سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
Di suatu petang yang mendung di tepi sebuah hentian bas..
Baca sambil dengar lagu ni lagi feel. Tak percaya? Cuba klik play.
Amer (Bukan nama sebenar) menghulurkan tangan dan memberikan salam kepada ku. Dengan segera aku menyambut tangannya dan menjawab salamnya. Aku mulai mengenali Amer apabila seringkali bertemu dengan dia di Masjid Putra ketika Solat Jumaat.
"Lambat balik hari ni?" Amer bertanya.
"Ya lambat sikit, aku solat dulu sebelum balik tadi. Yalah Asar pun dah lewatkan sekarang ni. Jadi solatlah dulu kat office sebelum balik.." Aku menjawap soalannya sambil tersenyum.
"Ya! Betul! betul! Sekarang ni Asar dah lewat memang lebih baik solat dahulu sebelum baik manalah tahu ada apa-apa time balik tu kan.." Amer mengiyakan kata-kata ku.
"Mmm.. Awak nama apa ek? Aku lupalah.." Amer bertanya dengan raut wajah seorang yang amat pelupa.
"Oh! panggil saja saya EB. Huruf 'E' dengan 'B' sahaja. EB!.." Aku menerangkan agar dia tidak tersalah sebut namaku dan berharap dia ingat..
"Oooo.. EB! Sorry saya terlupa. Hari tu dah ingat.. Lupa pula.. Sorry ek.." kata Amer penuh penyesalan.
"Oh takpe. Tak kisah, biasalah baru sekali dua jumpa. Jumpa pun selalu kat Masjid je. Itu pun pandang-pandang, jeling-jeling je. Ini jumpa kat Bus Stop ni barulah dapat bertegur sapa." Aku cuba menenangkan Amer agar dia tidak rasa bersalah..
Amer tersenyum.. Kemudian dia mengalihkan pandangannya kepada seseorang. Lama juga dia memerhatikan orang tersebut. Aku sekadar tersenyum melihat.
"Mmm.. EB kau kenal tak awek yang pakai baju putih tudung pink tu?" sambil menudingkan jari ke arah perempuan tersebut.
"Oh.. Yang pakai baju putih, tudung pink tu ek?? Oh kenal.. Kenapa? Awek tu duduk satu taman perumahan dengan aku. Cuma dia di blok lainlah. Kami naik bas yang sama pergi dan balik kerja. Kenapa bro?" Aku bertanya penuh minat.
"Aku bukan apa bro. Aku dah lama dok perhatikan dia. Aku suka sangat tengok gaya dia, muka dia, cara dia. Memang sweetlah. Gaya dia lain dari awek-awek yang ada kat sini tau. Memang test akulah.." Amer menerangkan dengan penuh semangat kecintaan.
"Dah tu apasal kau tak cakap je kat dia?" Aku menghasut.
"Gila kau bro. Ramai giler orang kita sini. Aku kalau orang tak ramai kat sini aku beranilah. Ni kau tengoklah kiri, kanan, depan, belakang semua awek-awek. Mahu tak malu?? Tak kan aku nak try time tu juga kot? Malu doh.." kata Amer dengan raut wajah yang sedikit hampa.
"Adoi! Kau janganlah try time ramai orang. Kau tunggulah line clear sikit baru kau try cakap dengan dia.." kata aku sedikit memerli.
"Masalahnya bila orang dah tak ramai, masa tu dia dah naik bas dah bro. Tak sempat aku nak cakap apa-apa dia dah chaw dah. Nak buat macamana lagi?" Amer terkilan sedih.
"Kesian kat kau. Dah tu kenapa kau tak ikut saja bas yang dia naik tu. Ikut dia sampai kat taman perumahan dia. Nanti dalam bas bolehlah cakap-cakap, cerita dengan dia. Lagipun bas yang dia naik tu, bila dah sampai kawasan perumahan awek tu bas tu patah balik pula ke kawasan perumahan kau." Aku cuba membuka talian hayat buat beliau walaupun aku tak pasti bas tu akan patah balik ke kawasan perumahan beliau atau pun tidak.
"Oh yaka? Aku tak tahu pula bro. Yalah, aku pun baru saja try try naik bas ni bro. Ni aku tak naik motor balik rumah semata-mata nak jumpa dia. Nak tengok dia.." Amer menerangkan dan aku dapat merasakan sesuatu yang agak sengal berlaku.
Aku tersenyum mendengar penjelasan beliau.
"Bro, kau boleh tolong aku tak? Boleh tak kau tolong sampaikan salam aku kat dia. Bagitahu kat dia aku Amer kirim salam kat dia. Yalah memandangkan kau dah satu bas dengan dia. Nanti dalam bas kau duduklah dekat-dekat dengan dia. Jangan jauh-jauh pula. Nanti bolehlah kau sampaikan salam aku kat dia. Bolehkan bro?" Amer meminta-minta persetujuan daripada aku.
"Insha Allah Mer. Kalau ada rezeki, ada kesempatan aku cubalah sampaikan salam kau kat dia. Insha Allah aku cuba sehabis baik." Aku memberi harapan kepada beliau walhal aku sudah merasa sedikit meluat.
"Huuu.. Terima kasih bro. Kau memang baik hati bro. Terima kasih bebanyak bro. Jangan lupa sampaikan salam aku kat dia tau.." Amer tersenyum riang.
"Insha Allah.." Aku mengakhiri perbualan dengan meminta diri kerana bas aku dah sampai.
©2011 | Gambar Hiasan | Sepilok | Antara aku, kau dan dia.. |
p/s:-
Kenapa perlu aku menjadi orang tengah aka Posmen untuk aku sampaikan salam cintanya? Sedangkan si Dia sudah berada di depan mata.. Apa salahnya beranikan sahaja diri untuk bertanyakan khabar si Dia. Tingkatkan sahaja kesabaran diri untuk menunggu masa yang sesuai untuk menegur si Dia.
Inilah benda yang sering terjadi bila mana si Lelaki kurang ketabahan serta kesabaran diri untuk bertanyakan sendiri khabar serta status orang yang dia minati tersebut. Kenapa perlu orang tengah? Kenapa perlu Posmen? Tidakkah kamu terfikir bahawa kamu menidakkan sendiri peluang yang kamu ada dan kamu juga memberikan peluang kepada si Posmen ini menonjol? Sebab itulah kenapa ada orang tengah aka posmen ini boleh 'sangkut' dengan si Dia yang kamu minati. Sebab si Dia lebih cenderung melihat keberanian si Posmen berbanding kamu dan si Posmen ini juga boleh menyukarkan kamu memiliki si Dia.
Tak begitu para wanita?
Apa pendapat kamu mengenai orang tengah aka Posmen ini?
Atau mungkin ada pengalaman anda sendiri sebagai Posmen?
10 comments:
kalau nak luah perasaan, baik straigh to the point..
takut nnti, org tgh pulak amik ksmpatan..bnyk jadik cam 2..
@SoLy SoLicious
Haa tau xpe.. Tu la point Eb sbnrnya..
Bukanlah lepas ni Eb try plak pempuan tu.. Tapi slalu mcm ni yg jd.. Lepas tu bila awek da mlps kat Posmen baru nak myesal... Pastu siap maki hamun lg Posmen tu.. Walaupun pada dasarnya mmg Posmen tu yg slh..
susah ooo jadi owang tengah..huhuh..silap2 kite yg dipersalahkan
jat lagi suka org 2 gentle terus terang dgn jat..semua perempuan suka yg mcm 2 kot.
@::p0t pEt iLa::
A'aa tu la psl...
Slalunya org tngh ni juga yg jadi mangsa kn...
@zati embong
Mmm bgsla lau mcm tu..
Sbb skrg ni dah lebih open kn..
Alaa kenal²lah dulu kn.. Apa susahnya...
I pernah pergi Sepilok....best..... 1st tgk gmbr terus terfikir itu mest sepilok then, tgh caption. yahoooo....tepat sekali
@TashaWaaa.. Jumpa saudara ke kat Sepilok tu?? (Ayat polis trafik ni aku pinjam)
Hahaha akhirnya gmbr ni mampu bt seseorang tersenyum kn.. hehehe..
dah lama nak komen kat entry ni tapi tak tau nak wat ayat camner..
alahai nnt akak wat entry pasal posmen ni jugak lah ... personal experience...sedey :(
pepun,jadi posmen mmg terbaik sbb kita berani...haaa..ada beran??tapi selalunya orang tengah laa paling kucewa... :(
@Cik Dya
Betul2 kak.. Actly EB da bnyk sngt pngalaman jdi posmen ni.. Makan hati, tanam hati smua ada..
Ada yg bertemu jodoh tp ramai yg tak...
Huuuu Posmen bab ni mmg kena berani n kita yg kena usaha lebih.. uhuhuhuu....
Ok nnti eb baca once da ada cerita pasal posmen tu hehehe...
Post a Comment