سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
Rambut dah mulai panjang. Kulit muka akan menjadi sensitif pabila rambut dah mulai panjang. Perhatian dan penjagaan rapi perlu diberikan kepada kulit muka kalau tidak, pasti si jerawat ini suka menumbuhkan dirinya. Tapi syukur berkat kesabaran dan ketelitian menjaga akhirnya dia segan nak tumbuh pada kulit muka tapi malangnya dia tumbuh di belakang kepala. Adoi! situasi ini menjengkelkan dan merimaskan beta. Ini menandakan aku harus mengunting rambutku.
Sudah lama niat untuk memendekkan dan mencuba stail baru untuk rambut ini. Namun ada sahaja perkara yang mencacatkan perancangan ini. Pada waktu hujung minggu aku korbankan masa itu untuk berjuang di gelanggang futsal, merebut bola yang satu untuk disumbatkan ke dalam jaring. Niat untuk menggunting rambut pada sebelah malam terpaksa dibatalkan kerana Salon hanya beroperasi sehingga jam 8.00 malam sahaja walaupun Salon masih terbuka luas sehingga ke jam 10.00 malam. Yapeda!
Hairven yang tak berapa nak heaven itulah satu-satunya Salon yang ada kat Alamanda, Putrajaya ni. Oleh kerana nama Salon dah nak hampir dengan Heaven, maka harganya juga heaven. Untuk guntingan biasa tanpa cucian sudah menelan belanja dalam RM28.00. Actually tak kisah sangka harga itu mahal (<--tipu) tapi biarlah service yang diberikan sesuai dengan apa yang kita bayar.
Ini kerana, sebelum ini aku pernah mendapatkan perkhidmatan mereka dan aku menunjukkan stail rambut yang aku mahukan. Tapi sungguh sadis bila si Gadis Gunting mengatakan bahawa rambut aku tak boleh untuk stail itu sebab rambut aku jenis halus dan lurus. Adoi! Aku rasa amat-amat pelik, aku bukan nak warnakan pun rambut ku ini, aku bukan nak curlkan pun, jauh sekali untuk aku bleachkan. Aku cuma mahu rambutku dipacakkan saja. Supaya adalah kelihatan sedikit comel. Itu sahaja kemahuan ku.
©EB | Hair Style No.1 |
©EB | Hair Style No.2 |
p/s: Sorry gambar tak sharp and clear. Rasanya anda tahu kenapa.. hehehe..
Adik aku boleh je gunting rambut aku macam ni. Boleh saja aku pacakkan rambut aku. Pelik bila orang kat Salon tu kata tak boleh. Salon nampak pro tapi pekerjanya langsung tak pro. Dia boleh tanya macamana nak pacakkan? Aduh memang bikin gua panas. Nasib baiklah aku tak suka dan tak pernah terlintas pun nak pergi Salon India kalau tidak memang aku dah pergi dah Salon India tu. Semestinya cepat dan murah lagi.
p/s: Anda rasa aku sesuai berambut No.1 atau No.2? Pendapat anda??
22 comments:
hahaha..cekik drh tol hrga potong rmbut..huh
No 2!hihi
tapi sebenarnya dua2 pun sesuai.
@::p0t pEt iLa::
Ya mmg cekik darah..
Mentang²lah no choice..
Tu la pasal kekdng snggup simpan rmbut pnjg².. Then balik cuti minta adik gunting ja..
Daripada byr gunting better buat tmbh duit flight..
@zati embong
No.2 ek?? Mm ok ok.. akak dpertimbangkn...
Rmbut eb mcm yg no.1 skrg ni..
Tp pnjg lg la....
laki g kedai india da la..haha
@Naddia
Huuu geli.. xnak..
Salon India lg bhya...
Lain diminta lain dbuatnya..
Xmau!
EB nampak cute ngan style macam tu
kdang nama je salon pro tapi service hampeh
buang duit jer
tapi kalau g saloon murah momoy tak mau plak
haiss...penyakit nih
Pembunuh anak kucing wanita mohon maaf kepada rakyat Malaysia"
ORI-KESHI | Kawaii Eraser Maker"
hikhik..sabar jelah EB!
Sophie pun pernah tunjuk gambar nak style lain. yg jadinya lain. aduhaiiii..
@.::: Princess MOMOY :::.
Style yg mana 1? No.1 or No.2?
A'aa tu la pasal.. Indah khbar dr rupa....
Cas kaw2..
@Sophie Al-yahya
Tu la pasal..
EB mmg mls nak ckp..
EB redha je la...
Slalunya eb pujuk balik diri eb sendiri..
Ckp kat diri.. "Xpela.. nnti tumbuh la balik tu..."
Huhuhu..
hahahhh..cool ;)
@MiSs F.A
ya! harus sentiasa cool...
wah2 encem nye Eb .. haha yg keje salon tu baek takyah kje salon kalau tak tahu pape huhu
mahal nye..
no 2 la..hehe
@Qaseh dalia adelia
Huhuhu x ckup ensem lg..
Eb ckup comel ja.. hehehehe..
Tu la pasal.. memalukkn...
@Ezay Hadry
A'aa mahal.. mmg mahal...
EB sbb xda choice tpksa la gunting kat sana jg...
Ok no.2 ek..
Noted! Hujung minggu ni g gunting...
no 2 ! ! muktamad !..u'll look slimmer...heee
http://shukeshops.blogspot.com/2011/03/korang-buat-ape-time-dipression.html
dua dua nampak cool:)
@Nurul Syuhada Bt Hasri
Ok ok.. Hehehe.. Hujung minggu ni kompom gunting.. hehehe.. EB muk muk x slim..
@amny..
Hehehe makasi makasi..
Skrg eb mcm yg gmbr 1st..
Insha Allah weekend ni nak jd no.2 hehehe..
ensem bah gini B.. nampak jauh slimm ooo....
@A.s.t.i.n.a
Hee.. ^_^ Hensem ka?
Skit lagi jatuh cinta kn..
Nasib baik jth hati ja kn...
Hehehe.. Tp eb x slim suda.. eb muk muk..
Post a Comment