K A W A N

Wednesday, May 18, 2011

Aku Kekasih Yang Tak Dianggap..

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.



Aku ingin menjadi mentari, tapi sayang aku tak menghangatkan mu..
Aku ingin menjadi pelangi, tak sayang aku tak memberi warna dalam hidup mu..
Aku berharapa akulah sang bulan, tapi sayang aku tak mampu menerangi malam mu..
Aku hanyalah bintang yang hilang ditelan kegelapan..

Sebagai kekasih yang tak dianggap..
Aku hanya bisa bersabar dan terus bersabar..
Aku yakin dan aku berharap kau akan berubah..
Insha'Allah..



p/s:-
Jiwa tak berapa tenteram. Banyak kemusykilan yang melanda, banyak kekusutan, banyak permasalahan yang perlu ditempuhi. Seakan-akan semua yang dibuat adalah suatu kesilapan. Bersabar dan terus bersabar. Berdoa dan terus berdoa agar aku tidak lekang dari mendapat hidayah Allah.. Sedarkan diri ini adalah ujian Allah.. 


p/s/s:-
Blogspot mula kacau semula, kini tak boleh nak follow pula.
Hmm dugaan.. dugaan.. Apee pun tak boleh!! Kemonlah!! Sabar ye semua..
Aku follow siapa yang follow aku lepas blogspot dah ok.. Orite!!

Tuesday, May 17, 2011

Urban Outing with Bro MNj

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Hai semua.. Adoi sekarang ni semakin menjadi-jadi perangai, dah asyik tak berkesempatan saja nak meng'update' blog. Huuu.. Maaf ye kengkawan semua, semua-semua ini bukan aku sengajakan tapi sememangnya aku mempunyai agenda yang lain yang lebih penting. Bukan korang tak penting tapi ada benda yang perlu aku hadiri dan lappy pula tak boleh/tak perlu dibawa bersama.

So dalam entri aku sebelum ini, aku ada mengatakan aku ada shooting modelkan? Jadi dalam entri ini aku akan paparkan beberapa keping gambar untuk hidangan pancaindra korang semua. Jikalau ada kekurangan atau pun penambahan sila lah ajukan, ya kengkawan semua. Sesungguhnya komen-komen anda amat saya hargai dan merupakan sokongan serta dorongan anda kepada saya secara tidak langsung. Terima kasih!

Sebelum tu, aku nak cerita sikit pasal Mini Outing ini. Okay pada 15 Mei 2011 bersamaan dengan hari Ahad, aku telah mengikuti satu Mini Outing bersama-sama dengan seorang photographer yang sangat berpengalaman dalam 'Model Photoshoot' iaitu Bro MNj atau nama sebenarnya Mohd Noh Jalaludin. Outing kali ini dinamakan sebagai 'Urban Outing' dimana kami akan shoot model-model ini di kawasan-kawasan bangunan bukan di taman-taman bunga sepertimana kebiasaannya. Bro MNj kata dia dah muak nak shoot kat taman-taman bunga.

Talent: Xuera Lildamsel
Seramai 30 orang photographers yang memang sempoi dan tak sombong, serta 3 orang model yang memang cukup-cukup jelita terlibat dalam 'Urban Outing' kali ini. Photographer yang datang dari pelbagai peringkat umur dan genre masing-masing, semuanya bersatu dalam outing ini.  Berkongsi ilmu serta pengalaman yang tidak ternilai harganya. Dan apa yang penting hubungan persahabatan yang terjalin dalam mini outing ini. Memang seronoklah! "Photography make us Family!!"

Talent: Nia Nadia Santos
Ribuan terima kasih kepada Bro MNj atas tunjuk ajar yang diberikan. Semoga dapat dibuat lagi Mini Outing seperti ini di hari yang lain. Bro MNj memang seorang sifo yang sangat-sangat baik dan humble orangnya. Gua respect lu Sifo! Terima kasih atas tunjuk ajar dan silalah tunjuk ajar lagi. Terbaek Wok!!!

Talent: Siti Aisyah Masri
Okaylah enjoy dulu 3 keping gambar ini. Insha'Allah saya akan update lagi gambar-gambar yang selebihnya dalam entri yang akan datang. Tapi anda juga boleh melihat gambar-gambar yang selebihnya di Facebook atau di Flickr saya. Silalah berbuat sedemikian rupa okay! Jangan lupa komen ye..

p/s: Nak tidur dulu.. Terasa amat-amat penat baru balik dari 'Kids Phootshoot Outing' sepatutnya tapi terpaksa buat 'Outing doBoh' dengan kawan saya Mork Kenji. Kenapa tukar 'Outing doBoh'?Haaa.. besok saya cerita.

p/s/s: Lepas 'Outing doBoh' saya keluar pula untuk 'Lawatan Tapak ke Tasik Cyberjaya' dengan Abang Pejai, shooting lagi!! Huu penat.. Tidur dulu ye kengkawan semua.. Daaa.. Selamat malam semua.. 

Monday, May 16, 2011

Aku Dah Tak Putih Lagi!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Fuh!! Terasa amat lama tak meng'update' entri di blog ini. Semenjak blog mulai meragam hari tu, banyak peristiwa-peristiwa yang nak dikongsikan terbantut untuk dikongsikan dek kerna masalah tersebut. Idea-idea mulai hilang, nak draf entri pun tak dapat. Merasa amat kecewa tapi kini redha kerna ada hikmahnya disebalik kejadian.

Terlebih dahulu aku ingat memohon maaf kerna beberapa hari ini aku agak sibuk dengan kamera. So ini juga salah faktor kenapa aku tak dapat nak update entri. Aku ada beberapa event yang perlu aku sertai, 1st aku kena shooting sempena Pesta Sukan Perbendaharaan (Pertandingan sempen 'Kempen Senyum') di UKM, Bangi, 2nd aku ada Mini Outing dengan Bro MNj (Urban Outing) di Perbadanan Putrajaya, Putrajaya. Selain itu, banyak lagi event yang aku tak dapat sertai seperti Photohunting di PKNS, Silhouette Hunting di Terengganu, Outing di Zoo Negara dan bermacam-macam lagilah. Mohon sejuta kemaafan dan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjemput.

Dua hari, di hujung mingguku diisi dengan aktiviti menembak, maka hasilnya aku telah mendapat sunburn yang amat teruk.. Arrrrggghhh aku dah hitam dah tak putih lagi. Belang pada kedua belah tangan, sudah cukup menjadi bukti sunburn menyerang. Bahagian muka tak payah ceritalah. Dah confirm terbako! Aku terlupa nak pakai arm sock or baju long sleeve. Sunblock actually dah pakai tapi terbako juga. Nak tengok kat mana aku menembak??

UKM, Bangi
Haaa korang rasa mau tak terbako, menembak tempat yang lapang macam ni? Di serata tempat nak kena cover. Aku siap baring kat track lagi untuk dapatkan angle yang terbaik. Huu.. so korang semua ronda-rondalah dulu kat blog aku ni, kalau nak rondalah tak nak pun takpe. Aku tengah nak cari gambar yang sesuai untuk Pertandingan Fotografi sempena Kempen Senyum Perbendaharaan. Wish me luck guys. 

p/s: Miss you all guys... 
p/s/s: Siapa nak tengok EB shoot Model?? 

Thursday, May 12, 2011

GiveAway | 'I Light U'

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Sepatutnya entri untuk G|A ini sudah aku selesaikan pada tengahari tadi. Akan tetapi disebabkan kesibukan yang melanda secara tiba-tiba, aku langsung tidak berkesempatan untuk menyelesaikan entri ini. Ayat permulaan entri ini sebelum ini terpaksa di ubah kerna tidak lagi sesuai dengan situasi dan keadaan sekarang.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Okay ke perkara utama entri ini!
Aku telah ditag oleh saudari Nurr Kasih dalam sebuah G|A yang dianjurkan oleh En. Eqbalzack. G|A yang sangat-sangat menarik dan sungguh membinggungkan aku untuk membuat pilihan yang terbaik memandangkan aku mempunyai ratusan gambar untuk dipilih. So sebelum ke peringkat yang seterusnya, jom lihat syarat-syarat serta hadiah-hadiah yang bakal dimenangi daripada G|A ini. Klik pada banner dibawah ini.


 


~ Ceritera Cahaya Kehidupan ~

"I light You"
Apabila kita asyik duduk termenung, memikirkan nasib diri di sini.. 
Merenung jauh mereka di sana, hidup penuh keseronokan dan kegembiraan..
Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya..

Ramai orang, tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya..
Selalunya orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, faktor kekayaan..
Tapi sedarlah, itu bukanlah kebahagiaan sebenar..

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang..
Dia tidak boleh ditahan dengan apa-apa tangan sekali pun..
Tiada siapa yang mampu menghalang ketetapan Allah SWT..

Apabila kita asyik mengeluh setiap kali kita ditimpa musibah..
Kita asyik mengatakan "Habislah aku kali ini!" Habislah aku kali ini!"..
Tetapi usia kita masih berjalan, kita masih lagi hidup dan menikmati kurniaan Tuhan..

Kita sering lupa kita masih mempunyai kehidupan di akhirat..
Masihkan kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini..
Bersyukurlah wahai diri ini..

Bersyukurlah dengan cahaya Ilahi ini..
Cahaya Ilahi yang tidak pernah hilang..
Untuk kita manusia yang sering lalai dan alpa.


I hope I can light you too Jayllytaa.

Wednesday, May 11, 2011

Aku Jumpa Faizal Tahir!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Huu.. Sungguh tak disangka akhirnya dapat juga aku bertemu dengan superhero idaman Malaya ini. Pertemuan yang tidak disangka ini berlaku dalam kegamatan orang ramai membeli belah. Syukur Alhamdulillah aku terperasaan akan kehadiran beliau. Berasa sungguh teruja sekarang ini. Ingin saja aku pekikkan namanya daripada jauh. Tapi aku takut jika kedengaran pekikan ku, pasti dia akan melarikan diri dan orang lain juga akan mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan beliau terlebih dahulu daripada aku. Jadi aku perlu mengambil langkah selamat dengan hanya berdiam diri. Aku setkan kamera ku ke setting yang sesuai dengan keadaan cahaya DAN aku rakamkan gambar beliau sebagai bukti kat korang semua.

So korang nak tengok tak gambar Faizal Tahir? Nak tengok tak? Haaa tengok kat bawah ni. Tapi janji jangan cemburu dan jangan marah tau. Tengok dengan senyuman bukan dengan amarah, nanti membawa bencana. So dipersembahkan Faizal Tahir!!!!!


Faizal Tahir versi perempuan!

Kacak bukan? Hehehe inilah Faizal Tahir versi perempuan. Sememangnya ramai lagi artis yang ada di Pasar Tani ni. Cuma kena rajin cari je. Kalau setiap hari Selasa dan Jumaat turun menembak pasti akan bertembung dengan 2 - 3 orang artis look alike. hehehe.. Jangan marah ye kita gurau-gurau je.. 

Btw, siapa kata di Pasar Tani tak boleh dapat gambar-gambar lawa? Kat Pasar Tani ni lah paling banyak moment yang best-best untuk di'captured'. Banyak gelagat-gelagat menarik yang boleh dirakamkan. Gelagat manusia yang bukan dibuat-buat tapi itulah realitinya. Tak rugi bukan aku usung kamera ku ke hulu ke hilir. Tak percaya dan nak tengok lagi hasil-hasil yang boleh dirakamkan di Pasar Tani? Tengok kat SINI dan SINI!

p/s: Sakit pula perut ni.. Adoi.. 
p/s/s: Cerita si Lina pasal "Siapa yang dapat beli??" tu memang best!! SALUTE..

Jalan Yang Lurus!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Perjalanan ini pasti ada dugaan dari-Nya..
Setiap kali aku melalui jalan yang lurus dan sudah kelihatan apa dipenghujungnya. Aku kerap berfikir adakah jalan yang lurus itu sentiasa lurus? Adakah jalan yang lurus itu tiada kerosakannya? Adakah jalan yang lurus itu tidak ada dugaan dan rintangannya? Adakah jika sudah berada dijalan yang lurus kita tidak akan sesat lagi? Adakah kita pasti akan selamat sampai dipenghujung jalan dengan begitu senang sekali? 

Jalan yang lurus semestinya akan lurus sampai bila-bila kerana kita sudah berada di landasan yang betul. Akan tetapi, tidak semestinya bila sudah berada di jalan yang lurus, kita tak akan sesat lagi. Contohnya seorang pelajar keluaran Universiti Islam, serba tahu dan mempunyai kefahaman yang tinggi mengenai agama Islam, beliau sudah berada dijalan yang lurus secara amnya akan tetapi beliau masih mampu dipengaruhi untuk mengikuti ajaran sesat.

Bila dilihat pada satu garisan lurus kekadang dipertengahannya ada juga kenampakan lopak air ataupun najis yang kita boleh fikir sama ada nak redah atau pijak sahaja atau kita boleh mengelak ke tepi. Itu pilihan kita. Kekadang ada juga terdapat kerosakan, kekotoran dan bermacam-macam lagi dipertengahannya sebelum kita sampai dipenghujung jalan. Banyak benda yang boleh memesongkan kita sebenarnya. 

Benarlah kata-kata ini "Kita merancang, Allah yang menentukan" tapi apa yang penting kita teruskan perjalanan itu. Kita kuatkan semangat dan terus menadah tangan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan dan diberikan semangat serta tabah untuk meneruskan perjalanan itu walau sesusah mana pun perjalanan itu. Tanpa sebarang dugaan dan rintangan pasti tidak akan indah lagi bermakna perjalanan kita. Inilah yang mengajar kita , inilah yang mendewasakan kita, inilah yang dinamakan PENGALAMAN!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...