K A W A N

Thursday, March 3, 2011

My 400 Spartans!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm



Assalamualaikum WBT...

Yeah!! Pejam celik pejam celik akhirnya rakan bloggers aku dah bertambah sebanyak 405 orang sehingga ke saat ini. Terima kasih atas sokongan anda semua, sesungguhnya jasa baik anda semua dalam memberikan sokongan dengan menjadi followers terhadap blog ini amat-amatlah dihargai dan tiada tutur kata mahupun apa jua nilai mata wang di dunia ini dapat membalas jasa baik anda semua. Terima kasih banyak-banyak semua.

Follower EB yang ke-400 adalah merupakan seorang perempuan yang cun melecur melecun. Beliau merupakan seorang penuntut di sebuah Universiti terkemuka di Labuan. Yang mana Universiti tempat beliau menuntut juga merupakan Universiti kesayangan aku. Tak sangka dapat follower daripada Universiti yang sama. Terima kasih dan tahniah buat beliau.

UMSKAL
Untuk menghormati permintaan beliau agar gambar wajahnya tidak di'publish'kan kepada umum maka entri khas untuk dia ini tidak akan EB sertakan dengan gambar. Buat yang tertunggu-tunggu gambarnya maafkan EB memang tak letak gambar beliau. Tapi anda semua boleh terus ke blog beliau untuk berkenalan dengan beliau. Beliau sangat-sangat baik hati dan peramah. Beliau mungkin mempunyai alasan tersendiri tak nak gambar beliau dipaparkan. Jadi EB menghormati permintaan beliau, jangan anggap beliau sombong pula.

Gadis yang berbintang Gemini ini selesa dipanggil Rara or Rara Ibnu. Anda semua bolehlah ke blog beliau, RARA IBNU untuk berkenal-kenal dan memberi sokongan terhadap beliau agar terus berblogging dan berblogging. Selain itu, EB doakan agar Rara berjaya dengan jayanya dalam pengajian beliau. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang berpanjangan. Insha Allah.

Thanks for following me.. ^^v

Jom ramai-ramai follow dan support Spartan EB yang ke-400 ~ Cik RARA!
Just klik link di bawah ini.

2 comments:

rara_ibnu said...

aduiii...segan2..hek.hek.hek.!
btw,,tenkiu ah entry nya...ada link2 lg..haha!..ndk sngka juak eb ex-stdnt ums..hehe....opppsss..aku aminkan doanya!..:)

EB said...

@rara_ibnu
Hehehe TEDA hal ba tu..
Lau ko bg gmbr kompom meriah ni.. hahaha...
Ok smoga bjaya ah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...