K A W A N

Sunday, March 6, 2011

Jangan Togel!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum...


Aku baru balik dari pertandingan Futsal Liga Super anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Kompleks Futsal, Putrajaya, Presint 18. Pertandingan yang sepatutnya dilangsungkan bermula jam 4 petang, namun atas kelewatan VIP yang sepatutnya merasmikan pertandingan ini, maka perlawanan futsal terpaksa dimulakan pada jam 5.30 petang. Cuaca ketika itu mulai mendung dan sudah kelihatan beberapa titisan hujan membasahi gelanggang futsal. Oh terlupa nak inform yang gelanggang futsal kat Kompleks Futsal ini adalah jenis gelanggang yang tidak berbumbung. Tapi syukur Alhamdulillah cuma hujan lalu.

Perlawanan seterusnya akan disambung pada minggu hadapan di tempat dan waktu yang sama selepas 3 perlawanan hari ini. Pasukan aku mengalami 2 kekalahan dan 1 seri. Kekalahan yang agak wajar kerana pasukan EB menentang pasukan yang mendapat bimbingan bekas-bekas pemain Malaysia. Aku kagum dengan satu pasukan ini di mana mereka mempunyai 4 orang jurulatih untuk pasukan mereka. 


Cerita pasal Futsal tu, boleh baca di SINI untuk cerita lanjut.

Cukup pasal cerita Futsal, aku nak minta diri terlebih dahulu untuk merehatkan badan serta kaki yang kepenatan ini. Sebelum aku mengundur diri, aku ingin meminta jasa baik rakan-rakan bloggers ku yang gempak lagi pintar ini untuk memberikan 'caption' yang sesuai untuk  gambar dibawah ini. Contoh caption yang EB letak kat bawah gambar tu "Aku pergi bukan untuk curang". So anda semua bolehlah fikir-fikirkan caption yang lagi sesuai untuk gambar dibawah ini. Selamat mencuba semua. 

©2011 | Aku pergi bukan untuk curang..

p/s: Kalau ada caption yang menarik. Insha Allah aku fikir-fikirkan hadiahnya. 

6 comments:

Siti Fatimah Fuzz said...

anda di tag..http://eimah2328.blogspot.com/2011/03/contest-senyum-paling-ceria.html

zati embong said...

masih berharap kamu muncul untuk mengenggam erat tanganku.

azi nur said...

singgah sini~~ :))

EB said...

@Siti Fatimah Fuzz
Waa eb ditag ek..
Ok Insha Allah eb buat k..
Kena cari gmbr luk ni.. hehehe..
Thanks awak..

EB said...

@zati embong
Jat "Masih berharap kamu muncul mengenggam erat tanganku.."
Waaa best2.. nice nice... Thanks Jat..

EB said...

@azi nur
Thanks singgah.. hehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...