K A W A N

Wednesday, December 29, 2010

Gembirakan Mereka | Part 2

Al-salāmu 'alaykum
"Selamat sejahtera ke atas kamu semua"

Selamat pagi kepada anda semua, semoga berada dalam keadaan ceria dan aman sentiasa. Tika saya mulai menaip entri ini saya telah dikejutkan dengan sesuatu bunyi yang nak kata menakutkan tidak juga, nak kata melucukan pun tidak juga. Hehehe.. bunyi itu datangnya dari seorang manusia yang terpaksa dirahsiakan identitinya demi menjaga keamanan dan keharmonian setempat. 

Ok kita lupakan mengenai bunyi-bunyi itu dan saya akan menyambung kembali entri saya mengenai lawatan saya sebelum ini ke rumah Anak-Anak Yatim dan Berkeperluaan, Darul bakti. Untuk mengetahui cerita dan gambar entri di bahagian pertama sila klik disini Gembirakan Mereka | Part 1. Di bahagian kedua ini saya akan mempaparkan lagi gambar-gambar aktivti sewaktu kami mengadakan lawatan ke sana.

Seperti gambar dibawah ini, kami telah menjalankan satu aktiviti yang dipanggil "Puzzle Time" dimana dalam aktiviti ini mereka (anak-anak yatim & peserta) saling berkerjasama untuk mencantumkan kembali gambar yang telah dipisah-pisahkan  untuk menjadi seperti gambar asal.


Untuk pengetahuan anda semua, semua makanan dan minuman semasa lawatan kami ke Darul Bakti ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak JPP, PKK. Selain urusan pembelian serta penyediaan bahan-bahan makanan dan minuman ini, pihak Urusetia juga dikehendaki memasak sendiri makanan dan minuman yang dihidangkan kepada anak-anak yatim ini.

Kami akan makan beramai-ramai bersama-bersama dengan anak-anak yatim dan pihak pengurusan Darul Bakti dan kami tidak akan membenarkan sebarang bantuan daripada pihak pengurusan Darul Bakti untuk membantu kami menyediakan bahan makanan dan minuman mahupun bantuan dari segi tenaga kerja. Ini adalah disebabkan kami juga mahu menghargai jasa mereka selama ini menjaga dan membesarkan anak-anak yatim ini. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Unit Pusat Islam, PKK kerana sudi meminjamkan peralatan dapur kepada kami. 

EB© | Thanks for the delicious foods and drinks Chef Debby

Gambar dibawah ini adalah wajah-wajah serta gelagat adik-adik yang kami raihkan ketika itu;
EB© | Ku simpan duka ku untuk ku teruskan hidup ini
EB© | Kegembiraan dalam kesedihan
EB© | Semoga kamu akan beroleh kegembiraan yang sebenar suatu hari nanti adik-adik ku
Ketika kami baru sahaja sampi ke Darul Bakti ini, wajah adik-adik ini begitu sugul dan penuh persoalan memikirkan apakah yang hendak kami lakukan bersama-sama mereka. Walau bagaimanapun, hati ini berasa begitu gembira melihat mereka mula menyesuaikan diri dengan kami dan mereka berasa amat-amat selesa dengan kehadiran kami disana.

Disebabkan entri mulai mendapat sambutan dan saya tidak menyangka saudari Ceyla dan saudara Vito suka akan entri saya ini (semua pun sukakan, bukan mereka saja kan.. hehehe..). Oleh kerana mendapat sokong daripada semua pihak, saya akan menyambung lagi entri ini ke Gembirakan Mereka | Part 3. Selain itu, ada banyak lagi gambar-gambar yang menarik ketika berada disitu yang ingin saya kongsikan kepada anda semua. Semoga berjumpa lagi di entri Gembirakan Mereka | Part 3. 

p/s: Terima kasih atas sokongan anda semua. Sayang kamu semua. Hehehe.. 
      Stay tuned untuk entri bahagian ke-3. 

7 comments:

anaeeim said...

Aku suka kerja mulia macam ni.
Aku x suka klu budak minx sedekah tepi jalan tu minx duit,yang pki smart2 ni dah la x sedekah skit pon,cemuh budak2 ni pulak.. Aku penah g rumah orang-orang tua n cacat sekali,sayu hati aku.. kat situ je la diorang hepi sbb ada kawan-kawan,tapi of cos dlm masa yang sama rindu gak kat family diorang..

by the way..aku 1st komen..muahahha

EB said...

Aku syg ko Vito..
Ko mmg teman maya aku yg tbaik..
Aku suka pd pndirian ko..
Aku suka ko tabah..
Ko jg risau bukan ko seorang ja loneranger..
Kita sama.. Yg pting hati kena baik.. hahaha..

Yupp aku pernah bt program ke rumah org-org tua jg.. tp syg masa tu aku xda kamera lg.. Hmm sedih beb.. ramai org tua ni dtnglkn oleh anak2 mereka..
xpa nnti aku bt entri pasal tu plak...
nnti aku critakn.. ko mesti excited mau dngr kn..
pngalaman bhrga yg aku dpt dsana.. hehehe..
thanks vito..
"saya sayang mama saya"

EB said...

Aku tlupa..
Aku stuju dgn ko..
Lau x sedekah pn x yala cemuh mereka..
Cukup la sekadar snyum dan gelengkan kepala..
X usah dtmbh dgn kata-kata cemuhan..
Lau mderma smbl tu kta niatkn sperti ini...
"Aku derma duit ini agar dosa org tua ku diringankn.."
Insha Allah dgn niat yg baik dan tawakal pd yg Maha Esa...

ceylaphotography said...

heeyy.nice blog dear...rasa mcm kt saner..tp kecian dorang..may b dorang igt..bila korang dtg tu..nk amik dorang jd anak angkt kot..kn dorang takut bila benda tu jd..takut pisah dr kawan2..walaupun suasana x seindah mana.tol x :)

EB said...

Ceyla:
Hee thanks so much..
A'aa mmg kesian kat dOrg..
Eb cuba nak siapkn gmbr time ktorg da nak balik tu la saat paling sadis eb rasakn.. Slh sOrg pserta kmi da sedih thp gaban da... rasanya gaban pn xda smpi rasa sedih mcm tu waktu gaban klh..
Lau pserta da sedih apa lg plk bdk2 yg kat situ kn.. mmg sedih.. Tu la pasal.. cian mereka..
tp mmg ada da yg bjaya..

hamzah ian said...

nice.. lu mmg bagus

EB said...

Makasi hamzah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...