K A W A N

Tuesday, October 26, 2010

OH 25!!

Assalammualaikum Wbt...


Waa.. rasanya memang dah lama giler saya tak post apa-apa pun kat blog saya ni kan..
Hmm sibuk dan bermacam-macam benda yang hendak diselesaikan dan difikirkan...


Ok kelmarin bersamaan 25hb Oktober 2010 juga hari Isnin...
Napa dgn 25?? Hehehe 25hb ni la hari yg paling mengumbirakan penjawat awam seperti saya..
Setiap 25hb kebiasaannya penjawat awam akan mendapat gaji setelah bertungkus lumus berkerja selama sebulan.. Pada 25hb ni la mereka akan mendapat ganjaran masing-masing mengikut gred dan pangkat masing-masing.. Ada yg b'gaji besar ada yg b'gaji kecik... Besar ka Kecik ka yg penting rezeki itu H.A.L.AL.. Tak begitu??


Dan buat pertama kalinya pihak Kerajaan telah menukarkan sistem penyata gaji yang telah digunakan selama bertahun-tahun lamanya.. Pihak Kerajaan telah mengunakan sistem baru dimana perkhidmatan slip gaji tidak lagi disediakn sepertimana sebelum ini pihak ANM (Akauntan Negara Malaysia) akan mencetak slip gaji kita kemudian diedarkan mengikut penerima.. Bermacam-macam feed back yg didengar.. Ada yang suka ada yang tidak (lumrah manusia.. mesti ada yang suka, mesti ada yang tak suka... Biasalah tu baru balance kan..)


Boss saya berkata..
"Hmm.. X best langsunglah cara mcm ni.. Tak praktikal, kita sudah berhempas pulas kerja sekali kita kena print sendiri pulak slip gaji kita.. Kerja-kerja remeh macam ni pun dOrg malas nak buat ke?? Mcm tak seronok plak rasanya.. Tak ada feel bila kena print slip gaji sendiri.. !!" 
Tu la kata-kata yg keluar dari mulut Boss saya yg sudah berkhidmat lebih dari sedekad dan lagi 2 tahun dia akan pencen... Yala mereka sudah dibiasakan dengan cara diberikan slip gaji setiap kali hujung bulan or selepas dapat gaji, sejak mereka mula berkerja lagi..


PA Boss saya plak menambah dan menceritakan semula pengalamannya pada waktu dahulu bagaimana gaji ini diberikan kepada pekerjanya.. Sngt menarik tau... Nak tahu?? Hehehe...
Akak tu bercerita..
"Kalau dulu-dulu kan.. Kalau time gaji ni best sngt tau.. Tau knapa?? (Akak ni bercerita dengan penuh semangat siap dengan mimik muka lg...) Sebab dulu kalau time gaji kita akan dapat gaji kita ni secara tunai tau.. Kita kena berbaris, kena tunggu giliran kita untuk ambik duit gaji kita kat Bank Negara... Duit gaji kita tu dOrg simpan dlm sampul surat pastu berikan pada kita ikut skim gaji kita.. Masa tu gaji akak RM300 je.. hehehe.... Best sangat masing-masing beratur panjang ambik gaji masing-masing.." 
Akak ni seronok bercerita... Rupanya macam tu caranya pemberian gaji pada waktu dulu... Saya dapat bayangkan kalau cara ini masih digunakan diwaktu kini confirm ramai yang bergaduh.. Pasti banyak aduan.. Pasti banyak maki hamun yang datang... (Napa org dulu-dulu lebih btimbang rasa daripada orang kita sekarang ni..)


So bagi saya ada baik buruknya.. Tapi saya fahami Kerajaan pasti berniat baik dan pasti ada hikmah setiap semua ini.. Mungkin juga pihak Kerajaan ingin semua pihak menyahut etika ini "Paperless Government" sepertimana yang diuar-uarkan dan dikehendaki Kerajaan..
Apa-apa pun bagi saya semua ini pasti membawa kepada kebaikan kerana bagi diri saya sendiri saya memang lebih menyukai sekiranya semuanya boleh diakses melalui internet.. Lebih cepat dan memudahkan (tapi semalam saya cuba untuk bukan website ANM masih tak dapat buka lagi.. Slow giler... Ramai sangat orang nak check gaji kot...") 


Ok la sampai disini saja coretan saya kali ini...
So lain kali k...


p/s: Aku belum print slip gaji aku lagi.. hehehe.. slow beb..  
       Nak print slip/penyata gaji kat sini www.anm.gov.my

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...