K A W A N

Thursday, May 19, 2011

Pesta Sukan Perbendaharaan | Part 1

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Kesinambungan dari entri sebelum ini iaitu entri "Aku Dah Tak Putih Lagi" aku kupas lagi buat korang semua dalam entri kali ini. Seperti yang aku cerita dalam entri sebelum ini, aku telah menangkap gambar (macam pelik bunyinya kan.. Hmm lantak ah..) bagi Pesta Sukan Perbendaharaan kali ke-21 di UKM, Bangi pada hari Ahad yang lalu.

Setiba di sana cuaca agak mendung, kelihatan awan hitam mulai datang ke kawasan balapan. Aku menjangka hujan akan turun dengan melihat pada keadaan awan yang sedikit gelap. Sah hujan turun tapi sekejap cuma, cukup sekadar membasahkan trek, kemudian hujan berhenti. Syukur Alhamdulillah, trek tidak terlalu panas untuk acara seterusnya iaitu acara 100M saringan lelaki. Bolehlah aku baring atas trek.

Ketika acara saringan 100M ini, aku belum lagi mengeluarkan kamera. Aku melihat disekeliling padang ramai orang dengan compact camera dan tak kurang juga DSLR masing-masing. Tersenyum melihat aksi mereka mengambil gambar, masing-masing tercari-cari angle yang terbaik. Nampaknya mereka pun juga akan turut serta dalam Pertandingan Fotografi sempena Kempen Senyum, Perbendaharaan. Hadiah wang tunai menarik perhatian semua, bagi tempat pertama, wang tunai sebanyak RM300, tempat kedua RM200 dan tempat ketiga sebanyak RM100. Cukup lumayan, bagi tema yang simple iaitu "Senyum".

So untuk tatapan semua beberapa keping gambar aku hidangkan. Semua terhibur. Oh sebelum itu, gambar ini bukan yang aku pertaruhkan untuk pertandingan fotografi tersebut. Ini merupakan gambar sepanjang Pesta Sukan Perbendaharaan kali ke-21 tersebut. Enjoy!

I'm Free!! | Launching Ceremony 
"Pain is Temporary, Pride is Forever!"
Ku Berlari Kencang, Sekencang-kencangnya..
Biar Kalah, Janji Kita Senyum!!
Okay cukup sampai disini dulu buat entri kali ini, takut korang semua muak dan boring tengok gambar-gambar yang aku upload ni. Korang boringkah tengok gambar aku?? Apa-apa pun nantikan entri di bahagian ke-2 pula okay.. Insha'Allah lebih banyak gambar selepas ini. Daaa.. 

6 comments:

nick izzatie said...

x borink a, cantik pe,,,,,,,,, ske tgk,,

EB said...

@nick izzatie
Hehehe makasi..
Bgsla klu izzatie suke.. hehehe..
Nnti tngk la lagi ye..

zati embong said...

jat suka tgk gmbar,eb upload pic bnyak2 pn xpe.

EB said...

@zati embong
Hehehe baikla.. Lepas ni lebih bnyk lg la nmpknya.. hehehe..
Btw thanks Jat!

anak ayah said...

i'm free...
loike that ballons

EB said...

@eyqa amin
Hehehe thanks eyqa..
Yupp they were free oledi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...