سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
Walaupun sudah 4 hari berlalu namun aku ingin teruskan juga hajat yang tertunda semenjak beberapa hari yang lalu. Buat adik ku, Mohd Adznor Junaidi Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-23 kekanda ucapkan. Ampun maaf di pinta sebab lambat nak buat entri pasal ni. Tapi aku dah wish kat Facebook kan.
Selamat Ulang Tahun Adik ku |
Buat adinda ku Adznor, di Ulang Tahun Kelahiran mu ini kekanda doakan agar muncul hari baru yang penuh keceriaan untuk kamu. Semoga Allah muliakan dan sayangi adinda ku ini selalu. Semoga Allah memberkati keluarga kita, diberikan kesihatan tubuh badan, dilimpahkan rezeki. Semoga adinda ku dijauhkan daripada sebarang fitnah dunia, penganiyaan dan penghinaan. Semoga disuburkan benih keimanan dalam dirinya dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa. Amin ya robbal alamin..
Kekanda juga mendoakan agar kau terus berjaya dalam apa jua bidang yang kau ceburi. Semoga kau akan dapat mengapai cita-cita mu untuk menjadi seorang pendidik sepertimana Ayahanda kita. Insha Allah kau bakal mendidik anak bangsa tidak lama lagi. Semoga berjaya!!
Dalam bidang yang kau minati iaitu fotografi, aku doakan kau akan teruskan minat kau ini sampai bila-bila. Semoga kau akan terus maju dan maju. Insha Allah harapan kau untuk memiliki sebuah studio akan tercapai. Terima kasih kekanda ucapkan kerana selama ini banyak tunjuk ajar yang diberikan dalam bidang fotografi ini. Syukur alhamdulillah kita berkongsi minat yang sama.
Kucinglah yang buat kau lelah masa bebudak dulu.. |
Untuk pengetahuan semua, adik aku ni lah orang yang banyak mengajar aku pasal fotografi. Dari teknik mengambil gambar, editing dan bermacam-macam lagi semua dia yang ajar. Minat dia pada fotografi sudah bertahun lamanya tapi terpaksa dipendamkan dek kerna tidak mempunyai kamera. Setelah memiliki sebuah telefon bimbit yang mempunyai aplikasi kamera iaitu N73 maka mulalah dia merakamkan gambar-gambar yang dilihatnya setiap hari.
Akan tetapi gambar yang diambil menggunakan telefon bimbit agak kurang memuaskan bagi beliau. Noise yang terlalu banyak menyebabkan gambar sukar dicantikkan dan kurang sharp. Maka dia menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah DSLR (Digital Single Lens Reflex) dan akhirnya dia memiliki jua. Berbekalkan ilmu editing dan fotografi selama 2 tahun yang dipelajari beliau sebelum ini maka bermulalah episod hidup beliau sebagai seorang freelance photographer.
Antara hasil-hasil dari lensa beliau:-
Family Portrait |
Model / Talent Photoshot |
Wedding Photography |
Candid Street Photography Buat sesiapa yang berada di Sabah yang memerlukan khidmat Photographer. Anda boleh menghubungi adik saya:- ADZNOR JUNAIDI Sabah Freelance Photographer Tel : +6013 - 858 0285 Email : mohdadznor@gmail.com Blog : http://mohdadznor.blogspot.com Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/phenography YM : ad_and_z Skype : iPheno |
p/s: Tak puas tengok gambar? Anda semua boleh follow blog adik saya Adznor Photography. Silalah jangan malu jangan segan. Tapi buat masa ni dia sibuk praktikum jadi rasanya dah lama tak update blog dia. Tapi jangan risau dia ada Wedding job sepanjang cuti sekolah ni. So sama-sama kita nantikan gambar terbaru daripada beliau. SELAMAT ULANG TAHUN ADIK KU!!
8 comments:
selamat ulangtahun adznor..^^
EB, pic sume nice..suke tgk..hehe
hepi besday utk adik EB :)
pic sume cantek2...
owh..kita sebayalah yer wahai adik EB.hehehe...
@MiSs F.A
Hehehe selamat2...
Add la dia.. kat FB...
@Jeely jelly
Happy utk dia...
Makasi2... Pic dia mmg lawa...
@NUUR AN NOR
Oh ingat sebaya dgn EB..
hehehe...
Bgs2...
cantiklah pic2 2.
adik n abg sama je,pndai mngmbl gmbr.hihi
@zati embong
Tapi adik EB lg pndi..
Eb x brapa pandai lg... hehehe..
Post a Comment