K A W A N

Thursday, June 30, 2011

SUNGKAIAN

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Location: Di Teratak Sewa Ku
Alhamdulillah hari ini aku berjaya menamatkan puasa sunat hari Khamis aku. Terasa seperti budak-budak kembali pabila berpuasa pada hari biasa yakni bukan pada bulan Ramadhan. Huu.. Terasa amat lapar. Perut berbunyi-bunyi minta diisi. Bau kopi kawan sebelah buat menusuk-nusuk ke lubang hidung. Anak tekak pula meronta-ronta minta dibasahkan. Tapi syukur Alhamdulillah aku berjaya menahan nafsu dan rajuk diri ku sendiri. Kalau tidak confirm burn puasa aku.

Aku akan mula berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis bermula dari hari ini. Berpuasa bukan sahaja sebagai diet tapi juga untuk melatih diri agar tidak terkejut di bulan Ramadhan nanti. So diatas itu adalah gambar sungkaian (juadah berbuka) aku sebentar tadi. Juadah yang serba ringkas, telur dadar, sardin dicampur dengan sayuran, nasi putih dan air oren. Alhamdulillah juadah ringkas yang menyebabkan aku kenyang dan perut terasa amat padat sekarang ini. Oklah aku nak rehat-rehat dahulu.

p/s: Korang dah ganti puasa belum? Tak nak try puasa? Kalau nak aku boleh kejutkan sebelum Subuh untuk sahur. Hehehe.. 

Berdiri Teguh!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Location: Pekan Ranau, Sabah
Hai korang.. Selamat pagi semua. Apa khabar? Semua kalian semua dalam keadaan sihat hendaknya. Sekali lagi entri ini akan dimulakan dengan ucapan maaf. Ya maaf kepada anda semua dan kepada diri sendiri kerana blog terchenta ini sudah amat jarang dikemaskini. Mungkin ada readers yang dah bosan nak membaca blog yang semakin lama semakin jarang terupdate ni. Apa pun semua itu bukan kehendak tuan blog ni dan bukan juga kehendak siapa-siapa. Ini semua disebabkan oleh banyak benda yang perlu diuruskan terlebih dahulu.

Bermacam-macam cerita yang hendak dikongsikan bersama, bermacam-macam perkara yang terjadi, bermacam-macam kisah yang tidak mampu nak diungkapkan atau dicoretkan di dinding maya ini. Apa pun aku harus berdiri kukuh. Berdiri teguh untuk meneruskan perjuangan hidup ini. Seperti mana pokok ru diatas, walau ada dahan yang patah tapi dahan yang lain masih memerlukan batangnya. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain agar dapat terus berdiri kukuh.

Hmm aku harus bermula daripada mana? Kekadang aku juga buntu. Buntu kerna begitu banyak benda yang harus dihadapi. Kadang-kadang aku juga tersilap langkah. Kadang-kadang aku juga gopoh. Tapi aku harus bersyukur kerna benda yang terjadi itu hanya bersifat kadang-kadang dan bukannya selalu. 

p/s: Aku sudah lama tak join apa-apa contest. Rindunyaaa...
p/s/s: Aku berpuasa sunat hari ini. Melatih diri untuk Ramadhan yang bakal tiba. Semoga aku tabah dan sabar selalu.. 

Sunday, June 26, 2011

Coming soon...

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


p/s: Entri pendek..
Sama-sama kita nantikan entri penuh.. hehehe..
Saya kini masih berada di kampung halaman di Kg. Lohan, Ranau. Kemudahan akses internet agak terbatas di sini. So bila line da okay Insha'Allah saya updatekan entri ini nanti. Semoga berjumpa lagi...
 

Thursday, June 23, 2011

I'm gonna meet her tomorrow..

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Aku perlu packing.
Packing barang-barang yang wajib dibawa pada esok pagi.
Pakaian yang sudah dipakai harus segera dicuci.
Takut bila ditinggalkan lebih lama akan membawa kerugian.

Aku tak dapat mengulas panjang.
Aku perlu segera bertindak sebab malam kian larut.
Mata mulai redup.
Perut kekenyangan akibat diisikan dengan muatan yang lebih.
Kini mata semakin redup dan redup.
Udang masak merah tadi betul-betul menguji nafsu.
Kini bantal mulai mengoda.

Tidak!!
Aku perlu berkemas.
Checklist sudah disiapkan tadi petang.
Esok aku akan kembali ke kampung halaman.
Ya! Besok akan kembali ke Sabah buat kali ke-2 untuk bulan ini.
Untuk berjumpa mereka ini:-

Every closed eye is not sleeping, and every open eye is not seeing.
She is growing up day by day...
When Khadijah Az-Zahirah meet Fatimah Syarh Az-Zahra..
"A lovely kiss for her sister.."
Merekalah buah hati pengarang jantung aku.
Merekalah yang menghilangkan segala duka dan lara.
Merekalah 2 orang anak buahku yang tercinta.
Khadijah Az-Zahirah & Fatimah Syarha Az-Zahra.

Dihujung mingguku nanti.
Yakni pada hari sabtu.
Ada Majlis Cukur Jambu untuk si Fatim.
Aku perlu ada disana untuk merakamkan memori.

Oklah aku perlu mengundurkan diri.
Mengundur diri untuk mengemaskan apa yang patut.
Biarkan sahaja gambar-gambar ini bercerita.
Biarkan sahaja gambar-gambar ini menyampaikan maksudnya sendiri.

Oklah semoga berjumpa lagi.
Salam sayang buat korang semua!!
Wassalam...

Kesibukan!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Huuu.. baru punya kesempatan untuk mengupdate blog. Selama ada tugasan yang perlu diselesaikan. Aku perlu menjadi OP sempena Audit MPC 5S di Kementerian aku. Agak penat apabila tugasan ini bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 6.00 petang. Apa-apa pun aku enjoy dan banyak pengalaman dan ragam orang yang ditemui sempena sesi audit ini dijalankan. Namun begitu, aku doakan agar kementerian aku berjaya mengekalkan sijil 5S ini buat kali ke-3. Semoga berjaya!!

Hari ini aku perlu menyelesaikan lagi beberapa tugasan sebelum aku perlu kembali sekali lagi ke kampung halaman untuk Majlis Cukur Jambul anak buah aku, Fatimah Syarha Az-Zahra. Tapi agak menyedihkan apabila menerima perkhabaran yang kurang enak didengar bilamana mendapat berita bahawa bapa mentua abang sulungku telah terlibat dalam kemalangan. Kemalangan ini telah menyebabkan bahu dan tangan kanan bapa mentua abang aku yang juga aku panggil dengan panggilan bapa ni patah. Syukur Alhamdulillah beliau tidak cedera teruk.

Kemalangan ini disebabkan oleh sebiji batu sebesar bola sepak telah jatuh daripada sebuah lori lebih muatan yang ketika itu sedang memandu menuruni bukit dan beliau pula sedang memandu menaiki bukit. Anda bayangkan saja impak yang berlaku. Syukur Alhamdulillah beliau memandu kereta dari jenis Toyota sedan yang dah otai, yang mana body kereta itu adalah besi sepenuhnya dan sememangnya keras. Anda bayangkan saja jika waktu itu dia memandu Perodua Viva. Huuu dasyhat!

Satu lagi berita yang meresahkan, bila mendapat tahu Atuk aku sekali terpaksa ditahan di Hospital. Biasalah dah tua.. Hmm.. Semoga semuanya dipermudahkan.. Insha'Allah.. Oklah aku nak sambung buat kerja dulu. Insha'Allah ada kelapangan aku akan update entri yang seterusnya. Oh sebelum terlupa komen-komen yang anda semua tinggalkan dalam entri yang sebelum ini akan aku segerakan untuk reply. 

p/s: Actually pagi ni ada sesi ceramah Datuk Dr. Hj. Mohd. Fadzillah Kamsah tapi banyak pula kerja yang tak settle lagi. Huuu... 

Tuesday, June 21, 2011

Thanks Cik Dil For The Cute Doodle

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Assalamualaikum, selamat pagi semua..
Heee.. comel tak doodle ni? Comel kan.. Haaa.. kalau korang nak tahu doodle ni dibuat khas untuk EB tau. Hee.. Siapa yang buatkan? Haa tengok kat gambar doodle tu, ada link blogkan. "Kerana Manisnya Epal" atau lebih tepat lagi http://semanisepal90.blogspot.com/ adalah orang yang bertanggungjawab membuat doodle untuk EB. Dan untuk menambahkan lagi tahap kecemburuan korang kat aku, doodle ini telah dibuat khas untuk EB dengan penuh kasih sayang tau! 

Ribuan terima kasih EB ucapkan kat Cik Dil kerana berhempas pulas menyiapkan doodle yang comel ini untuk EB. Terharu sesangat sebab tak sangka Cik Dil sanggup buatkan doodle untuk EB, walaupun tanpa permintaan daripada EB. Terima kasih atas hadiah yang sweet ini. Apa-apa pun memang kena sayang Cik Dil ketat-ketatlah lepas ni. Tapi memang dah sayang kat Cik Dil bertubi-tubi juga.. Butang baju tu tak ada kira halallah tu. Butang baju tu transparent tu yang tak nampak tu.. Hehehe... 

So korang yang nak tengok lagi doodles yang comel-comel bolehlah tengok kat blog Cik Dil di laman blognya "Kerana Manisnya Epal". EB juga difahamkan yang Cik Dil Insha'Allah akan buat tutorial bagaimana nak buat doodle ni nanti. Jadi sama-sama kita nantikan tutorial tu okey. Nanti bolehlah ramai-ramai buat doodle. Mesti semua comel-comel macam yang Cik Dil buatkan untuk EB ni.  Mata EB molat, EB suka. Hehehehe.. Fighting Cik Dil!!


p/s: Tadi ada pengumuman mengenai kematian salah seorang anak kepada kakitangan di kementerian saya ni. Jadi marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Al-Fatihah.... Amin..

Monday, June 20, 2011

FO Borneo | Talent Photoshoot

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Selamat pagi korang semua. Huu aku baru sahaja kembali dari Perhimpuan Bulanan (Bulan Jun) Kementerian aku. Agak lenguh kaki ini berdiri agak lama. Nampak sangat aku dah kekurangan stamina. Mana taknya badan ini dah lama tak aktif bersukan mengeluarkan peluh-peluh jantan bukan betina. Oklah hari aku nak kongsikan dengan korang aktiviti-aktiviti yang aku jalankan semua sepanjang percutian aku (10 - 15 Jun 2011) ke kampung halaman aku baru-baru ini.

Ok seperti yang aku pernah beritahu korang antara aktiviti yang ingin aku buat sepanjang aku berada di Sabah adalah outing bersama-sama dengan bebudak Focal Oblique Borneo. Syukur Alhamdulillah outing ini berjaya dijalankan walaupun agak kelam kabut sedikit perancangannya. Outing ini sepatutnya diadakan pada hari Sabtu namun ada masalah yang tidak dapat dielakkan kerana talent yang sepatutnya dishooting terpaksa segera balik kerana ada urusan keluarga dan talent yang lain tidak dapat dihubungi.

Tapi syukur Alhamdulillah, pada hari Ahad keesokannya sesi photoshoot ini berjaya dijalankan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada talents aka my cousin, Faiqah & Sufy dan tidak lupa juga kepada Dang dan Ash yang turut menjadi talent pada hari itu. Terima kasih juga diucapkan buat FO Crewz yang turun menembak pada hari tersebut Hafidz, Hafizi dan Adznor (my lil' bro).

Ok jom layan gambar-gambar masa photoshoot hari tu:-

Teaser | The Talents
Talent: Faiqah
Talent: Sufy
(My cute lil' cuzzy ini juga merupakan seorang blogger, so anda semua
bolehlah terjah blog beliau dengan hanya klik pada nama beliau di atas..
Banyak tips kecantikan dalam blog beliau.. Hehehe..)
Talent: Ash
Talent: Dang
Camera: D90 (2 body)
Lens: 50mm f/1.8 & 18-105mm f/3.5
Reflector 5 in 1
Canon 580EX II Speedlight 
Phottix Aster (PT-V4) Wireless Flash Trigger Set (Radio Wave & Optical Trigger 2-in-1) (1 x Trasmitter + 2 x Receiver)

Ok 5 keping gambar buat entri yang pertama ini. Untuk gambar yang seterusnya sila tunggu  entri yang ke-2 nanti. Oh ya, bagi sesiapa yang nak lihat wajah kekasih baru aku, anda semua boleh tengok gambar beliau dalam entri INI. Cantik tak cantik, comel tak comel korang tengoklah sendiri. Hehehe...

p/s: Semalam outing dengan bebudak FO semenanjung pula. Gambar menyusul kemudian..

Saturday, June 18, 2011

I Heart Her!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Dulu aku pernah berjanji benda ni kat korang semua, so dikesempatan ini aku nak lunaskan janji aku kat korang semua pasal benda ni. Sebelum tu aku nak minta maaf sebab baru terupdate  blog aku ni. Bukan aku tak nak update tapi ada benda yang perlu aku settlekan terlebih dahulu. Sorry ye.. Ok straight to the point, aku nak kongsikan dengan korang gambar kekasih baru aku (aku pernah cerita dalam entri INI).

So inilah kekasih hati aku yang baru, yang lahir pada 17hb Mei 2011 di Ranau, Sabah. Dengan lafaz bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm aku mempersembahkan gadis yang cintai, Fatimah Syarha Az-Zahra bt Mohd Aminor..


Orang Lama | Orang Baru
Sorry, I nak tidur dulu.. Penat u..
Daddy, he is my uncle right??
Aku berlindung untuk anak ini dengan kalimat Allah Yang Sempurna
dari segala gangguan syaitan dan gangguan binatang serta
gangguan sorotan mata yang dapat membawa akibat buruk
bagi apa yang dilihatnya. (HR. Bukhari)


p/s: Sorry guys for the delay update.. So so sorry and I really meant it..

Thursday, June 16, 2011

I'm Back!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Mohon sejuta kemaafan kepada anda semua. Sorry sebab tak terupdate blog dan komen-komen korang semua lambat aku reply. Apa-apa pun kini aku dah kembali untuk memeriahkan dan menceriakan semula blog yang korang dan aku rindui ini. Sekali lagi ampun maaf dipinta atas kesulitan ini. Sorry ye korang semua dan sorry ye Cik Dil!


Entri ringkas ini sekadar pemberitahuan bahawa saya telah kembali semula ke tanah semenanjung untuk menjalankan tugas yang menjadi sumber rezeki saya dan akan terus menconteng dinding blog saya ini untuk bercerita dan berkongsi dengan anda semua. Insha'Allah selepas ini andai masa tidak mencemburui dan saya mempunyai kelapangan waktu, saya akan updatekan entri-entri baru dari masa ke semasa. Saya akan hidangkan anda dengan pelbagai juadah cerita dan resipi gambar yang menarik selepas ini.

Okaylah saya nak berehat dulu ye. Cik Dil dah beriya-iya suruh rehat tadi. Siap suruh iron baju esok pagi je. Hehehe.. Ok Cik Dil roger that! Okay cau! Assalamualaikum..

Thursday, June 9, 2011

I'm Flying!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Sorrylah mood nak balik kampung dah membuak-buak jadi korang layanlah gambar-gambar udara aku ni okay. Hehehe.. tak nak cakap banyaklah. Korang tengoklah gambar-gambar kat bawah ni ye. Kalau ada penambahbaikan korang tegur-tegurlah ye. Jangan malu jangan segan. Kritikan itu baik untuk peningkatan mutu gambar saya.






p/s: Sesiapa yang ada pengalaman manis/pahit pasal naik kapal terbang ni sila-silalah kongsikan dengan saya ye..



In The Mood of Balik Kampung!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Yahoo.. Besok aku dah nak balik ke Sabah dah. Malam ni aku kena packing barang-barang yang patut dibawah bersama. Kena buat checklistlah gamaknya. Korang kalau pergi travel buat checklist tak? Huu dulu-dulu aku memang haram jadah nak buat checklist bagai ni. Tapi bila tak buat macam-macamlah benda nak tinggal meninggal. Tu yang aku berubah menjadi baik dan membuat checklist setiap kali aku pergi mana-mana, lagi-lagilah dalam jarak perjalanan yang jauh.

Tapi kali ni aku hanya membawa barangan asas saja. Kalau ikutkan hati banyak benda nak bawah balik ni tapi kang terlebih kopak juga wallet ni nak membayornye. Aku sedang mencari-cari sling beg yang sesuai untuk aku isikan pakaian dalam aku. Satu lagi beg dah penuh dengan barang-barang kamera dan laptop yang beratnya dah macam melebihi 5kg. Aku tak meminta perkhidmatan luggage sebab agak tinggi bayaran perkhidmatannya. So semua benda aku kena hand carrylah jawapnya. Takpelah tawakal je.

Apa pun tak sabar nak balik.. Rindu kat family semua.. Rindu nak makan beramai-ramai.. Rindu nak tengok muka mama dan bapa.. Aku sengaja tak tengok wayang-wayang yang baru keluar beberapa minggu ni sebab aku nak tengok dengan adik-adik aku. Kira nak belanjalah ni. Lagi pun tengok wayang kat sana lebih murah berbanding tengok kat   panggung sini. So bolehlah dimanfaatkan lagi duit gaji aku ni untuk adik-adik aku. Betul tak?

Hmm balik ni nak kena arrange pula dengan cousins yang cantik, cute dan rupawan untuk ditembak. Harap-harap mereka semua mempunyai kelapangan masa. Tapi yang lebih penting nak shoot si Fatim montel. Dia antara tujuan utama aku nak balik Sabah. Fatimah Syarha Az-Zahra tunggu uncle balik ye.. 

Oklah korang doakan saja aku selamat pergi dan selamat kembali ya. Doakan juga agar dipermudahkan segala urusan aku nanti. (Aku rasa macam aku pergi Haji pulak dah) hahaha.. Oh sebelum tu, aku nak inform kat korang semua, disepanjang hari percutian aku nanti aku mungkin tidak berkesempatan untuk mengupdate entri dek kerana kawasan perumahan aku masih tidak mempunyai akses internet. Ntah bilalah TM akan selesaikan permasalahan ini. Sabar je la. Tapi Insha'Allah kalau broadband adik aku tidak meragam dapatlah aku update entri dari masa ke semasa. 

Wednesday, June 8, 2011

Kusut!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Malam ini aku cuba untuk tidur awal. 
Berjaya ke? Nampaknya tak!
Merasa sedih andai blog tidak ditempekkan dengan sesuatu yang baru.
Cik Dil dah marah EB dah tak rajin update blog.
Dia kata EB sangat-sangat busy sekarang ini.
Maaf bukan tak nak update cuma memang betul-betul busy Mera Dil.
Sebenarnya ingin bercerita akan sesuatu.. tapi..
Mm abaikanlah. Cik Dil rindu EB katanya..

Hari ini banyak sangat blogwalking ke blog orang lain.
Macam-macam cerita yang dibaca.
Tapi yang banyak adalah pasal politik dan artis.
Paling tak suka bila politik ini melibatkan agama.
Rasa buruk bebenor rupenye.
Hmm tak faham dengan perjuangan mereka.
Yang paling sedih bila tengok doa mereka.
Adui!!! Aku memang sedih dan menyampah melihat.
Aku kerdil maka aku hanya mampu membenci.
Nak tulis lebih-lebih, nanti dikatakan pula aku ni pro mereka.
Hmm.. Cukuplah sekadar aku tahu mana yang baik dan mana yang buruk.
Buang yang keruh ambillah yang jernih.

Bau lilin Abang Eq ni sungguh menenangkan.
Aku suka! Buat aku tenang dan rasa nyaman.
Jadi aku nak upload gambar untuk tatapan semua.
Kalau ada yang tak suka maafkan saya.
Apa aku merepek malam ni, aku pun tak tahu. 
Tapi bermacam-macam yang aku fikirkan sekarang ni.
Tak apalah kita bertenang dulu dengan melihat gambar.

My Human and Geometry photos:-
Jangan Pilih Jalan Hitam!
Akan ku gagahkan kaki ini melangkah hingga ke penghujungnya...
Kundasang War Memorial Park | Aku dalam mood merindukan kampung halaman
Aku minta diri dululah. Ingin mengotakan janji kepada diri untuk tidur lebih awal daripada biasa. Terasa amat malas untuk mengiron baju ketika ini, so mengambil keputusan untuk iron baju pada esok pagi. Juga sebagai alasan kepada diri sendiri untuk bangun awal esok. Besok hari Khamis, kena pakai batik! Tapi aku tak pernah pakai batik pada hari Khamis. Lantaklah! Oklah gua minta diri dululah..

Assalamualaikum.. Jawab sayang.. Tak jawab dosa!

Aku Dapat By Hand Lagi Tau!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Selamat pagi semua. Jangan lupa sarapan! Okay ni nak kongsi kat korang semua cerita semalam ni. Semalam lebih kurang pukul 2.00 petang saya telah mendapat satu panggilan telefon yang bernombor tapi tidak bernama. Mmm cuak tapi saya jawab juga panggilan itu. Berikut adalah perbualan telefon tersebut;

"Hello.. Assalamualaikum.. Ini EB ke??" pemanggil itu bertanya.
"Waalaikumusalam. Ye saya.. Mm ini siapa ek??" saya bertanya pula kepada pemanggil tersebut.
"Oh.. Ni Abang Eq ni.." dia menjawap.
"Abang Eq.. Siapa ek??" aku musykil.
"Ni Abang Eqbal ni.. Eqbalzack.. Blogger.. Ingat tak??" dia menerangkan.
"Oh Abang Eqbal.. Ingat.. Ingat.." aku agak teruja menjawap.
"Haa ni Abang Eq nak tanya, EB sekarang ni katner ek??" Abang Eq bertanya.
"Oh sekarang ni kat office bang. " aku menjawap.
"Office EB katner ek?" dia bertanya lagi.
"Office saya kat Putrajaya bang. Kat Kementerian Kewangan bang." aku menerangkan.
"Mm okay macam ni, abang dah on the way nak ke Putrajaya. Abang nak hantar hadiah kat EB ni. Boleh tak EB SMS alamat office EB? Nanti bila abang dah nak sampai abang sms EB okay." Abang Eq menerangkan dengan pantas.

Perbualan kami terhenti di sini dan bersambung ke SMS disebabkan Abang Eq perlu memandu dan sedang mengejar masa.

Hadiah apa yang aku dapat ni? Sempena apa? Siapa Abang Eq ni??

Haa rasanya semua orang dah kenal siapa Abang Eq ni sebenarnya. Seorang blogger yang sangat-sangat baik hati dan peramah. Yang mana beliau merupakan seorang tutor dan PhD Research Student di UPM sekarang ini. Hanya kerana ingin menyampaikan sendiri hadiah-hadiah kepada semua peserta dalam GiveAway "I Light U" anjuran beliau, dia sanggup mengambil cuti untuk memastikan kesemua pemenang yang bertuah mendapat hadiah yang telah beliau janjikan. Aku memang respect beliau!!

So kepada sesiapa yang nak berkenalan dengan Abang Eq ni anda bolehlah ke blog beliau dengan hanya klik pada header blog beliau dibawah ini. Untuk pengetahuan anda semua, header dibawah ini adalah header terkini Abang Eq. Cantikkan!! Jeles ni. Nak buat macam ni jugalah. Hehehe.. Dan kepada mereka-mereka yang dah berkenalan dengan Abang Eq rasanya tak salah jika kita nak merapatkan lagi silahturrahim antara kitakan. Jadi jom terjah!! Yahoooo...


Terima kasih bebanyak Abang Eq, terharu giler boleh jumpa Abang Eq face to face. Gilalah wei!! Dah lama berniat nak jumpa Abang Eq ni actually. Alhamdulillah ada juga rezeki nak berjumpa. Apa-apa pun thanks so much for the love present Abang Eq!!! Gua sayang lu Abang Eq!

p/s: Untuk melihat hadiah apa yang saya menenangi anda boleh lihat di SINI!
p/s/s: Untuk melihat entri yang memenangkan saya anda boleh lihat di SINI!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...