سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
Nak tahu kenapa dia jarang-jarang update? Haa.. Ni lah yang aku nak cerita dan nak kongsi kat kaworang semua ni. Ok untuk pengetahuan semua Cik Awek adalah seorang pendidik sama seperti ayahanda EB. Cuma bezanya dia adalah perempuan dan ayahanda EB adalah seorang lelaki. Hahaha.. Ok ok! Cik Awek merupakan seorang Cikgu. Seorang Cikgu BM di sebuah sekolah di Bintulu, Sarawak. (Cikgu BM okay.. Makanya tatabahasa kena jaga ni.. hahaha..)
Okay dikesempatan ini aku nak share apa yang pernah Cik Awek share dengan aku mengenai kariernya sebagai seorang Cikgu. Terlebih dahulu mohon kemaafan kerna aku terlupa siapa penulis asal artikel ini dan pada sesiapa yang dah pernah baca apa yang aku nak share ni, buat-buatlah tak pernah baca ek. hehehe.. Ok satu lagi aku teruja dan tertarik dengan artikel ini so aku nak share sahaja dengan semua bukan nak apa-apa. Sebab info ni best! Hahaha...
Cik Awek pernah berkata, "Kenapa Abi Perlu Pilih Love Sebagai Calon Isteri?"
1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kamu tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca: Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi. Cik Awek mengajar di sesi petang. Jadi jadual hariannya lebih kurang macam ni;
5.00 pagi : Bangun pagi.
5.50 pagi : Solat Subuh.
6.30 pagi : On Facebook. Check notifications.
7.30 pagi : Login game (My Shops)
8.00 pagi : Sambil-sambil main game (tunggu stok makanan sampai) Cik Awek pergi masak sarapan pagi. (Kekadang dia bungkus makan kat sekolah)
9.00 pagi : Buat RPH (Rancangan Pengajaran Harian) Haa.. Time ni dia suka kacau En. BF kat office. Dia boring kot.. Lagi-lagi kalau dia kena buat minit.. Huu..
10.30 pagi : Iron baju. Pastu mandi.
11.00 pagi : Bersiap (Make-up, lilit-lilit shawl dll..)
12.00 tengahari : Gerak ke sekolah.
12.30 tengahari - 5.00 petang : Mengajar
5.30 petang : Balik rumah (Kalau ada meeting, kelas tambahan or sukan kena stay back lagi.. kekadang ada juga sampai jam 7.00 malam Cik Awek kena stay back.. Kesian balik-balik rumah dah penat..)
Senang kan? Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (Insha-Allah).
Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu
p/s: Malam je dapat manja-manja dengan Cik Awek tu pun kekadang Cik Awek dah penat dan letih. So Cik Awek kena tidur awal walaupun dia mengajar sesi petang. Lagi sadis bila aku kena main futsal. Main start jam 8.00 - 10.00 malam, confirm Cik Awek dah lena diulit intan. Tu kalau mula jam 8.00 malam, kalau jam 9.00 malam? (Esok pagi aku kena sedia ayat power untuk memujuk Cik Aweklah nampaknya..)
2. Dedikasi, Komited dan penuh Komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai Cik Awek jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.. Pernah kamu dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial? Mana ada!! Semua nak salahkan cikgu. Maka, cikgu mestilah kena komited.
Konsep yang sama. Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa? Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh? (sambil asah pensel dan pisau di tepi)
p/s: Murid Cik Awek pernah hantar surat cinta dengan Cik Awek. Murid tu jatuh cinta dengan Cik Awek.. Arrghhh siap ada surat tu.. Tu yang tak tahan.. Aku jeles.. Huuu.. Nasib baik Cik Awek dah report kat Guru Disiplin. Bebudak tu dah kena rotan dan kena suruh berdiri kat luar bilik guru.. Hahaha padan muka!! Ada hati nak mengurat Cik Awek aku ek!!
3. Tidak Boleh Menipu atau Berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya?
Nak berpeleseran? Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"
Gila kau. Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.
4. Terapi melepaskan tekanan.
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.
Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan. Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.
Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.
p/s: Itulah pasal kenapa Cikgu Shida tak pernah boring nak buat video kat YT. Inilah cara Cikgu Shida nak lepaskan tekanan. Tengok perkara (3) Nampaknya jauh sekalilah dia nak buat kalau dia asyik duduk dalam bilik nak buat videokan..
5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru. Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru. (Kaworang doakanlah jodoh aku dengan Cik Awek berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin ek..)
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)
p/s: Ni yang aku geram setiap kali cuti sekolah. Cuti sekolah Cik Awek semestinya cuti. Aku? Mustahil. Kena-kena lagi kalau time tu Bos dan cuti dulu. Haa nampaknya aku kena menapaklah kat office jawap telefon dan ingat semua tarikh mesyuarat dan siapkan apa yang patut sebelum hari mesyuarat. Nak plan cuti kena ikut cuti Cik Awek. Nasib baik dah beli tiket.. (Tapi asal cuti sekolah mesti tiket mahal.. Deng!!)
6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?
Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
p/s: Murid-murid Cik Awek selalu panggil dia Cikgu Seksi. Adoi!! Bahaya ni.. Pastu siap panggil dia Cikgu Tegap lagi.. Adoi!! Apa-apa pun Cik Awek memang bangga dengan kerjayanya sebagai seorang Cikgu. Aku pun turut bangga dan aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat Cik Awek. Semoga dipermudahkan segala urusan bagi beliau.
I'm proud of you too ^^ |
10 comments:
wawaaaahhhh....sweetnyer :D
@rara_ibnu
Hahaha larat juga ko membaca ah Rara.. heheheh..
Makasi makasi...
haha..mestilah excited eb!sebabnya bf n gf ada blog!
jat pun kagum dgn cikgu ni tau.kagum plus jeles!kerja diorg teratur je,layan budak2 je.
jat penah ckp nk jd ckgu,dia ckp jd ckgu sekolah rendah je,kalau sek men nnt ada scandal dgn student.cam siot je!
@zati embong
Hahaha.. EB dah senyum² da reply Jat pnya komen ni..hahaha...
Bagusla lau kagum xpe lepas ni still blh jadi Cikgu.. Jadi Cikgu kat anak sendiri.. Tu pn nama dia Cikgu jg tu..
Hahaha ada skandal tu yg x tahan..hehehehe.. Nasib baik Cik Awek sklh rendah.. Tp bdk sklh rendah pn da pndi mgurat Cikgu tau.. Haisss... Nasib baik Cik Awek syg En. BF... Huu...
sweet ! pekerjaan yg paling mulia adalah seorg guru..thats y my father changes from engineer and my mom from business to teaching profession ! proud of them too !
@Nurul Syuhada Bt Hasri
Hehehe yupp true!
Sangat2 stuju dengan kamu..
Pekerjaan yg mulia dan juga pkerjaan yg bukan mudah dan berat...
ooooh cik awek hang cikgu ya .... jeng jeng jeng ... bertuah cik awek dpt EB...serba serbi EB paham ttg kerjaya dia...caya lah :)
Semoga hubungan kamu berdua diberkati Allah.Amin :)
@Cik Dya
Hehehe makasi Cik Akak..
Ni tmbh syg ni.. Ari2 kena click Nuff dgn HB ni hahha...
Sya ni biasa-biasa je kak..
Gmuk dan comel je...
Papa pn thanks anyway doakan Eb akak..
Thanks sesngt.. Insha Allah dipermudahkan semuanya...
aikk, macam kenal je awek U dalam gambar tu.. hehehe. Kalau tak silap kawan kitaorang masa kat maktab Tawau dulu... lama uda x jumpa kawan2 lama ni... Salam kat dia ek..
iye bro, jadi guru nampak dari mata kasar macam mudah, tapi cabarannya hanya kita2 guru2 yang tahu...
@Gen2Merah
Mcm knal ka?
Hehehe c Dilut tu..
Dia senior pada adik sya c Adznor..
Dia d IPGM Twu juga tu.. hehehe.. Tu la pasal.. semua pun masing² bz kn.. Sya sama Cik Awek pn PJJ juga ni.. (Percintaan Jarak Jauh) Ba nnti sya sampaikan..
Tu la tu bgtula lumrah tugas sebagai guru.. lau x hadapi sendiri manakan tahu masam manisnya kn.. hehehe..
Post a Comment