K A W A N

Thursday, December 23, 2010

Yang Dipertua Negeri Sabah Baru

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam, mengurniakan surat cara pelantikan kepada Datuk Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baru.

Istiadat itu yang berlangsung di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Presiden Pertubuhan Bersatu Pasok Momogun Kadazan (Upko) Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Juhar, 57, Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10, menggantikan Tun Ahmadshah Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini. Juhar antara pemimpin Sabah yang terbabit dengan rundingan Usno/Umno untuk kemasukan Umno ke negeri itu pada 1991.

Beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat (1990-1999), Anggota Parlimen Kinabatangan (juga 1990-1999) dan Ketua Umno Bahagian Batu Sapi (2003-2008). Pemegang ijazah sarjana muda dalam undang-undang ini sebelum itu pernah menjadi majistret. Jawatan terkini beliau adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. - Bernama

YB Datuk Juhar Hj. Mahiruddin

2 comments:

Errina.Rahim said...

ASNOR - bagi email..aku nak invite blog aku..lpas ni nak private kan.

EB said...

asynor@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...