K A W A N

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010 | Selamat Datang 2011


Al-salāmu 'alaykum
"Selamat sejahtera ke atas kamu semua"

Sejahtera ke atas kamu para pembaca, para sahabat, para bloggers dan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Dalam beberapa detik lagi tahun 2010 akan meninggalkan kita dan muncullah tahun 2011 menggantikannya. Syukur ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah kurnianya, saya masih berkesempatan untuk berkarya di alam maya ini. Syukran ya Allah. 

Tahun 2010 merupakan tahun yang begitu bermakna bagi diri ini, bermacam-macam perkara samada suka mahupun duka berlaku. Saya percaya bukan saya sahaja yang mengalami perkara seperti ini malahan semua manusia yang ada di bumi Allah swt ini. Tahun 2010 merupakan tahun yang banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar, bermacam-macam iktibar dan pengajaran yang telah saya pelajari. 

Begitu banyak rintangan dan dugaan yang Allah berikan untuk menguji sekuat mana hati serta jiwa ini menghadapi dugaan-Nya. MasyaAllah adakalanya diri ini hampir berputus asa, namun semua itu harus dihadapi dengan kekuatan iman serta amal. Bukan mudah untuk berada di syurga-Nya yang kekal abadi. Sedangkan baginda SAW yang telah dijanjikan syurga masih diuji dengan bermacam-macam dugaan yang sangat-sangat hebat. Apatah lagi diri ini hanya insan hina yang menumpang di bumi Allah. Insan hina yang tidak punya apa-apa keistimewaan mahupun kelebihan untuk tidak diduga dengan bermacam-macam rintangan dan dugaan daripada-Nya.

Diuji dengan kepercayaanku diragut, direntap dan disiat-siat oleh seorang rakan yang aku percaya dengan sepenuh hati ku untuk membina masa depan ku agar dapat aku membahagiakan orang tua ku tapi akhirnya menjadi sebaliknya. Pengalaman ini begitu menyakitkan dan akan ku jadikan pengalaman ini suatu pengajaran yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Mungkin ini kesilapan ku sendiri kerna tidak berfikir panjang terhadap tindakan ku sendiri. "Ya Allah janganlah Engkau biarkan diri ku diperbodohkan dan jangan juga Engkau biarkan diri ini memperbodohkan orang lain." 

Buat 'rakan' yang bukan sahabat itu, saya mendoakan agar hati mu mendapat hidayah dari Allah yang Maha Kuasa. Saya juga mendoakan agar Allah menunjukkan apa yang terbaik buat diri mu, sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu PASTI MAKBUL! Amin. Maaf atas doa yang agak kasar ini tapi hati ini hancur luluh dengan tindakan mu kawan!!. 

Dengan ini akan ku lupakan apa yang terjadi di tahun 2010 ini, akan ku jadikan semua pengajaran-pengajaran yang berlaku kepada ku sebagai pengalaman yang sungguh berharga dan tidak akan ku lupakan sehinggalah Sakaratul Maut! mencabut nyawa ku. Aku mengakhiri tahun 2010 ini dengan doa..


"Wahai Tuhan ku, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada 
perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum 
bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. 
Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi 
Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya 
aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang 
Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu."

"Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan 
Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah 
Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas 
penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka."






p/s: SELAMAT TAHUN BARU 2011 SEMUA!!

4 comments:

ANISRAHIM said...

Moga dimanfaat sebaik mungkin :)

Anisa said...

hai haii
selamat tahun baru.
rajin2 tido siang yee
hehe

EB said...

PG: Insha Allah..

EB said...

Anisa Hang Tuah:
Hai hai..
Selamat Tahun Baru juga..
Hehehe baiklah.. Tp mmg x suka nak tdo..
Buang masa.. hehehe.. bnyk benda yg blh buat lg.. hehehe.. lau mata da nak tlelap baru tdoq..
Papa pn smoga awak sihat slalu k..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...