سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
©EB | Mesilau Nature Resort | Miss you my friends.. |
Bercakap mengenai sahabat, aku ingin bercerita mengenai perihal yang berlaku dirumah sewa. Cerita yang ingin aku kongsikan bukan untuk mengaibkan tapi hanya sedikit luahan hati yang merasa kurang senang dengan perangai mereka. Lantas menggunakan alternatif blog ini sebagai media perkongsian dengan anda semua. Banyak yang ingin aku coretkan namun akan ku kurangkan demi kesenangan bersama.
Aku telah menyewa rumah ini semenjak 2 tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini. Sebagai rekod aku tidak pernah bersua muka pun dengan tuan rumah semenjak kali pertama menyewa rumah ini. Dua tahun yang lepas, dengan berbekalkan nombor telefon daripada Abang Wan jiran aku sekarang ni. Aku menghubungi penyewa yang hanya tinggal sendirian dirumah itu. Kini dia telah berpindah dan akulah yang bertanggungjawab menjaga rumah ni bagi pihak tuan rumah. Setakat ini sudah 8 orang penyewa bertukar ganti menyewa pada 2 lagi extra bilik yang ada di rumah ini.
Bermacam-macam ragam yang aku dapat lihat dan perhatikan daripada penyewa-penyewa ini. Ada yang suka menyendiri di dalam bilik, tak keluar-keluar. Keluar pun hanya untuk mandi dan makan. Ada juga yang menjadikan rumah ini hanya sekadar tempat untuk melelapkan mata dan sepanjang masa tidak berada di rumah. Kemana pergi? Wallahualam. Bermacam-macam perangai lagi lah, kalau nak disenaraikan satu persatu rasanya tak cukup satu entri ni.
Tapi apa yang aku kesali ialah mereka tidak menjaga kebersihan dan sangat mementingkan diri. Setiap peralatan yang ada di rumah ini adalah kebanyakannya milik aku, yang aku beli hasil dari titik peluh ku sendiri. Contohnya peti ais, dapur gas, tong gas, mesin basuh, iron/iron board, periuk nasi, pinggan mangkuk dan bermacam-macam lagi. Boleh dikatakan semua peralatan yang ada di rumah ni milik aku kerana tuan rumah langsung tidak menyediakan apa-apa kemudahan pun di rumah ini.
Pinggan mangkuk tinggal kat singki tak cuci kekadang sampai berhari-hari (kalau aku tak tolong cucilah). Aku membuat satu ujian dengan tidak mencuci gelas yang telah digunakan si Polan ini. Untuk rekod peribadi, gelas itu tidak bercuci sehingga 2 minggu. Anda bayangkan sendiri keadaan gelas itu. Sampah tak pandai nak buang ke rumah sampah, hanya letak kat dapur (apa korang ingat dapur tu tempat pembuangan sampah??) Suis lampu, kipas kat ruang tamu tak pandai nak off (Itu ruang tamu. Bilik sendiri??). Lepas pinjam kiwi kasut aku tak pandai nak tutup balik kiwi tu. Bila kiwi kasut tu dah keras aku kena lagi beli baru. Nak harapkan mereka beli? Nauzubillah. Nak makan apa-apa yang ada kat dapur tu, sila-silakanlah aku halalkan tapi janganlah balun sampai habis. Tinggalkan sisa pun takpe kawan.
Untuk mereka housemate ku, aku nak bagi korang tahu aku bukan bibik kaworang, bukan juga amah kaworang. Juga bukan orang gaji kaworang. Mungkin kamu tidak pernah tinggal menyewa seperti ini dengan orang lain, tapi BELAJARLAH!!
p/s: Lu orang bikin gua HOT!! Banyaklah nak cakap tapi.. cukuplah.. Takut jadi lain pula dari niat asal entri ni.
Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah..
"I seek forgiveness from Allah"
13 comments:
waaa..dugaan EB sgt bsr..
;)
kenapa bengang-bengang ni ? istighfar banyak-banyak :)
*cantik gambar tu. hijau je. sejuk mata memandang.
biasalah tu..amy pun pernah sewa kat kl dulu..mcm2 ragam..ada yg malas lg sakit hati..awal2 tlg la jugak basuh pinggan mangkuk dorg tp xkan la hari2 kita nk tlg kan..lagi xberkarat gelas tu bukannya reti nk basuh..kalau pk rmh sewa byk ragam wpun tu kawan2 semuanya...
@echaRierie
Hahaha x besar mana pn kecik je.. EB ni jenis x pndi nak tegur org.. Huu xpela.. Ada org yg lagi truk dr eb..
@Miza Yusof
Ya dah.. Tu kat bawah tu EB da ucapkn bkali² tnpa boring ni.. huhuuhuh.. Thanks remain eb...
Cantikkn... tu la pasal eb letak.. hahaha sejuk then blhla menenangkan hati..
@~AmyLiana8886~
Tu la nye Amy..
Eb pernahla merajuk x nak cuci konon.. Last² EB juga kena cuci sebab dia guna gelas lain yg bersih plak.. Then buat benda yg sama mcm dia buat kat gelas pertama.. Ya Allah.. Xpela mgkn da jd tabiat dia kot..
adatlah EB law dh tngl kt umah sewa ..mmg mcm2 perangai...yg baik,baik sgt..smpi segan nk kwn..yg antuuu...rse cm nk tendang kuar jer dri umah tu rsenyer...
@cik rama-rama
Aku just bengang part dapur sebab aku ni suka masak.. Jd bila dapur x bersih aku mmg x suka.. Hmm..
Xpa syukur ada rumah sewa.. Syukur ada housemate juga.. Kalau xda?
Sila ambil poster bloglist di blog saya yer... :)
http://chilabaeys.blogspot.com/2011/03/2nd-batch-blogger-bloglist-mac-april.html
Terima kasih....
@ChiLaBaey's Spot
Wokey.. hehehe...
@teroapex
Oh really...
I don't know why you can't see the whole post.. I'm so sorry for that...
@qeniwait
Really??
heheheh My pleasure..
Thanks..
www.papislotinfo.com
casino online
situs judi online
judi slot online
situs judi slot
situs judi bola
judi online
judi online indonesia
judi online terpercaya
papislot
bandar judi online
bandar slot
slot online
Post a Comment