bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh..
Handphone BeriBeri berbunyi ada SMS baru masuk.
Aku buka. Oh! SMS dari adik ku Adznor.
SMSnya ringkas;
"Salam.. Mama pesan baca Yassin n doakan Yaya (Atuk) dengan bapa.. Yaya (Atuk) sakit, sekarang kena tahan di Wad.. Bapa pun sakit di rumah sekarang.."
©EB | Our beloved Grandpa (Yaya) | Get well soon Atuk.. |
SMS yang ringkas tapi membawa kegusaran, kegelisahan serta kerisauan pada diri.
"Salam.. Okay Insha Allah.." Aku membalas SMS adik ku.
Tanpa berlengah aku tekan button 'Call'. Aku telefon Mama.
Aku bercakap dengan mama. Mama menenangkan keadaan. Mama kata jangan risau. Atuk sakit memang kena tahan dekat Wad. Bapa tak. Bapa ada dirumah. Bapa sakit sebab jaga Atuk. Mama kata bapa sakit disebabkan perubahan cuaca. Almaklumlah suhu di kampung lebih dingin berbanding rumah di KK. Bapa terkejut dengan perubahan cuaca. Dari keadaan cuaca yang panas bertukar sejuk secara tiba-tiba dan telah mengakibatkan bapa demam, pening, batuk dan muntah-muntah. Kesian bapa.
©EB | Semoga cepat sembuh Ayah.. |
Aku meminta izin untuk solat. Aku tak solat lagi. Mama mengiyakan dan menyuruh menamatkan panggilan telefon dan menyegerakan solat. Sebelum 'off call' Mama mengingatkan agar jangan terlalu risau. (Aku sememangnya risau..) Mama pesan lagi agar tidak lupa untuk baca Yassin dan doakan Atuk dan Bapa yang sedang sakit. Aku mengiyakan. Aku sedih.
p/s: Rakan-rakan Bloggers semua. Minta jasa baik anda untuk mendoakan kesihatan Atuk dan Ayah saya. Semoga mereka diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan rintangan dan dugaan mereka ketika ini. Semoga mereka cepat sembuh. Segala keprihatian dan doa anda amat saya hargai. Semoga Allah SWT merahmati anda semua. Insha Allah.
p/s/s: Kerisauan di tahap membimbangkan. Aku perlu menunaikan tanggungjawabku sebagai anak dan cucu.
7 comments:
hope ke2, nye akan sembuh, bnyk2 berdoa yer.. :) insyaALLAH, semuanye akan ok nnti..
@niesz
Thanks Niesz..
InshaAllah.. Amin....
Sy faham perasaan ko... Sa slalu mengalaminya. Mmang inilah pkara yang paling tak disenangi waktu kita berjauhan dari keluarga -dengar ada ahli keluarga yang sakit. Semoga atuk n abah EB cepat smbuh...
semoga mereka cepat sembuh..
Teringat aku ketika aku menerima brita, ttg arwah datuk aku..dia sakit cacar sja, tidak ada apa2 yg serius, tiba2 aku dpt brita yg dia sakit tenat..dlm masa sibuk bekemas mo pigi lawat dia, sbb cara bapa aku becakap mcm bkn setakat sakit tenat..(aku dlm mengemas hati gelora btul) tiba2 dpt kol dr makcik aku yg lain, datuk aku br sja meninggal..aku pitam..nasib baik ada pekeja2 ku masa tuh..dorg yg kasi siap keja ku, sampai tutup kantin, aku begegas pigi ospital yg mkn masa 1 jam..1 jam tuh aku menangis meraung2 dlm kreta,stiap org yg kol aku, aku pigi mara..dada ku btul2 sakit..tebayang mukanya masa aku lawat kemarin nya tuh, smpat begurau2, kata doktor, atuk semakin sihat..sampai ospital, bila nmpak muka atuk bgitu tenang..hati aku tiba2 tenang..tidak sakit mcm masa aku dlm kreta..
Bila dgr lagi crita, bahawa 2 bulan sblum itu datuk aku suda bagitau yg dia akan meninggal sbb dia ada mimpi dia sembahyang sama2 dgn Rasullah, wlupun dia tidak nmpak muka, tp dia tau mereka bersembahyang bersama..bila dia sedar dr mimpi, dia ckp dia akan meninggal..begitu tenang dia menghadapi kenyataan itu (kenapa kita tidak?)kami tekejut bila kelengkapan utk dia d kebumi suda siap termasuk batu nisan..T.T
aku bkn mo kasi sedi ko..aku sekadar mo bekongsi crita..
dari apa yang aku blaja dan dr apa yg aku baca, kita seharusnya redha dengan ketentuan..(aku terbaca selepas datuk aku meninggal, dan aku menyesal pla menangis meraung2..)
@misz h0neyz
InshaAllah EB join ah..
Lama lg kn expired date nnti EB usahakn k..
@LennMommaChubby
Tu la pasal..
Rasa x tenteram ba..
Tp mama bilang jgn tlampau risau..
Jadi dngr la ckp mama..
Apa yg peting kta doakn saja dOrg..
Thanks ah Momma...
@Lina
Thanks sya faham tu..
Ajal | Maut ketentuan Ilahi..
Kita sebagai anak dan juga cucu harus tunaikn kewajipan kta.. Anak ramai pun lau tidak pernah doa sama ibubapa pn teda guna jg.. tula mandul yg sbenar..
Atuk ada pnyakit 3 serangkai... Tu yg risau tu..
Tp apa pn terjadi, pasti itu adalah yg tbaik daripada yg Maha Mengetahui.. DIA yg mngatur smua agenda kita ddunia ni..
Don't worry x bikin sedih.. Just worried.. Thanks Lina!!
^^,
Semoga mereka berdua cpt sembuh..
Post a Comment