K A W A N

Wednesday, December 22, 2010

Jangan Lupa Lirik (JLL)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum,

Ok pagi ini saya ingin berkongsi mengenai tajuk entri saya diatas "Jangan Lupa Lirik" aka 'JLL'. Ya rancangan yang disiarkan di Astro yang mana di'host'kan oleh Aznil Haji Nawawi aka Pak Nil. Untuk pengetahuan semua 'Jangan Lupa Lirik' telah memenangi kategori rancangan Permainan Kuiz Terbaik di Asian Television Award  (ATA2010) di Singapura. 

Tahniah buat semua krew yang telah menjayakan JLL ini dan buat Pak Nil saya bangga kerana rancangan ini telah dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori tersebut. Walaupun permainan kuiz ini diterbitkan dalam bahasa Melayu namun masih mendapat sambutan yang hebat sepertimana rancangan Macam Macam Aznil yang telah memenangi rancangan BualBicara Terbaik pada tahun 2005. Ternyata rancangan yang diterbitkan dalam bahasa Melayu dapat memberi saingan yang sengit kepada program yang bertaraf antarabangsa walaupun rata-rata pesaing dari serata negara nominasinya dalam bahasa Inggeris.

Namun sedih apabila Pak Nil mengatakan dia sedikit kecewa apabila kemenangan yang menjulang penerbitan buatan kita di pentas Asia itu tidak mendapat perhatian pihak media di hari kemenangannya untuk dijadikan berita yang boleh dikongsikan. Kalau ada pun, cuma laporan kecil yang seolah berita picisan yang tidak perlu diberi perhatian utama. Rupanya nilai berita pada kemenangan itu tidak sebesar nilai berita artis yang mengumumkan perkahwinan, berita artis yang bercerai di mahkamah dan berita pembunuhan kejam tanah air.

Oleh itu, saya insan hina yang cuma menumpang di bumi Allah ini rasa terpanggil untuk mengembar gemburkan kemenangan JLL di ATA2010 kepada anda semua. Walaupun saya bukanlah wartawan yang mengikuti ATA2010 sepenuhnya pada ketika itu tapi saya bangga dengan Pak Nil atas kemenangan ni. Sekurang-kurangnya dapat menanamkan rasa bangga di hati rakyat Malaysia terhadap produk buatan anak bangsa mereka sendiri dan juga secara tidak langsung dapat membuka mata masyarakat kita bahawa karya anak tempatan juga bermutu tinggi. Syabas kepada pihak penerbitan Astro dan juga Pak Nil yang bertungkus lumus menjayakan program Jangan Lupa Lirik ini.




p/s: Pak Nil memang HEBAT! Tapi saya selalu lupa lirik.. hehehe..
       Untuk cerita selanjutnya klik sini JLL elemen glokal

6 comments:

KNS said...

ya ampun..baru taw award tuh..
ape2 pon..aznil mmg d Best !! =D

EB said...

See ramai org x tau kn... Sian..
yUpp Aznil best....

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

ish,, media ni,, yg artis telanjang tu dihebohkan ,, kejayaan ni x dihebohkan hurm,, kalau awak x ckp sy pun x tau ,, hwa hwa hwa ~

paknil tetap best !

EB said...

SFH: Hehehe.. Tu la pasal.. benda2 -ve ni org mmg suka sngt.. Yg +ve ni sering diakhikn dan yg paling worst dlupakan... Hm..
Tahniah kepada Pak Nil..

Nur Zaheera said...

apa apa pun, JLL memang best ! entahentah, bayak lagi award yang di hidekan dari kita. who knows, alaa, biasa la tuh kalau da nama reality TV, mesti ada yang iri dengan achievement seseorang tuh. btw, SAYA SUKA PAK NIL ! <3 huhu (over sket d:) thanks EB fer the info.

EB said...

Zaheera: Yupp JLL mmg best walaupun eb x brapa sngt nak follow dek kerna eb x pnya tv kat umh.. eb ada MB je.. hehehe.. Tp syukur alhamdulillah ada juga program rancangan tv kita yg berjaya menjulang nama Malaysia..
Most Welc0me..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...