K A W A N

Tuesday, May 10, 2011

Tulisanku Cakar Ayam!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Semenjak berada di zaman moden ini, rasanya dah semakin kurang menggunakan tulisan tangan sebagai perantara komunikasi. Yala sekarang zaman dah semakin canggih, semuanya dihujung jari. Permainan elektronik pun dah tak perlukan joystick lagi, cuma perlu hiris-hiris kat tapak tangan sahaja. Aku mengatakan ini semua buka kerna aku membenci teknologi, aku juga pengemar atau lebih tepat lagi pengumpul gadjet-gadjet canggih. Tapi apa yang aku rindukan adalah tulisan tangan yang semakin kurang aku gunakan sejak kebelakangan ini.

Tulisan tangan ini semakin kurang digunakan selepas habis belajar di sekolah menengah. Semasa di zaman diploma, tulisan tangan sudah semakin berkurangan kerana lebih banyak menaip menggunakan komputer dan begitu juga seterusnya bila berada di peringkat yang lebih tinggi. Kini bila mula bekerja tulisan tangan sangat-sangat terhad penggunaannya, kerna minit-minit mesyuarat, maklum balas-maklum balas mesyuarat, dan lain-lain hal, hanya perlu ditaip di dalam komputer dan print/email untuk edaran.


Untuk pengetahuan semua, masa aku berada di sekolah rendah dan di awal menengah tulisan tangan aku adalah yang terburuk antara rakan-rakan yang lain. Aku pernah ditegur dan dimarah Cikgu kerana tulisan aku amat sukar untuk dibaca. Aku selalu berasa malu, jika diarahkan untuk menulis jawapan di papan hijau. Namun aku berterima kasih kepada ayahku kerana dengan memaksa aku menulis Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran (kini Buku Rekod Mengajar) beliau setiap hari telah membuatkan tulisan aku menjadi cantik. 

RPH seorang guru cemerlang
Dahulunya, Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran (sekarang Buku Rekod Mengajar) ini berwarna kuning (warna mungkin mengikut negeri sekarang ini) dan mempunyai ketebalan lebih kurang 1 1/2 inci. Ayahku kata dia akan memberikan upah sekiranya aku berjaya menulis dan menyiapkan Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran beliau. Tapi ayah tak pernah bagi upah pun, tapi kini aku sedar inilah upahnya, tulisan aku tak buruk lagi. Yeah!! Terima kasih Ayah!!

p/s: Tapi kini ayah pun dah tak tulis RPH guna tulisan tangan dah. Ayah dah pandai guna komputer. Ayah taip je kemudian ayah print. Hehehehe.. Sian ayah anak-anak semua dah jauh.. 

12 comments:

qaseh johanna said...

salam kenal..

eeee..cikgu..xlme lg ari guru..



psst..ingt kat abah..sorang pendidik yg hmpir bersara..

EB said...

@qaseh johanna

Salam kenal juga..
A'aa Cikgu.. hehehe...
Tu la pasal x lama lg..
Hehehe..

Ayah pn sama...
Harap² dapat transfer balik negeri sebelum Ayah bersara..

zati embong said...

tulisan jat halus2 kcik.

tulis memo bg client. then bos conteng kat bawah 2,izzati!tulisan besar sikit!

hoho,xtulis tgn da pas2.taip,selamat sikit.

qwert. said...

hee , tulisan unie dulu pun bru sangat . hahaha . kalau buat karangan , konpom kena re-do . hahah !

Met bUjang said...

baeknya ayah EB.. tlg tuliskan buku tuh.. kah3

gurau2 :)

EB said...

@zati embong
Tulisan EB pla..
Kecik² kendian rapat²..

Hehehe skrg da cantikkn..
So lau tulis bg staf tngk pn dia da blh baca da.. skrg la..
Klu dulu jgn crita la...

EB said...

@unieMARKS :)
Xpe nnti lepas ni Unie pnya tulisan pasti akan cantik pcayala...

EB said...

@Metz bUjang
Baik sesngt..
Mmg kena gantungla jwpnya klu x rajin... hehehe....

Achu said...

cantek

EB said...

@Achu
Apa yg cantik achu??
Hehehe..

mOon EyEzS said...

tulisan mOon cantik adri sekolah rendah lagi...cikgu2 selalu puji...bangga jap! hehehehe
gila lawa buku rekOd mengajar 2...rajin betOi...

EB said...

@mOon jOhari
Hehehe alhamdulillah pnya bakat tulisan yg cantik..
Anugerah Allah..
EB pn kena puji cikgu jg hari2..
Sebab Ayah EB Cikgu.. hehehe..

Rajin kn..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...