K A W A N

Wednesday, May 4, 2011

I ♥ My Daddy!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Hai semua, aku baru balik dari jumpa Client tadi. Insha'Allah kalau ada rezeki adalah sesuatu yang best untuk aku kongsikan kat korang semua. Terutama sekali kepada yang perempuan. Benda ni baik punya. Mungkin tak segempak orang lain tapi gempak jugalah bagi diri sendiri dan Client. Insha'Allah bolehlah maju setapak lagi.

So malam ni apa pula nak kongsikan dengan korang?? Okay tajuk entri kat atas "I ♥ My Daddy" so mestilah mengenai Daddy/Abah/Ayah/Bapa/Baba/Papa/Abi atau apa saja panggilan bagi seorang lelaki yang sudah mempunyai anak. Mungkin ada bapa yang tak banyak cakap, ada yang garang gila, ada yang selalu tak ada kat rumah dan bermacam-macam lagi. Ada yang baik dan ada yang kurang baik, tapi semestinya semua cenderung ke arah kebaikan dan semuanya pasti yang terbaik!.

Pasar Tani | Sabar sayang, Ummi tak abis beli barang lagi..
Aku sangat merindui bapa ku tika menaip entri ini. Mungkin bapa ku tak macam bapa-bapa yang lain. Bapa aku sangat garang semasa aku kecil dulu. Apa saja yang aku minta tak akan mudah untuk dia tunaikan. Bapa aku tak bagi aku duit belanja yang banyak. Bapa aku tak sporting macam bapa orang lain. Bapa aku sentiasa mengawal gerak geri kami. Bapa aku tak suka kami berkawan dengan sembarangan orang. Bapa aku tak pernah belikan basikal walaupun aku dapat No.1 dalam kelas. Bapa aku tak pernah nak belikan HP. Bapa aku tak up to date macam bapa orang lain.

Pasar Tani | Ada 3 kerutan di dahi
Tapi kini bila aku dah besar, barulah aku faham kenapa bapa aku bersikap sedemikian. Kenapa dia sangat-sangat garang? Sebab dia tak nak kami naik kepala, dia nak kami belajar erti hormat pada orang yang lebih tua. Kenapa dia tak nak belikan basikal? Sebab dia tak nak aku merempit macam budak-budak kampung yang lain. Lagipun kawasan rumah kami dekat sangat dengan jalan raya, jadi memang sangat-sangat merbahaya untuk berbasikal. Kenapa dia tak bagi kami kawan dengan sembarangan orang? Sebab dia tak nak kami terpengaruh dengan benda-benda buruk. Kenapa bapa aku nampak kedekut? Bukan kedekut sebenarnya tapi dia nak kami berusaha untuk mendapatkan sesuatu benda itu. Bukan dengan hanya meminta tapi perlu disertakan dengan usaha yang jitu.

Pasar Tani | Anak-anak ayah nak makan apa?
Kini bila kita dah besar, dah boleh berfikir dengan bijak dan matang barulah kita tahu setiap apa yang ibubapa kita buat pasti ada hikmahnya. Banyak kesinambungannya, banyak maksud tersirat dan tersurat yang pada masa kecil dahulu kita tak pernah faham dan kini Alhamdulillah kita faham akan maksudnya "KENAPA TAK BOLEH?". Bagi aku bapa aku adalah bapa yang terbaik, tiada gantinya. Dialah segala-galanya. Semestinya dia yang TERBAIK sampai bila-bila.. I love you Daddy!!..

p/s: I miss my family..
p/s/s: Gambar okay tak? Candid Pasar Tani, Presint 2, Putrajaya

Tuesday, May 3, 2011

Sakit Mental!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Hehehe tajuk entri bukan main lagikan. Sorry guys bukan nak jerat korang dengan tajuk entri yang bukan-bukan tapi memandangkan esok aku akan mendengar ceramah mengenai "Sakit Mental". So entri ini kira nak inform kat korang semualah. Bukan apa kesian kat sahabat-sahabat bloggers yang nak baca entri terbaru daripada blog aku ni tapi buka-buka je tak ada apa-apa yang baru. So tak bestlah kan macam tu. Jadi supaya korang tak tertunggu-tunggu dan bosan tak ada entri baharu, so malam ni aku updatelah okay.

Pasal ceramah "Sakit Mental" ni nanti lepas dah dengar barulah aku kupas pasal ceramah tu okay. Yela tak dengar lagi macamana nak kupas. Sebenarnya aku dah ngantuk sekarang ni. Tak tahu kenapa, awal pula aku ngantuk malam ni. Selalunya jam 1.00 pagi baru reti nak tidur. Mungkin penat sebab terlalu banyak gambar yang perlu di edit. Hehehe korang ingat edit gambar ni tak penat ke? Mata dan otak lah anggota yang paling penat. 

So sebelum aku meminta diri untuk beradu, bukan nak beradu tenaga tapi aku nak tidur. Aku hidangkan korang semua dengan sekeping gambar untuk sajian tengah malam ni. Oraitss.. Oh sebelum tu, gambar ini sebagai ganti kepada gambar penenang hari tu dalam entri INI. Memandangkan gambar dalam entri itu tak cukup tenang, jadi gambar ini adalah gantinya. Semoga kalian semua tenang sentiasa. Okay! Selamat MALAM!

Alamanda  | Putrajaya

p/s: Jat | Cik Dil | zeeck | Ngiau | Budak Gemuk | Momoy | gambar ni menenangkan tak??

Hari Cutiku..

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Waa.. Maafkan aku sahabat-sahabat kalian, aku baru berkesempatan mengemaskini EB's Wall ini. Tuan punya blog sangat-sangat menghargai cuti yang diberi, menikmati dengan seenak-enaknya cuti sempena Hari Buruh. Oleh itu, secara langsung menyebabkan blog beliau turut dicutikan. Maaf ye kengkawan semua. Mohon maaf sesangat.

Jadi ke manakah destinasi anda semasa cuti 3 hari yang lepas? Mesti ramai yang mengambil kesempatan untuk balik ke kampung halaman bukan? Berjumpa dengan Ibubapa yang sudah lama tidak bersua muka, hanya sempat bercerita di telefon bimbit sahaja pasti tidak memadai. Tapi tidak pada aku, aku belum berkesempatan untuk bersua muka. Hanya teknologi yang mendekatkan aku dengan keluargaku buat masa ini. 

Bercuti ke tempat-tempat yang indah pastinya menjadi alternatif terbaik untuk menenangkan tekanan semasa bekerja mahupun tekana semasa belajar bagi yang masih menuntut ilmu. Ada yang masih gigih mengingat formula mahupun fakta kerana peperiksaan tak habis lagi dan ramai juga yang sudah berjimba-jimba menikmati berakhirnya peperiksaan.

Aku pula? Aku tidak ke mana-mana. Masih berada di bumi Allah. Masih berpijak di kawasan Putrajaya. Mengusung beg galasku yang sarat dengan kamera dan laptop ke mana saja ku pergi. Niat hati nak saja ditinggalkan di dalam rumah, tapi bila teringat rumah member yang dipecah masuk. Azamku mengalas beg itu ke sana-sini lebih kuat dari Encik Azam (bukan nama sebenar). Akan ku usung ke mana jua kerna ku tak sanggup berputih mata.

Taman Saujana Hijau | Menanti Sore
Tapi dengan melihat gambar di atas, aku merasakan kegigihan dan susah payahku mengusung beg yang berat itu ke mana sahaja, sungguh berbaloi-baloi. Tidakkah begitu sahabat-sahabatku?? Apa pendapat anda? 

Monday, May 2, 2011

Aku Feed Up!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Hai semua.. Apa khabar? Aku rasa dah lama aku tak mulakan ayat dengan bertanyakan khabarkan. Yela ayat lazimkan, so kekadang jadi boring hehehe. So korang buat apa sekarang ni? Aku teramat-amat boring sekarang ini. Sudah 2 movie China aku abiskan. Nak tengok lagi tapi dah rasa muak. Korang ada papa cadangan tak?

Tadi sekali lagi aku cuba untuk membeli tiket secara online dan buat kesekian kalinya juga gagal. Aku pun tak tahu kena. Nak tengok Fast and Furious 5, tiket asyik sold out ja. Ada pun tempat duduk yang tak best. So tukar kepada Thor, Thor pun 2x5=10 juga. Aku tak tahu kenapa asyik failed je transaksi aku dari tadi. Setelah banyak kali gagal, mood nak menonton pun dah hilang. Aku dahlah malas nak berbaris nak beli tiket. Deng!

So untuk menghilangkan kebosanan, maka aku pun editlah sekeping gambar ni. Secara tidak langsung boleh menjadi terapi untuk aku tersenyum sendiri. Tapi aku pasti kalau korang tengok gambar ni, korang pun pasti akan rasa tenang. Nak tahu apa gambar tu? Ok jom tengok gambar kat bawah ni:-


So korang rasa gambar ni lawa tak? Tenang tak tengok gambar ni? Kalau tak cukup tenang nanti aku try upload lagi gambar yang lebih menenangkan. Hehehehe.. Oraits.. Tu je buat kali ini. Aku nak minta cadangan korang ni, nak buat apa ni ha? Aku dah boring gila dah ni..

p/s: Nak p shoppinglah, mereka kata itu terapi.. Betulkah?

Sunday, May 1, 2011

My 600 Spartans!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Yeah!!! My 600 spartans finally reveal!!
Sorry to my 600 spartans because I took a lot of time to do the entry for you.
So entry petang ni adalah untuk memperkenalkan follower aku yang ke-600.
Tapi sebelum itu aku ingin memohon maaf kepada follower aku yang ke-600 ni sebab lambat sangat buat entri pasal kamu. So setelah selesai mengedit gambar kamu yang comel itu maka di petang yang indah ini aku akan uar-uarkan kepada semua KAMU, follower aku yang ke-600.. Yeah!!! 


So ini dia Cik Ngah, follower EB yang ke-600!!! Yeah..
Comelkan dia. Gambar ni masa dia kat London dulu. Hahaha tipu je..
Jadi EB nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Ngah kerna sudi menjadi rakan blogger EB dan paling penting Cik Ngah bertuah menjadi follower EB yang ke-600. Terima kasih bebanyak. EB minta maaf EB tak ada hadiah yang special macam blogger-blogger lain untuk follower mereka. Hehehe. Tapi anggaplah entri ini sebagai hadiah buat perkenalan kita ye Cik Ngah. Insha'Allah kalau ada rezeki lebih bolehlah kita jumpa dan EB belanja ternak lemak okay??


So kepada rakan blogger yang lain atau siapa sahaja yang terbaca entri ini, bolehlah kiranya anda ke blog Cik Ngah ini untuk berkenal-kenalan dengan beliau. Jangan risau Cik Ngah ni peramah orangnya (mana ada blogger yang sombongkan.. hehehe..) Selain itu, korang kalau nak belajar memasak atau tak tahu nak masak apa, haaa korang pergi blog Cik Ngah, ada bermacam-macam menu masakan yang dia kongsikan. Tak caye?? Pegi terjah!
Selain tu banyak juga kisah hidup Cik Ngah yang dia kongsikan yang best untuk dibaca.

Kalau korang nak berkawan dengan Cik Ngah anda semua boleh add beliau disini:-

p/s: Thanks so much Cik Ngah. I'm sorry for the delay entry..
p/s/s: Nak pi panjat bukit dulu.. Nak tembak sunset.. Nak join??

Aku Tambah-Tambah!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Pagi tadi, masa dihabiskan dengan bermuka'buku dengan rakan-rakan dan diselang-selikan dengan mengedit gambar. Pabila boring email dibuka, check kalau-kalau ada rakan bloggers yang memberikan komen pada entri. Selesai mereply kesemua komen-komen yang ada, terus ke blog dan cek kalau-kalau ada tag daripada rakan bloggers. Ternyata ada 1 tag untuk Contest, maka segera disiapkan, takut terlambat dan terlupa.

Selesai menyiapkan entri untuk Contest tersebut, sekali lagi terasa amat boring dan memasang niat untuk keluar menghirup udara segar. Lagipun kepala dah pening buat editing untuk album "I Love My Daddy". So decided nak ke Alamanda, Putrajaya. Sebelum itu, logon ke GSC, check apa wayang-wayang baru minggu ini. Mmm.. ada movie 'Fast and Furious 5" Menarik! Cuba membeli tiket secara online tapi dah 5 kali failed.. Deng! Aku feed up! Lantas bersiap ke Alamanda untuk beli tiket secara manual.

Sesampai di Alamanda, terlupa apa tujuan asal ke sana. Asyik menekan shutter, TERGODA pabila melihat pelbagai moment yang menarik untuk dirakamkan. Ada bertembung dan berjumpa beberapa orang rakan yang masing-masing bertanyakan soalan yang sama "Eh B, seorang je kah?". Hehehe layan. "YA seorang je, tak mungkin seekor"..

Round punya round punya round tetiba stuck kat sebuah booth ni.
Waa colorful, cute, zhen ke ai, aku terfikir nak buat sesuatu kat kamera aku ni.
Hehehe nak tambah aksesori sedikit supaya dia kelihatan lebih mantap!
Terasa amat kosong tanpa sebarang penambahan, mungkin lepas ni akan lebih cun lagi.
So korang nak tengok apa yang aku tambah pada kamera aku? Hahaha..

Jeng.. Jeng.. Jeng..

EB's
Takde apa pun sebenarnya, just buat benda tak berfaedah ni je. Hehehe..
Inilah terjadi kalau dah boring. Tak pasal-pasal buang duit untuk benda ntahpapantah ni.
Btw cute jugakan.. hehehe.. Selamat berhujung minggu semua!


p/s: Tadi masa kat bus stop ada perempuan buat business tudung (shawl) minta ambik gambar tudung-tudung beliau. Aku ON! Takde hal!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...