K A W A N

Friday, March 4, 2011

Kawan Yang Baik!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

  

Assalamualaikum WBT...

Di belakang sebuah sekolah rendah, ada tiga orang budak sekolah saling berkenalan.

Budak A: Hai nama saya EB. Huruf E dengan B ja, EB. Sambil menghulurkan tangan.
Budak B: Hai, saya Tom sambil menyambut tangan salam daripada EB.
Budak C: Hee.. Nama saya Abdel panggil Adel ja. Adel memperkenalkan diri sambil bersalaman dengan EB dan Tom.
Budak A: Hee. Kita kawan ah.
Budak B + C: Ya kita kawan ah! Mereka menjawab serentak. 

Kemudian mereka berjalan bersama menuju ke kantin dengan riang gembira kerana masing-masing mempunyai kawan baru.

Maka bermulalah persahabatan 3 orang sahabat ini sejak dari tahun 1998 sehinggalah ke sekarang ini. Tom atau nama sebenarnya Freddie Filex James sedang melanjutkan pelajaran di UMS, Sabah. Tom juga merupakan salah seorang drifter di sebuah Drift Club di Sabah. Abdel Karim Zulkifli adalah nama sebenar Adel, dia pula sedang bekerja di Sabah. Dia bekerja keras menambahkan kuasa kuda motor RG beliau setiap hari tanpa jemu.

Kami bersekolah bersama di SK. Pekan Telipok (SKPT) sehinggalah ke Darjah 6 dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat menengah di sekolah yang sama juga iaitu SMK Pekan Telipok. Namun kami hanya dapat bersekolah di sekolah yang sama sehingga ke Tingkatan 3 sahaja. Ini kerana selepas keputusan PMR diumumkan Adel dan Tom masing-masing dapat menyambung pelajaran mereka ke sekolah aliran Teknik. Adel ke SM Teknik Likas manakala Tom pula ke SM Teknik Keningau.


Persahabatan ini berlaku dengan spontan. Bertemu buat kali pertama selepas pendaftaran murid Darjah 1 dan duduk di bilik darjah yang sama. Hanya perlu menghulurkan tangan, memperkenalkan diri dan menyebut ayat ini "Kita kawan ah.." simple bukan? Maka berkawanlah kami sampai ke hari ini.

©2011 | Yusran, kawan EB yang selalu bagi EB tiru kertas Geografi dia..
Tapi pada zaman ini tidak sebegitu mudah untuk berkawan atau menjadi kawan. Sekarang ni nak pandang-pandang pun dah tak boleh. Tersalah pandang, orang yang dipandang melenting dipandang. "Apasal kau pandang-pandang? Aku ada hutang dengan kau kah?" Tak pasal-pasal kita dapat ayat perkenalan macam ni. Kalau muka tak berapa nak hensem tak boleh jadi geng. Kasut bukan Converse All Star tak boleh jadi geng. Seluar sekolah tak ukur kat kedai tak boleh jadi geng. Macam-macam budak zaman sekarang ni. 

Sungguh sukar untuk memulakan persahabatan sekarang ini. Begitu banyak kriteria dan peraturan yang perlu diikuti. Sekiranya ada kekurangan pada tahap penilaian daripada orang yang bakal menjadi sahabat itu maka kamu akan disisihkan dan dipulaukan. Kawan pada masa kini diukur dari rupa paras, fizikal,  kekuatan, kekayaan dan banyak lagi benda-benda yang mengarut. Juga pada masa kini semakin ramai kawan yang makan kawan. 

"Jangan mencari kawan, biar menjadi kawan". Berkawanlah dengan sesiapa pun, jangan pilih bulu tapi cuma perlu berhati-hati dalam berkawan. Renungkan dan fikir-fikirkan kata-kata ini, "Kawan yang baik bukanlah kawan yang membenarkan semua kata-kata tapi kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa berkata benar.."

p/s: I miss my dear friends... 

21 comments:

zati embong said...

betul.jat tahu manis pahit seorg kawan. cume skrg,kdg2 x boleh nk terima, seorg kawan sanggup tikam belakang kawan baik sendiri.

A.s.t.i.n.a said...

EB.. ensem juga kawanmu itu oh.. giginya tu bah cantik.. bertimpak.. manis baitu..

EB said...

@zati embong
Ini la dunia Jaat..
Ada org baik mesti ada org jaat..
Indah sungguh agenda Allah ini..
Smuanya serba adil..
Cuma terpulang sama ada kita mau jd baik atau jadi jahat...

EB said...

@A.s.t.i.n.a
Hehehe biasala tu..
Klu ko mau tau tu la sumber kejayaan dia memikat 10 wanita dalam sehari..
Walaupun ggnya btimpak tp hatinya tulus tu yg pnting..
Kertas geo eb kompom lulus.. hahaha..

Unknown said...

skrg ni ramai kawan yg jenis kutuk blkg2..kdg2 yg mngutuk dpn2 tu lg ok dr jenis yg mngutuk blkg..

EB said...

@MiSs F.A
Ya btul²..
Apa yg penting kita pun jgn buat benda² mcm tu.. sbb once kta buat kita pn akan kena benda yg sama..
So ingat kn diri kita sendiri..
Tp eb ada juga kawan mcm tu.. dia kutuk² eb dgn kwn² lain supaya dia nmpk hebat.. hehehe...
Murahan..

Anonymous said...

betul.. klau time kici kici dulu senang ja mo b'kwn.. ckp ja: mari kita berkwan.. trus kwn da..hehe.. comel..

EB said...

@edith
Kan Edith...
Tu la sweet ba time kici² dulu..
Kwn smua baik²..
Teda mau pili bulu.. OM pn eb kawan ba...

alin said...

hurm..ramai jugak yg buat cerita pasal kawan ni ek??hihihihi..mmg susah nak berkawan ni..kdg2 niat baik kita disalahertikan..haihh.. =_="

EB said...

@✿....rossa alina....✿
Hehehe ramai ka?
Oh ni spontanius ni tetiba eb rindu kawan eb time eb tngk gmbr² dOrg..
Hehehehe...

Mm bg eb yg penting niat kta baik.. Mrka nak slh ertikan tu trpulang pada mereka sbb tu hak dia.. yg pting nawaitu kita..

June Usri said...

kawan sejati susah nak dapat , kalau ada yang dapat memang sangat beruntung :)

Unknown said...

skrg kalau dapat sorang kawan masa gembira dan masa sedih pun dah syukur..susah nak cari loyal friend

hawiz said...

hhihii...susah nk dpt kwn baik..

hawiz said...

hhihii...susah nk dpt kwn baik..

EB said...

@June Flizzow
A'aa skrg ni mmg susah...
EB mau yg jd kawan yg baik bt smua org la..

EB said...

@Edy Zaidi
Betul tu bang..
Skrg ni kawan time happy je banyak..
Yg time sedih smua bt dunno...
Sedih tul..
Tp kawan bloggers smua bgs2...

EB said...

@hawiz
Tu la pasal..
Yg pting kita jd la kawan yg baik...

gEe said...

woww. terharu..
zmn skrg mmg ssh cari kwn, apatah lg kwn suka duka bersme..

Jue Nara said...

sangat setuju.. zaman skrg nk kawan pn bole pilih2, nak yg standard jekk.. huhu

EB said...

@gEe
Thanks Gee....
A'aa tu la pasal..
Tp jgn diri sendiri pn sombong mau bkawan suda..
Yg pting kita perbaiki diri kita dahulu baru kita perbaiki diri kita.. sbb kekadang dulu pn kita mcm tu.. then kena balik dgn diri kita.. sbb dulu pn ada juga skit2 sa mcm sy mcm tu.. skit ja la.. ahaks..

EB said...

@Jue
EB lau dpt kwn yg mau plh2 mcm ni.. Biasanya eb akan jauhkn diri.. Ya la da xda kpentingan bg dia..
Tp biasanya bila org smua da x suka dgn gaya dia then dia xda kawan da.. Mesti dia akan cari balik kita..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...