K A W A N

Sunday, December 19, 2010

Malaysia ke FINALE!

Salam dan Selamat Malam semua,

Baru sahaja selesai menonton perlawanan antara Malaysia dan Vietnam yang berkesudahan tanpa jaringan 0 - 0. Walaupun seri tanpa jaringan Malaysia telah memenangi perlawanan sebelum ini yang berlangsung pada 15 Disember 2010 iaitu pada Rabu yang lepas, dimana Malaysia memenangi perlawanan itu dengan 2 gol berbalas kosong hasil jaringan Safee Salih yang menjaringkan kedua-dua gol tersebut.

Dan sebentar tadi perlawanan kedua antara Malaysia dengan Vietnam, Malaysia layak ke perlawanan akhir walaupun tidak menjaringkan sebarang gol pada perlawanan tersebut. Malaysia bermain dengan corak bertahan disepanjang perlawanan tersebut, banyak serangan balas yang dilancarkan namun tidak ada sebarang serangan yang mencecah jaring pihak lawan walaupun peluang terbuka luas untuk pemain Malaysia menjaringkan gol.

Kecekapan secara ketangkasan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi yang juga merupakan penjaga gol negeri Kelantan merupakan satu faktor dan kelebihan untuk Malaysia mendominasi permainan. Walaupun Vietnam bermain dengan hanya 10 pemain selepas seorang penyerangnya dilayangkan kad kad kuning kedua dan seterusnya dilayangkan kad merah setelah dia menjatuhkan diri di kotak penalti walaupun tanpa sebarang terjahan daripada pemain Malaysia, S Kunalan. Walaupun Vietnam bermain dengan hanya 10 pemain, mereka masih mampu menyerang dengan bertali arus dan hampir sahaja membolosi pertahanan skuad negara kita. Syukur pertahanan Malaysia kental dan berjaya menangani asakan tersebut.

Semoga dengan berita kegembiraan Malaysia telah melayakkan diri ke Final Suzuki Cup ini akan menjadi satu sinar harapan bagi Malaysia. Ayuh semua kita semua rakyat Malaysia mendoakan kejayaan Malaysia di final nanti yang kemungkinan besar akan bertemu Indonesia. Huai Tin! Malaysia. Semoga berjaya. Insha Allah.

p/s: Saya paparkan juga gambar kedua berada ini walaupun kedua beradik ini tidak dapat beraksi dalam Piala Suzuki ini ekoran dari kecederaan yang dialami oleh mereka berdua.  So saya uploadkan juga untuk mengubati kerinduan peminat-peminat bola sepak Malaysia. Hehehe.. Gambar ini saya dapatkan dari google kemudian saya re-edit sedikit tone gambar ini. Jangan marah ya.

1 comment:

EB said...

Thank armouris hehehe...
Tahniah Malaysia!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...