moment yang menarik dan saya touch up dengan tona-tona warna yang menawan. Saya juga akan cuba bercerita banyak mengenai keindahan negeri Sabah Insha Allah.. 
Selain itu, saya juga akan menulis secara baku (InsyaAllah) dalam setiap entri saya dan saya tidak akan menggunakan singkatan demi menjaga keindahan bahasa Melayu itu sendiri walaupun saya bukan berbangsa Melayu tapi saya bertutur dalam bahasa Melayu. Jadi kalau kamu semua membaca blog saya dan terasa skema maafkan saya sebab itu memang niat saya. (Bukan selalu skemakan.. lagipun kerja saya sebagai sekretariat ini betul-betul membuatkan saya peka terhadap kesalahan ayat dan perkataan.. hmm..) dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai blog saya, rajin-rajinlah datang jenguk. ^^v


S7: Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
J7: Selain nyawa terlekat ditubuh selagi itu saya akan terus bersuara dan selagi itu saya akan terus berilham dan berkarya. Saya tidak menginginkan apa-apa dalam dunia blog ini cukup sekadar ianya memberi saya peluang untuk berkongsi apa saja serta saya dapat memberi pengajaran dan panduan kepada anda semua. Selain memberi impak dan kesan yang baik kepada semua orang dan tidak lupa kepada diri saya sendiri. Cuma mengharapkan balasan pahala daripada yang Maha Esa dan sokongan daripada anda semua agar saya dan anda semua terus maju dalam hidup kita sehari-hari tanpa melupakan batas agama dan kebesaran Ilahi. Insha Allah. 
Impian saya agar saya berjaya memberi panduan serta rujukan yang terbaik dalam blog saya kepada anda semua. Semoga segalanya dipermudahkan Allah dan kita beroleh rahmat daripada semua ini. Saya bukan ahli agama tapi saya tetap ada agama.. Semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat nanti.. Amin..


Saya tag mereka-mereka ini pula:-

1. Idayu
2. Iena
3. Nurwina
4. Farah Farhana


p/s: Sempat juga siapkan entri ni sebelum nak gerak pergi sembahyang Jumaat.. 
Ok enjoy reading you all and have a nice Friday.

PMRnya LUNYAI!

KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan tiga tidak sempat menunjukkan kepada ayahnya keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang baru diambilnya di sekolah apabila dia mati dalam keadaan mengerikan, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Simpang Tiga Kok Lanas, Selising, Pasir Puteh, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Siti Aisyah Zakaria, 15, yang membonceng motosikal ditunggang ibunya, Aziza Musa, 42, dirempuh lori pasir ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Banggol Chica, Kok Lanas, menyebabkan dua beranak itu terbunuh.

Akibat kejadian itu, Siti Aisyah terjatuh daripada motosikal sebelum dihempap kepala kanan lori berkenaan manakala ibunya tercampak atas jalan. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian.

Ayah Siti Aisyah, Zakaria Mohamad, 43, berkata, beberapa hari lalu dia memaklumkan kepada keluarganya untuk bercuti di Perdana Resort sambil mandi kolam pada Sabtu ini dan sudah pun membuat tempahan.

“Kami merancang bercuti di situ, tetapi kini semuanya tinggal kenangan apabila isteri dan anak yang menjadi harapan saya sudah pergi meninggalkan saya.

“Apa pun, saya reda dengan apa yang berlaku kerana sudah begini ketentuan takdir,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu memang mengejutkan kerana isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan, manakala Siti Aisyah, anak kedua daripada enam beradik nampak rajin dan ceria.

Kata Zakaria, kejadian malang menimpa isteri dan anaknya itu diketahuinya selepas dihubungi peniaga di kawasan berkenaan selepas melihat kemalangan itu.

“Saya yang ketika itu berada di Kem Desa Pahlawan Kok Lanas kerana berurusan menghantar baju sukan bergegas menunggang motosikal yang jaraknya dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Ketika itu, saya lihat kepala Siti Aisyah berada dekat dengan tayar belakang lori berkenaan, manakala isteri terlentang di tepi jalan berkenaan,” katanya.

Zakaria berkata, mayat isteri dan anak dibawa dengan kenderaan polis ke HUSM Kubang Kerian untuk dibedah siasat.

Katanya, sebelum itu, isterinya yang juga pembantu kewangan di Kem Desa Pahlawan pulang menjemput anaknya bagi mengambil keputusan PMR di Sekolah Menengah Maahad Shamsul Maarif Perempuan, dekat Pulai Chondong, Machang.

“Saya hanya mengetahui keputusan PMR Siti Aisyah selepas dimaklumkan pihak sekolah dia memperoleh 4A 1B dan 1C,” katanya yang juga pesara tentera.

Menurutnya, jenazah isteri dan anaknya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tasik, Rantau Panjang, pada lewat malam atau pagi ini.

Hasil perkongsian hidup bersama arwah isterinya, Zakaria dikurniakan enam anak, masing-masing tiga lelaki dan perempuan berusia antara tujuh hingga 16 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian berlaku apabila lori yang dipandu lelaki berusia 40-an hilang kawalan dan akibatnya kenderaan berat itu terbalik.

“Siti Aisyah cedera teruk di kepala dan anggota badan manakala Aziza cedera parah di kepala.

“Dalam kemalangan sama, Proton Persona dan dua Proton Wira remuk di bahagian depan serta belakang, tetapi pemandunya tidak mengalami kecederaan dan kejadian disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


p/s: Innalillawainalillahhirojiun.. Al-Fatihah kepada arwah berdua, semoga roh mereka berdua ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Semoga keluarganya tenang serta tabah menghadapi dugaan Allah ini.. Hati-hati di jalan raya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...