K A W A N

Tuesday, May 24, 2011

Taman Tasik Cyberjaya

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Selamat pagi semua, baru saja selesai bersarapan roti telur + karipap + nescafe panas. Pergghhh memang nyaman sekali. Sukar untuk aku mengambarkan bagaimana nyamannya. Cuba korang beli dan nikmatilah sendiri, itulah perasaan yang sama dengan perasaan aku sekarang ini. Walaupun cuma berharga RM2.60 tidak semewah bersarapan di M'cD tapi cukuplah untuk menenangkan perut yang sedang memberontak. Eh! apasal cerita pasal makan pula ni? Hahaha sorry korang tapi memang harga roti telur sekarang ni RM2.00 ek??

Ok ni nak kongsikan dengan korang semua 2 keping gambar yang aku buat semasa aku ke Taman Tasik Cyberjaya baru-baru ini. Aku ke sana atas ajak Abang Pejai selepas aku outing dengan sahabat aku Mork Kenji (Sila baca di entri INI.)  Thanks Abang Pejai!! Gambar ini aku tangkap selepas hujan turun, so cuaca tak berapa nak lawa dengan keadaan langit yang putih dan tidak berawan. Walaupun di ketika itu sudah mulai senja, dan aku mengharapkan langit menjadi kemerah-merahan namun keadaan langit tidak seperti yang aku inginkan.


Tasik ini boleh tahan cantik dengan keadaan landskapnya, ada pondok-pondok untuk bersantai-santai, ada taman permainan yang boleh besar dan luas untuk anak-anak anda bermain, ada kawasan jogging yang cukup luas dan bermacam-macam lagi. Namun apa yang aku kesali, penjagaan kebersihan di kawasan tasik ini kurang terjaga kerana terdapat sampah yang dibuang merata tempat. Bunga-bunga teratai yang ada di tasik ini juga tidak terurus kerna banyak yang sudah rosak dan layu. Ini secara tidak langsung memburukkan pemandangan tasik ini.

"Pokok ini menjadi saksi cinta kita.."
Secara keseluruhannnya, Taman Tasik Cyberjaya masih tidak mengecewakan dan masih ada daya tarikannya tersendiri. Cuma perlu penjagaan kebersihan dan landskap sahaja. Penjagaan kebersihan ini bukan hanya kepada pihak pengurusan tapi juga kepada orang ramai yang menggunakannya. Memandangkan pengunjung tasik ini adalah kebanyakkannya daripada negara luar, jadi faktor kebersihan ini haruslah diperbaiki dan masa ke semasa. Demi menjaga nama baik negara. 

p/s: Nak pergi Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam dulu..
p/s/s: Sorry ada 2 gambar je.. Yang lain ada kat lappy lagi tak edit lagi.. Nanti aku topup okay..

16 comments:

ejulz said...

x penah lagi lepak tasik cyber..

Unknown said...

kakaka...kebetulan plak ni..ak pown bekpes ngan roti telur + karipap..tp nada la pulak ncffe tu.. ^_^

bact. said...

lu selalu outing putrajaya ke
ajar gua boleh??
gua dah lama simpan kamera gua
sbb gua xda bakat mcm lu..

EB said...

@ejulz
Hehehe lepak la... Blh tahan jg..

EB said...

@nong
Naa jd ko minum air apa? Mesti teh tu kn...

EB said...

@bact.!
Gua mmg tngl putrajaya..
Kekdng outing tmpt lain jg.. Ikut mmbr bawa g mana..
Aiks blh plak mcm tu?? Apa kamera lu pakai?? Jgn la tu mcm.. Sila la mengaktifkn diri...

NM02 said...

singgah sini terus follow. jom tukar link. like yr blog.

kalu sudi, jom follow ai plaksss..

*__"

EB said...

@NM02
Thanks cOz trus follow.. hehehe..
Dah follow kmu jg...

Sile la ronde2 ye...

Sufy said...

tempat keja abg di putrajaya bah kan..patut la best slalu ja dpt outing n ambil pic yg best2...

zati embong said...

rasa mcm tgk gmbar dulu2.hihi

bact. said...

gua pakai D90 + kit lens je

gua tgk gmbar gua tgkp pon gua nyampah..

EB said...

@Sufy
Abg disini la ni...
Tu la bnyk lg tmpt yg lawa² blum explore lg ni.. Hehehe..
Tp kerinduan jg dgn sbh ni.. Abg mau shoot sana ranau ba..

EB said...

@zati embong
Yupp itula mood yg eb nak smpikn.. hehehe.. dpt x??

EB said...

@bact.!
Hehehe.. Sama la kita.. Kekdng gua pki D80 lg kuno.. Tp lau da masuk 50mm f/1/8 mmg superb gila!! Hehehe..

Alaa gua pn pki D90 juga gmbr kat atas ni pn pki Kit lens jg.. Biasa2 je... Gear or lens itu bonus.. Yg penting or dsebalik viewfinder itu sendiri yg perlu kreatif..

Xpa klu ada jodoh blh la jmpa nnti blh bljr sesama..

Nurr_Rahmah said...

xpernah sampai sini lagi..cantik pic..mcm klasik gitu :)..

EB said...

@Nurr Kasih
Hehehe nnti singgah² la sana..
Mmm tp tmpt dimana² pn blh cantik..
Art is everywhere..
Creativity itu yg pnting..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...