K A W A N

Monday, March 7, 2011

I ♥ WSB

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Pada 1 Mac 2011 bersamaan dengan hari Selasa, saya telah mendaftarkan diri secara sukarela TANPA paksaan dalam sebuah laman blog yang tidak kurang hebatnya. Selepas mendaftar dan dialu-alukan kehadiran saya untuk memeriahkan komuniti tersebut, maka rasmilah saya menjadi sebahagian daripada ahli WASABER (WSB).

Memandangkan saya masih lagi HIJAU dalam WASABER (WSB) ini, sedangkan orang lain sudah sampai ke puncak gunung namun saya masih berada di kaki gunung dan baru nak mula mendaki. Walaupun begitu, cepat atau pun lambat bukanlah perkara utama disini. Apa yang penting keikhlasan kita untuk terus menyokong dan mewarnai dunia blogging ini. Tapi kalau lambat sangat tak join pun tak best juga. Hehehe..

Ok mesti ramai yang tertanya-tanya WASABER (WSB) ni apa sebenarnya?? Ok gambar warna warni di bawah ni rasanya boleh merungkaikan kemusykilan anda. Bagi siapa yang tak tahulah, yang dah tahu tu bolehlah menguatkan lagi daya ingatan. Manalah tahu nak berteka-teki dengan diri sendiri atau terlupa.

WHAT IS WASABER


Antara tujuan UTAMA WBS ditubuhkan :

1. Himpunkan Blogger-blogger Sabahan.

  • Merapatkan Silaturrahim.
  • Mewujudkan satu ruang untuk perkongsian apa sahaja samada idea, cadangan, saranan, dan apa² sahaja di kalangan Sabahan Blogger.
  • Menghimpunkan rakan-rakan blogger untuk saling berkenalan dan bertukar-tukar pendapat.
  • Menghasilkan Generasi celik informasi maklumat.
2. Untuk meningkatkan Traffic.

  • WSB menyiarkan URL blog-blog ahli berdaftar.
  • Maka, secara tidak langsung WSB telah mempromosikan blog anda. 
  • URL-URL para ahli berdaftar akan diletakkan pada laman web WSB. Jadi, blog anda berkemungkinan akan menjadi destinasi blogwalking oleh rakan-rakan blogger yang lain.
  • Jadi, kita perlukan ramai blogger untuk berhimpun di WSB.

Walaubagaimanapun, harus diingat bahawa WSB bukanlah hanya limited kepada Bloggers Sabahan sahaja. WSB sama sekali tidak melarang mana-mana blogger untuk mengikuti WSB walaupun bukan berasal dari Negeri Di Bawah Bayu. WSB sentiasa mengalu-alukan seluruh Bloggers yang ada di Malaysia ini untuk mengikuti dan memeriahkan lagi WSB sekiranya berminat. Cuma WSB menitikberatkan sokongan daripada Bloggers Sabahan sesuai dengan maksud WASABER itu sendiri.

Untuk menunjukkan sokongan anda kepada WASABER aka WSB, anda boleh join WSB dengan hanya KLIK pada button dibawah ini sebagai tanda sokongan anda kepada WSB. Terima kasih WSB! Terima Kasih semua!

6 comments:

~NiZa Maksit~ said...

yeahhh!!
love WSB so much!!
^_^

azi nur said...

baru tau pasai ni...hhee

EB said...

@~NieZa~Yup I'm lovin it.. hehehe...

EB said...

@azi nur
Yaka? Xpa lepas ni blh la ambik tahu kn.. hehehe...

.::: Princess MOMOY :::. said...

wow..bestnyer
ada komuniti
Pembunuh anak kucing wanita mohon maaf kepada rakyat Malaysia"
ORI-KESHI | Kawaii Eraser Maker"

EB said...

@.::: Princess MOMOY :::.
A'aa mmg best..
Silalah join jgn memalu..
hihihihi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...