K A W A N

Friday, November 19, 2010

Kaya Di Dunia | Muflis Di Akhirat

Salam Jumaat semua...

"Kaya Di Dunia Tapi Muflis Di Akhirat"

Adalah merupakan tajuk Khutbah Jumaat yang dikupas pada hari ini... Khutbah Jumaat yang cukup membuka minda serta menginsafkan diri... Di dalam kita mengejar duniawi sememangnya kita kadangkala tersasar, terlupa, lalai serta bermacam-macam lagi alasan dalam melaksanakan ibadah kita sebagai seorang insan yang mengaku dirinya Islam.. Bukan nak menuding jari untuk mencari kesalahan seseorang, malah niat diri saya ini untuk berpesan dan mengingatkan diri saya sendiri serta kepada sesiapa sahaja di luar sana yang terbaca entri ini... Niat saya untuk sama-sama ingat mengingati, pesan memesan sesama kita kerana diri ini selalu sahaja lalai dan leka..

Sudahkah kita mengamalkan kehidupan cara Islam yang Allah swt redhai?? Ataupun kita sering sahaja terlupa dan lalai dalam memantapkan kehidupan kita sehari-hari.. Sudahkah kita bersyukur dengan segala rahmat dan rezeki yang diberikan oleh Yang Maha Pemberi, Allah Swt... Mungkin ada tapi sering tiada... Masyallah.. Maka dengan itu marilah kita sama-sama menyiapkan bekalan untuk menghadapi 'Alam Kubur'  kemudiannya 'Alam Barzah' dan seterusnya kehidupan di 'Alam Akhirat' yang kekal abadi.. Insha Allah.. 

Renung-renungkan dan selamat beramal...




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...